Biasa sangat kan kita dengar yang ramai orang melakukan kaedah pembedahan sedut lemak atau lebih dikenali sebagai liposuction untuk kurus.
Adakah pembedahan sedut lemak ni memang mampu membantu kita untuk kurus?
Menurut Ketua Jabatan serta Pakar Perunding Bedah Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur, Dr. Mohammad Ali Mat Zain, liposuction bukan sebenarnya prosedur menguruskan badan tetapi membentuk kontur tubuh.
Beliau berkata, jika kalau seseorang mengatakan melakukan liposuction untuk kurus, itu salah.
Sedutan lemak itu katanya, tidak boleh menjadikan seseorang itu kurus, tetapi hanya membentuk tubuh supaya lebih elok.
Menurut bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican pula, Jika individu yang ingin kurus kerana mengalami obesiti dan sebagainya, kaedah menyedut lemak bukan caranya.
Mereka perlu mencari pakar yang sesuai untuk menurunkan berat badan secara sihat.
Itulah keterangan yang diberikan oleh pakar-pakar yang terlibat secara langsung dengan kaedah liposuction ni.
Pembedahan sedut lemak ni tetap mempunyai risiko tersendiri. Apatah lagi jika ianya dijalankan oleh mereka yang tidak bertauliah atau bukan pakar. Juga jika dilakukan di klinik swasta yang tidak cukup peralatan.
Sebabnya, kos nak buat liposuction ni mahal. Jadi, mereka yang terdesak nak kurus tapi mencari kos yang paling rendah, klinik swasta yang menawarkan perkihdmatan liposuction dengan kos yang jauh lebih rendah menjadi pilihan. Tanpa memikirkan bahaya yang sedang menanti.
Jangan sebab nak keputusan kurus dan segera, mereka sanggup menggadaikan nyawa.
Nak kurus, biarlah secara sihat dan semulajadi. Paling penting adalah gabungan 70% penjagaan makanan serta 30% aktiviti fizikal atau hidup secara cergas.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Rasa takut pulak dgn kaedah sebegini… tak taulah kenapa… ngerilah…
Khir Khalid recently posted…STREET CHURROS Resepi Istimewa Korea Kini Di Malaysia
Itulah pasalnya, tengok gamba pun dah kecut perut kita!
still ada risiko.
tapi bila dari berat 200-300kg..
memang salah satu prosesnya sedut atau buang lemak melalui surgery.
berat bawah 150 kg, boleh kurus dengan kawal pemakanan dan senaman.
titan recently posted…Satu SOALAN yang paling SUKAR untuk dijawab.