• Putrajaya, Malaysia
  • April 24, 2024

Masalah kencing kotor atau terdapat jangkitan kuman di dalam air kencing ibu adalah perkara biasa yang sering berlaku kepada ibu hamil. Walaupun ianya merupakan masalah yang biasa berlaku, namun, para ibu hamil perlu mengambil perhatian tentang isu ini.

Masalah ini berlaku ekoran rahim yang semakin membesar dari sehari ke sehari. Apabila rahim telah membesar, ia akan memberi tekanan ke atas struktur pundi kencing dan menghalang air kencing keluar secara normal.

Ramai di antara ibu yang mengandung tidak menyedari yang diri mereka telah diserang masalah kencing kotor. Biasanya masalah ini dapat dikesan sewaktu menjalani rutin checkup kehamilan. Sebagai langkah berjaga-jaga, adalah perlu untuk para ibu hamil mengetahui serba-sedikit petanda serangan kuman di dalam air kencing ni.

 

simptom kencing kototr

 

Simptom-simpton Jangkitan Kuman Di Dalam Air Kencing Ibu Hamil

1) Ibu akan berasa sakit ketika membuang air kecil

2) Tidak dapat menahan diri daripada nak membuang air kecil

3) Sakit di bahagian ari-ari

4) Tidak berasa puas semasa membunag air kecil

5) Air kencing yang berwarna sedikit keruh (ada yang bercampur darah dan berbau busuk)

6) Discharge (lendir mazi) yang keluar berketul-ketul, berwarna kuning, kehijauan dan berbau busuk

7) Terasa sangat gatal pada miss V

Nota: Sekiranya para ibu hanya mempunyai petanda no 6 & 7 sekalipun, jangan sesekali membiarkan masalah tersebut tanpa rawatan. Jika tidak, ia boleh memberi kesan yang lebih buruk di samping rasa yang tidak selesa sepanjang hari kepada ibu-ibu sekalian.

 

Kesan Akibat Kencing Kotor

Sekiranya masalah kencing kotor ini tidak ditangani dengan segera, kuman boleh merebak naik daripada pundi kencing ke atas ginjal dan menjadikan penyakit yang dihidapi semakin serius.

Masalah ini dikenali sebagai pyeloneohritis. Masalah ini dikaitakan pula dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan (pramatang) serta bayi yang tidak cukup berat badan ketika dilahirkan.

 

Tanda-tanda Ibu Hamil Mengalami Pyeloneohritis

1) Sakit di bahagian belakang sehingga melarat ke bahagian ari-ari

2) Demam, menggigil dan berpeluh-peluh

3) Berasa loya dan muntah.

 

Oleh yang demikian, andai kata para ibu hamil yang ada mempunyai tanda-tanda di atas, perlulah segera berjumpa dengan doktor. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan yang sewajarnya agar masalah ini tidak melarat dan membahayakan kesihatan ibu dan bayi.

Sebagai langkah awal, para ibu turut boleh mencuba rawatan semulajadi bagi mengekang serangan kuman di dalam air kencing serta menghapuskannya terus.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge