• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Sakit sendi ni walaupun sering berlaku kepada golongan yang telah berusia dan menjadi masalah global, namun ia tidak mengecualikan golongan yang masih muda. Malah ramai pula golongan muda-mudi yang mula mengalami gejala penyakit sendi ni. Pelbagai punca yang boleh menyebabakan berlakunya sakit sendi.

Sebelum tu, saya nak kongsikan video perkongsian pengalaman sakit sendi yang dialami oleh ibu muda ini dan bagaimana beliau tanganinya dengan begitu berkesan sekali.

 

 Punca-Punca Sakit Sendi/arthritis

  1. Kesakitan yang mungkin berpunca daripada lapisan tisu luaran, ligamen, otot, sendi atau pangkal saraf. Dalam kes ini, tulang jarang menyebabkan kesakitan.
  2. Kesakitan ringan yang mungkin disebabkan oleh terseliuh, atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh mengangkat berat, aktiviti yang berat, kecederaan, postur yang tidak betul atau pergerakan yang tidak betul.
  3. Kecederaan (bersukan, kemalangan dan sebagainya).
  4. Kecacatan tulang bekalang atau tangan dan kaki.
  5. Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhinpit)
  6. Penyakit sendi seperti arthritis
  7. Jangkitan kuman
  8. Ketumbuhan
  9. Penyakit tulang
  10. Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  11. Berat badan berlebihan
  12. Ubat-ubatan
  13. Penyakit kronik

 

Siapa Yang Berisiko Mendapat Penyakit Sendi?

Ekoran kerana penyakit ini melibatkan pergerakan sendi, pesakit yang berisiko mendapat sakit tulang rawan ni melibatkan:-

  1. Individu yang mengalami obesiti
  2. Individu yang sering melakukan aktiviti mengangkat barang berat.
  3. Individu yang telah berusia
  4. Individu yang mengalami masalah lemah otot peha sejak kecil.
  5. Atlet sukan yang banyak melibatkan pergerakan sendi.

 

Jenis-jenis arthritis

arthritis umun terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

  1. Osteoarthritis – kehausan arthritis. Rematik ini disebabkan oleh kerosakan jaringan tulang rawan.
  2. Rheumatoid arthritis – keradangan arthritis yang terjadi ketika sistem kekebalan tubuh tidak bekerja dengan baik.

 

Penyakit sendi ni sebenarnya boleh menyerang sesiap sahaja. Daripada kita ni sihat walafiat, tapi kalau tak jaga kesihatan tubuh badan, bila-bila masa sahaja kita bakal menjadi mangsa sakit sendi ni. Tangani punca penyakit sendi agar kita tidak akan menjadi salah seorang pengidap penyakit yang boleh menganggu kehidupan kita ni.

Sakit sendi ni, sekali menyerang, memang ia kan mengambil masa untuk sembuh. Bukan sehari dua, bukan seminggu dua, malah mungkin berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Sebab itu, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jangan sampai melarat tau. Dapatkan 7 Tips Merawat Sakit Sendi Secara Semulajadi Tanpa Steroid ni.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge