• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Pada 28hb Ogos baru-baru ini, dengan berbesar hatinya kami sekeluarga menerima tetamu daripada Okinawa, Jepun. Beliau ni merupakan novelis sastera berbahasa Melayu serta penulis buku haiku dan tanka yang agak dikenali di dalam dunia penulisan karya Jepun (haiku dan tanka) di Malaysia.

Mengimbau kembali detik perkenalan saya dengan Puan Hajah Halela atau lebih dikenali sebagai Leyla Shuri ni bermula dalam dunia maya. Daripada jemputan untuk mengenali haiku di dalam slot karya dan sastera Melayu online, akhirnya membawa beliau ke rumah kami.

Dalam senggang waktu yang ada, saya menuntut ilmu haiku, tanka dan senryu dengan Sensei Leyla Shuri bersama rakan seangkatan Puan Elliza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Za.

Kami akan mengadakan perbincangan secara online sama ada melalui Skype, Facebook Group atau Messenger. Kesinambungan daripada itu, maka terhasilah projek Haiku Tanka Bicara Sakura yang telah melalui fasa akhir kemaskini baru-baru ini.

Memang lain tau bila sensei ada kat sebelah. Laju jer datang idea…kikiki

Jom layan gambar di sepanjang Kak Leyla Shuri a.k.a Sensei Leyla Shuri menjadi tetamu di teratak saya 🙂

 

 

Ketibaan Sensei Leyla Shuri bersama Kak Vimmi (Pengerusi UNGGAS dan Penaung Rumah Kita).

 

Malam tu tekak saya gatal-gatal tak selesa. Terus Kak Leyla keluarkan jeruk aprikot muda. Aprikot muda ni sangat pahit, tapi setelah dijeruk bersama cuka dan gula batu selama 6 bulan, memang sangat sedap. 100% semulajadi. Digunakan sebagai ubat batuk atau kalau tekak tak selesa.

 

 

Pagi 29hb Ogos, bersarapan dengan Nasi Lemak kuah sambal, bilis goreng, kacang goreng, telur rebus, ikan tongkol rebus asam garam, ulam timun dan kacang botol serta tambahan rendang kerang. Kak Leyla kata, menu ni bagus, makanan seimbang 🙂

 

 

Zoom in skit kita punya nasi lemak. 1st time sertakan ulam kacang botor 🙂 Lupa pula nak tayang Cinch Tea Lemon Madu. Kan nanti nak panjat bukit. Bekal tenaga siap-siap 😛

 

Lepas bersarapan kami panjat bukit di Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya. Cantik sangat permandangan bunga-bunga dan pokok-pokok kat atas ni. Dijaga rapi.

 

 

Saujana kehijauan mata memandang., dah memang sesuai sangat dengan nama.

 

 

Posing skit…hehe

 

 

Ni baru sedikit. Kalau tengok sendiri, memang tak puas.

 

Tetamu Dari Okinawa, Jepun. Sensei Leyla Shuri penulis noverl sastera Melayu dan guru haiku tanka9
Sambung projek akhir semakan haiku. Alhamdulillah, masa ni dalam 95% dapat disiapkan.

 

Lunch di Restoran Haji Hassan Ayam Kampung, Seksyen 7, Bangi.

 

Alhamdulillah, habis semua lauk 🙂

 

Tercapai gak hajat Kak Leyla nak pekena durian. Nak beli yang biji, belum masak lagi. Yang dah bungkus pun bungkuslah. Merasalah Musang King!

 

Pagi 30hb Ogos, bersarapan dengan Mee Calong. Semalam Alhamdulillah, semakan haiku dah beres. Lepas sarapan, sambung semakan tanka pulak. Lewat petang Sensei Leyla ada perjumpaan dengan kenalan di yang belajar di Okinawa. Malam, sambung siapkan semakan tanka. Alhamdulillah, selesai 🙂

 

Zoom in lagi mee calong. Kalau nak tahu menu, boleh search resepi yang pernah saya kongsikan dalam blog ni ye 🙂 Oh ya, ada apam balik dan putu mayam sekali. Juga air teh hijau, madu lemon.

 

Pagi 31 Ogos, bersarapan nasi sebab semalam Kak Leyla dah kenyang sate. Lauk masak lemak kobis, keli sambal merah, tempoyak cili dan biasa, ikan kering, ulam bendi rebus. Saya tambah nasi goreng bilis bersama keropok lekor Terengganu. Kak Leyla ajar makan ulam bendi cicah cuka keropok. Sedap lah pulak! Bendi ni buat kita awet muda sebab kaya kologen tau.

 

Zoom in menu harini. Lepas sarapan, Kak Leyla nak jumpa kumpulan bekas pelajar Okinawa. Kitaorang keluar cari barang untuk Kak Leyla. Surprise gitu, Alhamdulillah, jumpa!

 

 

Kak Leyla akan check in hotel untuk retreat dari Kak Za dan Puan Noraida. Bersilat kat dapur buat Laksa Sarawak…hehe. Didatangkan bersama teh lemon gula melaka.

 

Kak Leyla, Kak Za dan Puan Noraida. Akhirnya sampai juga ke rumah hamba 🙂

 

Part yang paling penting! Nasib baik sempat bergambar dengan penulis buku novel ni, Sensei Leyla Shuri. Thanks Sensei Leyla atas cenderahati yang sangat best ni!

 

Novel ketiga Sensei Leyla Shuri – Terbelah Bintang Subaru
Novel kedua Sensei Leyla Shuri – Pagi Semerah Daun Momiji Novel pertama masih belum dimiliki – Pulut Sakura Serunding Kasih

 

Selamat tinggal Baba. Kashful dan Asif tunggu Baba datang lagi tau.

Selamat tinggal Kak Leyla. Sekarang ni Kak Leyla berada di Singapura. Menziarahi keluarga di sana termasuk keluarga dua orang anak perempuan beliau. Rindu juga dengan cucu-cucu beliau yang comel-comel tu.

Sebenarnya, dengan kedatangan Sensei Leyla, bukan ilmu menulis jer yang dapat, ilmu kecantikan dan kesihatan pun tak habis-habis nak timba. Lepas ni semakin awet muda lah saya….hahaha

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Kenangan Bersama Penulis Novel & Sensei Haiku Tanka Dari Okinawa, Jepun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge