Snek ni salah satu keperluan harian kita yang diambil untuk mengelakkan kita makan berlebihan sewaktu masa makan utama iaitu di antara sarapan, makan tengahari dan makan malam.
Snek ni penting agar kita tidak menjadi terlalu lapar atau keletihan di samping membekalkan kita tenaga serta membantu pembakaran kalori yang berpanjangan.
Jadi, kalau nak kurus, perlulah ambil snek. Dengan syarat, snek yang sihatlah.
Super Snack Dengan 100 Kalori
1) Keju Cottage & Cantaloupe
Keju cottage ni sangat tinggi dengan protein. Dengan 1/2 cawan jer dah membekalkan 14g protein.
Sebagaimana serat, protein boleh bantu kita rasa kenyang lebih lama.
Nikmati keju cottage rendah lemak bersama-sama sepotong cantaloupe akan membekalkan 100 kalori
- lemak tepu: 0.7 gram
- sodium: 468 mg
- kolestrol: 5 mg
2) 14 Biji Badam
Badam ni boleh jadi antara snek pilihan terbaik kalau kita “on the go”. Lebih mudah dan tahan lebih lama.
Lagipun, badam ni sangat kaya denga serat dan protein yang turut membolehkan kita berasa kenyang lebih lama.
Boleh dismpan siap-siap dalam kereta. Memang boleh hilangkan lapar kalau kita tiba-tiba terperangkap dalam kesesakan jalan raya (traffic jam).
- lemak tepu: 0.63 gram
- sodium: 0 mg
- kolestrol: 0 mg
3) Epal Panggang
Epal merupakan antara snek yang paling sihat.
Boleh try sediakan epal bakar. Walaupun rasanya agak berlainan, namun epal bakar masih membekalkan jumlah vitamin dan serat yang sama dengan buah epal segar.
Boleh ditaburkan serbuk kayu manis untuk rasa yang lebih enak tanpa menambah kalori.
- lemak tepu: 0 gram
- sodium: 2 mg
- kolestrol: 0 mg
4) 3/4 Cawan Kiub Mangga Sejuk Beku
Mangga sejuk beku ni boleh dibeli yang dah siap dalam paket atau boleh disediakan sendiri.
Rasanya pun macam gula-gula mangga sejuk beku gitu.
Mangga sejuk beku ini merupakan salah satu cara yang baik untuk mendapatkan sumber beta carotene dan fiber.
Hidangan 3/4 cawan mangga ni hanyalah 90 kalori dan menyediakan 60% keperluan Vitamin C harian kita.
- lemak tepu: 0 gram
- sodium: 0 mg
- kolestrol: 0 mg
5) Lobak Merah & Hummus
Apabila kita terasa nak mengunyah, cicahkan 8 batang baby carrot besar ke dalam 2 sudu besar hummus.
Baby carrot ni adalah sumber Vitamin A dan Beta Carotene yang hebat, manakala hummus pula adalah sumber protein.
- lemak tepu: 0.2 gram
- sodium: 210 mg
- kolestrol: 0 mg
6) Potongan Epal & Mentega Kacang
Gabungan rasa manis, masam dan masin ni memang boleh memenuhi rasa teringin nak mengunyah.
Potong epal dalam bentuk kepingan sebanyak 3/4 cawan dan disapu nipis dengan mentega kacang.
Untuk memastikan masih dalam lingkungan 90 kalori, jangan ambil lebih daripada 2 sudu teh mentega kacang.
- lemak tepu: 0.8 gram
- sodium: 2 mg
- kolestrol: 0 mg
7) Ais Pop Pisang
Untuk menjadi lebih kreatif, boleh cuba ais pop pisang. Mudah jer nak sediakannya.
Potong separuh pisang yang telah dibuang kulit. Cucuk dengan stik ais krim. Kemudian, salut dengan 1/2 aun yogurt rendah lemak.
Masukkan ke dalam bahagian sejuk beku dan sedia untuk dimakan sebagai hidangan yang rendah kalori. Dengan hanya 80 kalori sahaja dah boleh kita berasa sangat puas.
- lemak tepu: 0.35 gram
- sodium: 3 mg
- kolestrol: 7 mg
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
yang pisang acam sedap. bagus untuk buat gak ni bagi anak saya makan hiii…bayi saya ada masalah sikit harap cara ini membantu dia hendaknya,
tq admin
suri recently posted…Tak Ada Elektrik, Ini Projek Kami Punya !
tak leh mentega kacang dengan epal.
hoho..
titan recently posted…Cabaran UPSR Tahun 2016