• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Lemon merupakan salah satu agen yang sering dipilih dalam proses untuk kurus. Namun, adakah lemon benar-benar mampu membantu pembakaran lemak dalam tubuh sekaligus menurunkan berat badan kita?

 

 

Tips kurus cepat dengan lemon

 

“Air panas dengan lemon sendirinya tidak akan memberikan sebarang penurunan berat badan yang sebenar”, menurut Alissa Rumsay, RD, seorang jurucakap bagi Akademi Pemakanan dan Dietetik.

Walaubagaimanapun, sekiranya minuman lemon ini digunakan sebagai pengganti minuman yang lebih tinggi kalori, seperti kopi dengan gula atau jus buah-buahan dan menyebabkan kalori defisit, maka ia boleh bantu kita untuk menurunkan berat badan.

Sebenarnya, meminum air, sama ada panas tau sejuk, disertakankan dengan lemon, atau diminum kosong, semuanya akan mengekalkan kesinambungan metabolisma tubuh.

“Kekal terhidrat adalah salah satu komponen penting dalam diet sihat kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma tubuh kita“, kata Rumsay.

“Kepada sesiapa yang tidak dapat menelan air kosong, menambah beberapa hirisan lemon adalah cara terbaik untuk untuk menambah rasa tanpa meningkatkan kadar kalori”.

Untuk janggka waktu yang pendek, minum air lemon juga dapat bantu mengurangkan kembung. Ia akan bertindak secara ringan dan merupakan diuretik semulajadi, kata Rumsay lagi.

Namun demikian, jika mengalami rasa kembung yang berpanjangan, adalah lebih baik mencari punca berlakunya kembung tersebut bagi memberhentikannya.

Di antara sebab utama berlakunya kembung yang berpanjangan ialah makan terlalu cepat, minum melalui straw, minum minuman berkarbonat, mengambil terlalu banyak gula, garam serta alkohol.

Namun perlu diingatkan, sekiranya kita sedang mengalami pedih ulu hati atau refluks asid, sitrus di dalam lemon akan memburukkan lagi keadaan. Kalau tak ada masalah kesihatan sekalipun, jangan sampai bergantung kepada air lemon pula selama 24 jam sehari tau!

Konsep penggunaan lemon ni sebenarnya memenuhi ciri utama untuk menurunkan berat badan iaitu 70% adalah diet yang sihat, manakala 30% lagi adalah aktiviti fizikal.

Dengan menukarkan amalan pemakanan harian kepada diet yang lebih sihat, termasuk mengamalkan pengambilan air lemon, maka kesan penurunan berat badan pasti akan dapat dilihat dalam waktu terdekat.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “Benarkah Lemon Dapat Membantu Mengurangkan Berat Badan Bagai Didakwa?

    1. Biasanya campuran lemon dengan air suam.

      Sebenarnya kalau kita gantikan air bergula putih (refined sugar) kepada air kosong suam campur perahan lemon dan dimasukkan sekali hirisan kulit lemon tadi, ia memang boleh tingkatkan kesihatan termasuk rendahkan risiko kanser.

      Refined sugar tidak elok untuk kesihatan dan gula adalah makanan kegemaran sel kanser

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge