• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Banyak sebab boleh berlaku yang menjadi punca kegemukan.  Kadang-kadang memang kita tidak sedar langsung pun apa yang kita lakukan tu menjadi sebab utama pertambahan berat badan kita.

 

 

punca kegemukan

 

Tabiat Punca Kegemukan

 

1) Elak Waktu Makan

 

Merujuk kepada kajian Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus.

 

Namun ia sebenarnya akan meningkatkan lagi risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda skip meal atau tidak mengambil makanan, kadar metabolisma badan anda akan menurun. Sekaligus ianya akan melambatkan proses pembakaran kalori.

 

Seterusnya keadaan ini akan merangsang seseorang untuk berasa sangat lapar atau berada di dalam “starving mode”.

 

Maka, peratusan untuk anda mengambil makanan yang berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.

 

2) Minuman Bergas

 

Kajian mendapati bahawa seseorang yang minum 1 atau 2 tin minuman bergas sehari akan meningkatkan kadar punca kegemukan sebanyak 33%. Para penyelidik membuat teori bahawa pemanis tiruan akan meningkatkan selera makan seseorang.

 

3) Makanan Rapu & Segera

 

 

tabiat makan-organic-food-eating-habits

 

Makanan rapu dan makanan segera biasanya mengandungi garam, lemak atau gula yang berlebihan yang mana turut meningkatkan lagi risiko kegemukan.

 

4) Tidur Terlalu Banyak @ Sedikit

 

Hasil daripada kajian Wake Forest, seseorang yang tidur melebihi 8 jam sehari akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 3 kali ganda. Manakala sekiranya tidur kurang daripada 5 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 2 setengah kali ganda.

 

Masalah tidur merupakan antara punca kegemukan yang utama.

 

5) Makan Terlalu Cepat

 

Menurut kajian Journal Of The American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebihan.

 

Ini kerana, perut akan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapat makanan secukupnya. Sebenarnya ramai yang tidak sedar bahawa tabiat ini turut menjadi punca utama kegemukan.

 

Betapa besarnya hikmah mengikuti sunnah Rasulullah SAW, kunyah makanan hingga hancur (dalam 40 kali kunyah), baru telan, kan? Bukan sahaja bantu ringankan proses penghadaman, maintain kurus lagi 🙂

 

Lepas ni, kalau anda berhajat nak kuruskan badan, kene ubah tabiat pemakanan dan cara hidup yang lebih sihat. Jangan melakukan kesilapan sewaktu berdiet.

 

Entri lain yang boleh anda rujuk ialah Turun 10 KG Dalam Masa Sebulan atau Kurus Optimum Dengan Konsep 3B.

 

Terima kasih 🙂

 

iR Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019-937 7380
SID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “5 Tabiat Punca Kegemukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge