• Putrajaya, Malaysia
  • April 23, 2024

Siapa kat sini pernah ada masalah jerawat yang besar macam gunung berapi nak meletup? Seksa kan ada jerawat ni. Kita yang keluar jerawat sekali sekala ni pun jenuh hari-hari duk belek jerawat tu.

Kalau boleh, bangun pagi esok, nak jerawat tu hilang terus!

Bayangkan orang yang dah sekian lama jerawat duk bertapa atas muka.

Rimas memang rimas, rasa rendah diri pun satu hal. Memang segan rasa nak berhadapan dengan masyarakat.

Tapi, jerawat ni sebenarnya boleh dikawal tau. Jom check apa yang boleh kita lakukan untuk kawal jerawat yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan ni.

 

Cara Kawal Jerawat Agar Tidak Makin Teruk & Melarat

 

1) Makan Makanan Yang Baik Untuk Penghadaman

 

 

 

Dengan kata lain, ambil makanan yang mudah sistem penghadaman kita nak cerna.

Makanan yang bagus untuk penghadaman adalah makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran serta buah-buahan seperti bayam, alfafa, buah melon, betik dan sebagainya.

2)  Makan Makanan Segar Paling Asas

Makanan segar paling asas (basic real food) ni macam sayur segar, buah segar, daging, ikan, ayam dan sebagainya yang tak diproses sebagaimana makanan di dalam tin, frozen dan pek.

Sebabnya, kita tidak mengetahui kandungan bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam makanan yang diproses tadi.

Sebaik-baiknya mengambil makanan yang dimasak sendiri di rumah secara ringkas menggunakan bahan yang minima.

Jadi, keadaan ini akan memudahkan kita tahu apakah bahan yang digunakan di dalam masakan tersebut.

Sebagai contoh, Ayam bakar, ikan kukus dan sayur steam. Ada 3 bahan sahaja.

Elakkan juga mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak bahan perasa atau bahan pengawet. Juga bahan-bahan pewarna tambahan serta penstabil makanan.

Bahan-bahan ini termasuklah, sos, perencah, kicap dan minyak.

 

3) Kurangkan Makanan Berminyak

Pengambilan minyak yang berlebihan akan  menggalakkan bengkak serta merah pada kulit.

Jadi kurangkan pengambilan makanan bergoreng.

Hadkan juga makan di luar, terutamanya kalau dah menjadi rutin sebelum ni.

Sebabnya, kita tak tahu serta tidak dapat mengawal penggunaan minyak di dalam masakan mereka.

Selain daripada itu, mereka juga berkemungkinan besar menggunakan minyak yang sama berulang-ulang kali.

 

4) Minum Air Yang Cukup

 

 

tips kulit wajah cantik berseri

 

 

Pengambilan air yang mencukupi (sudah tentulah air kosong) sangat penting bagi membantu tubuh kita menyingkirkan bahan buangan dengan lebih lancar.

 

5) Tidur Yang Cukup

Dapatkan tidur yang mencukupi setiap hari. Sekiranya kita kurang tidur, ia akan sebabkan kita mudah menjadi stress.

Bila stress, berat badan mudah nak naik, jerawat pun suka betul lah nak menyinggah.

 

6) Cuci Muka Dua Kali Sehari

Penjagaan kebersihan kulit wajah pun sangat penting.

Pastikan melakukan tindakan yang bijak dengan memilih pencuci muka yang bersesuaian dan selamat.

Jangan lupa untuk mencuci muka, dalam masa 30 minit selepas melakukan aktiviti berat dan berpeluh.

 

7) Bersenam Dengan Konsisten

Bersenam ni bukan sahaja baik untuk kesihatan.

Apabila kita bersenam, kita akan berpeluh kan?

Jadi, peluh yang keluar ni akan bantu membersihkan liang kulit kita. Jadi pori-pori dah tak tersumbat.

Selain daripada itu, bersenam ni turut membantu untuk menstabilkan hormon. Hormon yang stabil bermakna, jerawat makin payah nak keluar.

Waaahh, lepas ni jangan lupa jadikan senaman sebagai rutin tau!

 

8) Sentiasa Ceria & Bahagia

Apabila kita sentisa fikir positif, semua cas dan aura positif akan datang kepada kita.

Jadi, fokuskan kepada hal-hal yang menggembirakan kita sahaja walaupun sedang menghadapi masalah.

Lihat kepada kebahagian kecil. Sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang nampak macam sedikit (padahal besar dan banyak).

Jangan terlalu memikirkan tentang masalah yang melanda.

Apabila kita sentiasa rasa ceria dan bahagia, level stress dan hormon kita akan berada pada tahap terkawal.

So, akan comel dan handsome sokmo lah kite.

Mudahkan cara nak kawal jerawat ni. Tinggal nak amalkan sahaja sebab perkara ni semua kita dah biasa dengar. Nak buat dengan tak jelah. 😛

 

Suplemen Semulajadi Hilangkan Jerawat

Selain daripada mengamalkan semua 8 Tips Cegah Jerawat Dari Melarat, pengambilan suplemen yang tinggi kandungan antioksidan sangat membantu mencegah, mengawal serta menghilangkan jerawat.

 

 

tips kulit wajah cantik berseri

 

 

Testimoni Pengguna Vivix Atasi Malasah Jerawat

 

1) Malu Bekas Jerawat Ketara Sangat

 

tips kulit wajah cantik berseri

Sebelum ni, bekas jerawat ketara sangat, tambah pula garis halus kat muka menonjol.

Sejak amalkan Vivix, kulit muka makin halus, bekas jerawat makin kecut, garis halus muka makin kurang, kulit pun lebih anjal.

Abby Misaha

 

2) Kulit Muka Berminyak Teruk Akibat Jerawat

tips kulit wajah cantik berseri

Sebelum ni kulit muka berminyak teruk akibat jerawat.

Lepas 2 minggu amalkan Vivix, kulit dah tak berapa berminyak. Nak bangun pagi pun senang.

Juli Robani Othman

 

 

 

Pengambilan 2 botol Vivix sangat disyorkan untuk kesan yang lebih optimum, terutamanya jika mempunyai jerawat yang agak kronik.

Boleh order sendiri twinpack Vivix dengan klik pada ikon di bawah:-

cara buat pembelian vivix online

Boleh hubungi saya kalau nak lebih untung dengan whatapps di nombor 019-937 7380 atau klik terus pada pautan  https://goo.gl/JXQ3bC

 

Semoga asbab berikhtiar dengan Vivix beserta rajin mengamalkan semua 8 tips kesihatan di atas, jerawat yang ada semakin berkurangan dan menghilang serta kulit wajah berganti dengan kulit yang lebih sihat, mulus dan berseri.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “8 Tips Kawal Jerawat Agar Muka Tak Jadi Macam Gunung Berapi Nak Meletup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge