• Putrajaya, Malaysia
  • April 20, 2024

Perasan tak, ada di antara kita yang alah terhadap ubat-ubatan seperti antibiotik, ubat tahan sakit, ponstant, panadol dan macam-macam lagilah. Ade kes kawan saya tu, sampai muka habis bengkak sebab alahan ubat atau herba masa belajar kat universiti dulu, muka dah macam kene sengat tebuan pun ye.

Biasanya alahan ni berlaku akibat terdapat parasit dalam badan. Nak senang faham lagi, kekacingan. Nak-nak kalau doktor bagitau yang alahan tersebut berpunca daripada usus.

Disebabkan jangkitan parasit ni tidak boleh didiagnos, maka ramailah di antara kita yang tidak sedar yang berkemungkinan besar masalah kesihatan yang kita hidapi tu berpunca daripada parasit (cacing) yang ada dalam badan kita. Jadi sebab tulah perlu detoks parasit.

 

 

detoks parasit

 

5 Simptom Badan Mempunyai Parasit & Perlu Detoks Parasit

 

1) Masalah Pencernaan Kronik

Parasit boleh menyerang tubuh manusia dengan pelbagai cara termasuk menjadi punca sembelit. Worms adalah parasit yang boleh menyekat laluan nutrien ke dalam badan, dan bahan buangan dari badan keluar di pelbagai tempat dalam sistem penghadaman.

Parasit juga boleh menyerang salur hempedu dan usus sekaligus boleh menyebabkan sistem pencernaan rosak.

Sembelit berlaku kerana pergerakan usus yang normal telah dihalang. Kembung perut juga merupakan salah satu masalah perut kibat parasit. Ini kerana keradangan berlaku disebabkan oleh parasit yang tinggal di kawasan usus kecil. Makanan tertentu yang sukar dihadam akan memburukkan lagi masalah kembung perut ni.

 

2) Pelbagai Bentuk Tekanan Mental

Di antara masalah tekanan mental yang boleh berlaku termasuklah kebimbangan, kemurungan, sakit badan, sakit kepala, sakit mata, halusinasi visual, perubahan tingkah laku, dan bayangan aneh bahawa ada sesuatu tersangkut di kepala.

Usus kita penuh dengan kedua-dua neuron dan neurotransmitter, khususnya serotonin. Ia membentuk apa yang dipanggil saraf enterik. Usus dan otak kita mempunyai hubungan langsung, dipanggil sebagai paksi gut-otak.

Hubungan ini bermakna, apabila terdapat masalah dalam saluran gastrousus, ia boleh memberi kesan kepada sistem saraf.

Apabila terdapat keradangan dalam usus, ia tururt mengakibatkan keradangan di dalam otak. Begitulah juga sekiranya terdapat keradangan di dalam otak, ia dikaitkan secara langsung menyebabkan keradangan dalam usus.

Keradangan otak akan menyebabkan tekanan mental seperti kemurungan, kebimbangan dan gangguan kognitif.

3) Gangguan Kerengsaan Usus (IBS)

Sidrom IBS (Irritable Bowel Syndrome) dan Artritis Reaktif merupakan gangguan autoimun yang boleh berkait khusus dengan parasit usus serta sendi.

Parasit usus akan menggali dan menetapkan diri pada dinding usus. Rentetan daripada itu akan menyebabkan keradangan dan kerengsaan pada bahagian terlibat. Seterusnya membawa kepada masalah kekejangan dan usus tersumbat.

Akhirnya akan berlaku gangguan penyerapan nutrien daripada makanan kerana makanan tersebut sukar dihadam.

 

4) Gangguan Imun

Ekoran kerana parasit menghisap nutrien daripada badan, ia akan menyebabkan sistem imun terpaksa bekerja keras dengan sumber vitamin, mineral, nutrien dan sumber tenaga yang rendah. Parasit ini turut mampu merangsang pengeluaran immunoglobin mekanisma A.

Rangsangan yang berlebihan boleh mengakibatkan badan mudah terdedah kepada pelbagai bentuk bakteria, kulat, virus dan serangan lain.

Jadi, memang logiklah kan bila kita fikir, kalau kita sakit, dah makan macam-macam ubat atau suplemen, tapi sukar sungguh nak sembuh atau kenapalah kita ni mudah sangat nak kene sakit?

Satu lagi, ini mungkin boleh memberi jawapan kepada orang yang nak kurus atau yang ada masalah kulit yang sekian lama tidak menampakkan sebarang hasil walaupun dah berikhtiar dengan pelbagai cara.

 

5) Gangguan Tidur

Parasit, terutamanya yang suka bersarang di dalam saluran usus boleh menyebabkan pelbagai jenis gangguan tidur, seperti insomnia.

Parasit yang menjejaskan sistem saraf turut boleh menyebabkan gangguan tidur. Sepanjang malam apabila kita tidur, toksin akan bekerja keras menghapuskan toksin di dalam badan melalui hati.

Apabila kita kurang atau tidak tidur, akan berlaku lambakan toksin dalam tubuh kita.

Parasit yang mengganggu rutin tidur kita akan menukarkan rentak badan. Sesetengah parasit akan menyebabkan rasa yang sangat gatal di sekitar kawasan dubur, mengganggu tidur dan ketidakselesaan kepada badan.

 

Jemput baca sambungannya pada Bahagian 2 Tanda Ketara Badan Mempunyai Parasit.

 

Boleh whatapps ke 019-9377380 jika berminat nak join group detoks parasit di bawah kelolaan saya. Jom kita detoks parasit ramai-ramai:)

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “Detoks Parasit; 5 Tanda Ketara Badan Mempunyai Parasit – Part 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge