• Putrajaya, Malaysia
  • April 19, 2024

Masalah pencernaan kronik, pelbagai gangguan tekanan mental, gangguan kerengsaan usus, gangguan imun dan gangguan tidur adalah antara 5 tanda ketara badan kita mempunyai parasit yang telah saya kongsikan pada bahagian 1.

Tanda-tanda tersebut sudah menjadikan hidup kita huru-hara, apatah lagi dengan 6 tambahan tanda yang akan saya maklumkan seperti di bawah ni.

 

6 Petanda Ketara Tubuh Kita Mempunyai Parasit

 

1) Bruxism (Asah Gigi Sewaktu Tidur)

Bruxism merupakan istilah perubatan yang ditujukan kepada golongan yang mempunyai tabiat mengasah gigi semasa tidur. Kalau nak difikirkan, agaklah tak masuk akal ataupun kurang jelas perkaitan di antara pengisaran gigi dan parasit.

 

detoks parasit

 

Tabiat mengasah gigi ketika tidur ni berpunca daripada rasa bimbang dan resah yang hadir ekoran kerana parasit yang melepaskan sisa dan toksin ke dalam badan.

 

 

2) Masalah Kulit

Serangan parasit di dalam usus boleh menyebabkan kawasan keradangan dan kerengsaan kulit menjadi besar ekoran pengeluaran dan sebaran hormon ke dalam badan.

Seterusnya iritasi kulit akan berlaku yang akan menyebabkan ruam, gatal-gatal, ekzema dan lain-lain bentuk alahan yang menyerang kulit.

Selain daripada itu, masalah keradangan pada saluran usus juga boleh mengakibatkan makanan tertentu sukar dicernakan.

Makanan dihadamkan menghasilkan peningkatan paras eosinofil yang akan membakar tisu dan menyebabkan reaksi alergi.

Sesetengah parasit boleh menyebabkan berlakunya bengkak, luka-luka, kudis dan ulser.

 

 

3) Masalah Cirit-birit

Parasit biasanya menyerang usus. Namun, parasit juga berpotensi menyerang bahagian-bahagian badan yang lain.

Selain itu, terdapat beberapa jenis parasit yang menghasilkan bahan kimia yang dikenali sebagai prostaglandin. Ia akam membawa kepada kehilangan klorida dan natrium daripada tubuh, dan seterusnya akan menyebabkan cirit-birit.

 

 

4) Masalah Sakit Badan

Apabila parasit berhijrah pada mana-mana bahagian dalam badan kita, ia cenderung membentuk cyst pada otot dan sendi. Akhirnya ia akan menyebabkan kerengsaan pada bahagian tersebut yang mana sering disalah anggap sebagai arthritis.

Sakit pada bahagian sendi dan otot juga berkemungkinan besar juga akibat tindak balas sistem imun badan terhadap parasit yang menyerang tubuh.

 

 

5) Masalah Keletihan Kronik

Kehadiran parasit di dalam tubuh akan menyebabkan tubuh kita kekurangan bekalan nutrien penting yang boleh menyebabkan keletiahan pada tahap fizikal, mental dan emosi.

Serangan parasit akan menyebakan badan kekurangan lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.

Situasi ini akan membawa kepada keletihan yang teruk, kemurungan, masalah tumpuan dan sikap acuh tak acuh.

 

6) Masalah-masalah Lain

Di antara masalah-masalah lain yang boleh muncul akibat kehadiran parasit di dalam badan ialah:-

  • bilangan berlebihan jangkitan bakteria dan virus
  • anemia – kekurangan zat besi
  • berat badan berlebihan
  • kebimbangan

 

 

Berminat nak join group detoks parasit di bawah kelolaan saya?

Whatapps ke 019-9377380

Jom kita detoks parasit ramai-ramai:)

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge