• Putrajaya, Malaysia
  • April 19, 2024

Jumaat akhir bulan lepas, kebetulan adik saya datang ke rumah, beliau ada membuka siaran TV 9. Rancangan Syifa’ Wanita yang dikelolakan oleh pengamal perubatan alternatif Islam terkenal iaitu Ustaz Sharhan Shafie. Rancangan yang bersiaran pukul 11.00 pagi tu berkongsi tentang cara merawat barah payudara.

Barah payudara ni antara penyakit yang sangat digeruni. Sebut jer barah atau kanser, mesti kita terbayangkan penyakit yang sangat parah dan akan menyebabkan kematian.

Menurut Akhbar Utusan Malaysia, kanser payudara ni merupakan kanser yang paling tinggi berlaku di kalangan kaum wanita. Di antara jenis kanser paling utama yang berlaku pada wanita ialah kanser payudara, serviks, usus besar, rahim dan ovari.

Berbalik pada rawatan kanser payudara secara alternatif Islam tadi, Ustaz Sharhan ada bagitau yang bahan-bahan yang diperlukan adalah sarang angkut-angkut, daun semalu serta air zam-zam.

 

Cara Rawatan Barah Payudara Menggunakan Kaedah Islam

Cara-caranya ialah, tumbuk sarang angkut-angkut yang telah dibersihkan daripada telur dan anak angkut-angkut bersama 7 pelepah (ada dalam 3-4 helai daun) pohon semalu.

 

cara rawat barah buah dada alternatif islam
Sarang angkut-angkut biasanya berada di dinding rumah

 

cara rawat barah buah dada alternatif islam
Satu pelepah pohon semalu biasanya mempunyai 3-4 helai daun. Ambil daun sahaja

 

Kemudian dicampur dengan air zam-zam (yang telah dibacakan surah al-Israa’; ayat 82 & surah al-Anbiyaa’; ayat 83) sehingga menjadi seperti adunan selut/lumpur.

Lepas tu disapu pada kawasan bengkak dan terkena barah sambil membacakan Solawat Syifa’ serta surah al-Fatihah. Sewaktu membacakan ayat ke-5 (iyya kana’ budu wa iyya kanasta’in), berdoa agar Allah sembuhkan penyakit yang dihidapi.

Sarang angkut-angkut ni digunakan kerana, Allah telah mencipta angkut-angkut untuk membina sarang daripada tanah yang terbaik di muka bumi ni. Tanah ni akan beri rasa sejuk pada kawasan bengkak.

Daun semalu pula dapat membantu mengecutkan bengkak kanser payudara. Bersesuaian dengan sifatnya yang akan tertutup/menguncup apabila disentuh.

Selain daripada itu, dari segi pemakanan, para pengidap kanser payudara juga boleh mengambil suplemen semulajadi sebagai salah satu alternatif rawatan yang lain.

Semua penyakit dan kesembuhan hanya daripada-Nya. Semoga ikhtiar yang dilakukan akan memberi kesihatan dan harapan kembali kepada mereka yang menderita kanser payudara.

 

Koleksi Video Testimoni Shaklee Effect Yang Super Best

Video Testimoni Wajib Tengok, Luahan Daripada Hati Yang Paling Dalam. Semuanya ringkas, padat dan menarik 🙂

 

Ibu sihat, keluarga bahagia, ibu bijak, rumahtangga sejahtera 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge