Nak cari produk pencuci muka ni bukan boleh main taram jer tau. Karang muka yang dah elok, tup-tup keluar jerawat macam gunung berapi yang berangkai-rangkai. Sebab tu, sangat penting kita tahu jenis kulit kita ni terlebih dahulu, barulah jalankan operasi mencari pencuci muka yang sesuai.
Pernahkan di antara kita, bila pakai pencuci muka tertentu, hatta yang mahal dan agak meletops kat pasaran, tapi kulit terasa tegang dan ada kalanya pedih. Atau mungkin menyebabkan kulit menjadi terlalu kering selepas digunakan.
Tu semua adalah antara petanda pencuci muka tersebut tidak sesuai atau mengandungi bahan kimia yang agak tinggi. Paling takut kalau yang berbahaya untuk kesihatan.
Dengan memilih produk pencuci muka yang menepati keperluan kulit kita, maka wajah kita akan terhindar daripda jerawat, noda-noda kekotoran, jeragat, bintik hitam (black head) dan putih (white head), terpelihara kelembapannya serta sentiasa bersih berseri. Glowing dan flawless gitu!
Jenis Produk Pencuci Muka Berdasarkan 5 Jenis Kulit
Selalunya memang 5 kategori jenis kulit muka nilah yang biasa kita jumpa. Jom kita tinjau apakah jenis produk pencuci wajah yang bersesuaian untuk 5 Jenis Kulit Muka yang biasanya dikenalpasti.
1) Kulit Normal (Normal Skin)
Kulit normal seimbang dari segi kelembapann kulit, minyak dan ketahan. Ianya memerlukan penjagaan yang agak minima.
- Gunakan pencuci yang dikhaskan untuk kulit normal. Biasanya melibatkan set pencuci muka yang ringkas. Namun, mengambil set penuh penjagaan kulit normal akan memberikan kesan yang lebih optimum
2) Kulit Berminyak (Oily Skin)
Kulit akan kelihatan berminyak dan berkilat setelah beberapa jam dicuci.
- Dapatkan pencuci muka dengan pH level yang rendah (acidic) untuk memudahkan proses penyingkiran minyak.
3) Kulit Kering (Dry Skin)
Liang roma pada kulit jenis ini agak sukar dilihat setelah beberapa jam wajah dicuci.
- Elakkan produk pencuci muka yang mengandungi alkohol. Alkohol akan menyebabkan kulit bertambah kering. Elakkan juga produk yang mengandungi minyak.
4) Kulit Sensitif (Sensitive Skin)
Kulit sensitif sering membuatkan pemiliknya berasa tegang ataupun gatal-gatal. Selain itu, mereka kerap mengalami reaksi alahan terhadap bahan kimia tertentu di dalam produk yang digunakan.
- Elakkan pencuci muka yang mengandungi pewangi (fragrances), minyak ataupun bahan kimia yang boleh merengsa kulit.
5) Kulit Kombinasi (Combination Skin)
Kulit jenis ini dikategorikan sebagai kulit kombinasi apabila sebahagian wajah kita adalah berminyak, manakala sebahagian lagi adalah kering atau sensitif.
Biasanya kulit berminyak di zon T, dan kering di bahagian muka yang lainnya.
- Elakkan sabun mandi ataupun soap bar. Carilah pencuci muka yang lembut pada kulit dan kemudiannya basuh dengan air suam.
Cadangan Pengunaan Set Shaklee Untuk Semua Kategori Kulit
Rangkaian penjagaan kulit Shaklee yang lengkap termasuk pencegahan lingaran hitam bawah mata ni terdiri daripada Nutriwhite dan Enfuselle. Semua ni bertaraf dunia tapi yang syoknya tu, kita boleh dapatkannya dengan harga mampu milik.
Secara ringkasnya:-
Set Nutriwhite
- sangat sesuai untuk kulit normal
- boleh klik link 5 Sebab Kenapa Pencuci Muka Nutriwhite Menjadi Kegilaan Ramai.
Set Enfuselle (Hydrating)
- sesuai untuk kulit normal dan cenderung menjadi kering
- untuk kulit kombinasi kering dan berjerawat/sensitif
Set Enfullse (Purifying)
- sesuai untuk kulit normal dan cenderung berminyak.
Eye Treatment
Ianya membantu mengurangkan sembab dan lingaran hitam (mata panda) di bawah mata, garisan halus yang menampakkan lagi ketuaan wajah seseorang.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
thanks for sharing
INTAN FARHANA SHARIFUDIN recently posted…Pencuci Muka Untuk Kulit Sensitif
My pleasure. Semoga bermanfaat ?