• Putrajaya, Malaysia
  • April 20, 2024

Apabila menyentuh tentang isu pemakanan sihat, sudah pastilah anak-anak akan menjadi keutamaan kita. Anak-anak yang telah terdidik dengan menjaga pemakanan sejak kecil tidak akan mudah terpengaruh dengan pelbagai jenis iklan makanan kurang sihat (junk food/jajan/ringan/segera).

 

Bagaimana Memupuk Kecenderungan Anak-anak Memilih Makanan Sihat

 

1) Gunakan Maklumat Positif

Makanan yang sihat adalah makanan yang diambil secara sederhana dan memenuhi keperluan semulajadi gizi seimbang tubuh kita.

Gunakan pendekatan atau ayat yang mudah difahami oleh golongan kanak-kanak seperti lobak merah dapat bantu penglihatan yang baik dalam gelap atau susu dan yogurt sangat bagus untuk menguatkan gigi dan tulang.

 

 

bahaya jajan kepada kanak-kanak dan keluarga

 

 

2) Tumpukan Kepada Pemilihan Makanan Yang Kaya Nutrien

Galakkan anak-anak memilih makanan yang berkhasiat di kantin sekolah. Ajar sentiasa untuk memilih makanan seperti:-

  • Buah–buahan pelbagai warna berbanding gula-gula
  • Sayur-sayuran beraneka warna
  • Makanan yang diperkaya dengan nutrient, bijirin penuh dan tinggi serat.
  • Meminum susu dan air kosong berbanding kordial
  • Hidangan yang kurang berminyak, gula dan garam
  • Hidangan yang mengandungi produk kekacang seperti tauhu, tempe selain daripada ikan, ayam dan daging.

 

3) Tetapkan Peraturan Makanan Keluarga

Sekiranya kanak-kanak diberi pendedahan tentang peraturan pemakanan keluarga, mereka akan mudah memilih makanan.

Contohnya, setiap ahli keluarga wajib bersarapan pagi setiap hari, memilih susu selepas makan malam, snek yang diambil termasuk di sekolah hanya  5 kumpulan daripada piramid makanan yang kurang minyak, lemak, garam dan gula.

 

4) Kepimpinan Melalui Tauladan

Ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak dalam memilih makanan yang sihat. Apabila mereka melihat ibu bapa sentiasa mengambil makanan dan minuman yang sihat, maka amalan ini akan diwarisi oleh mereka dan generasi yang seterusnya.

Boleh juga berbincang dengan anak-anak tentang menu pilihan yang lazat dan berkhasiat yang boleh disediakan.

 

 

bahaya jajan kepada kanak-kanak dan keluarga

5) Masak Bersama

Kanak-kanak akan lebih berminat mengambil makanan berkhasiat apabila mereka diberi peluang untuk terlibat sama semasa proses penyediaan makanan tersebut. Biarkan mereka memilih bahan-bahan yang digemari.

Boleh juga adakan permainan sesi memasak bersama anak-anak atau libatkan mereka dengan kelas masakan.

 

 

bahaya jajan kepada kanak-kanak dan keluarga

6) Membeli Makanan Bersama

Libatkan anak-anak apabila ingin membeli belah atau ajak mereka menanam sayur-sayuran atau buah-buahan di kebun atau sekitar kawasan rumah.

Bantu anak pilih 1 @ 2  jenis snek berkhasiat yang boleh dibawa ke sekolah. Mesti seronok dapat berkongsi makan bersama kawan-kawan, kan?

 

7) Berbincang Berkenaan Pilihan Makanan Yang Sihat

Selalu berbincang dengan anak kita tentang pemilihan makanan dan mengapa pemakanan sihat sangat penting untuk pembelajaran dan menjadi lebih sihat serta aktif di sekolah.

Samada di kantin sekolah, restoran makanan segera atau vanding machine, galakkan mereka memilih makanan dan minuman berkhasiat seperti minuman bersusu dan jus buah-buahan berbanding minuman berkarbonat serta memilih sandwich berbanding keropok kentang.

 

8) Pastikan Makanan Berkhasiat Mudah Diperolehi

Sediakan makanan berkhasiat di rumah. Contoh buah-buahan adalah seperti epal, oren, jambu batu, pisang serta sayur-sayuran yang boleh dimakan mentah seperti salad, tomato, timun dan susu rendah lemak, minuman susu berperisa, keju, yogurt, snek bijirin penuh atau rendah lemak dan biskut bergula.

 

9) Jadikan Waktu Makan Sebagai Waktu Bersama-sama Keluarga

Jadikan waktu makan, contohnya waktu makan malam sebagai waktu untuk berkumpul harian keluarga. Dengan makan bersama, bukan sahaja dapat menggalakkan anak-anak turut menikmati hidangan berkhasiat, malah merapatkan lagi hubungan dan kemesraan di antara ahli keluarga.

 

10) Memilih Makanan Tambahan Semulajadi

Bagi melengkapkan sebarang nutrisi  yang mungkin kurang dalam tubuh anak-anak yang sedang membesar, mereka boleh diberikan Set Kesihatan Anak Cergas yang terdiri daripada Meal Shake atau VitaLea For Kid, Omega dan Chewable Vitamin C.

Meal Shake adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang lengkap dengan vitamin dan mineral penting untuk kesihatan menyeluruh anak-anak. Kalau tak suka suplemen serbuk ni, boleh juga digantikan dengan multivitamin tablet berperisa anggur iaitu VitaLea For Kids.

Omega Guard pula sangat baik untuk perkembangan otak genius serta ketajaman mata anak-anak di samping menjaga kesihatan dalaman termasuk merawat batuk selsema.

Chewable Vitamin C pula sangat penting sebagai membantu sistem pertahanan tubuh anak-anak daripada serangan penyakit serta sangat baik untuk menguatkan gusi, gigi dan tulang.

 

Apa yang paling penting ialah kesungguhan, kesabaran serta kerjasama ibu bapa dan ahli keluarga yang lain bagi memastikan anak-anak betul terdidik untuk memilih makanan yang berkhasiat. Ini kerana, makanan ringan atau segera sangat berbahaya terhadap kesihatan dan kesejahteraan mereka semua.

Anak-anak adalah pewaris masa depan negara. Untuk melahirkan pemimpin dan rakyat yang sihat dan cemerlang, sudah pastilah bermula dengan individu yang sihat dan cerdas.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge