• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Nak kurus, mesti kita fikirkan tentang senaman. Senaman pula perlulah dilakukan bersungguh-sungguh dan konsisten. Tapi perkara yang kita selalu terlepas pandang ialah kepentingan rehat dalam senaman.

 

 

Cara rehat terbaik apabila bersenam di gym

 

Biasanya individu yang sering melakukan workout di gym, sering mengabaikan isu rehat ni. Overtraining merupakan kesan kurang rehat terhadap seseorang. Golongan yang biasanya memandang remeh tentang rehat dalam senaman ni ialah:-

  1. Melatih bahagian badan (seperti biceps) setiap hari
  2. Melatih sepanjang tahun, tanpa rehat
  3. Melakukan latihan selama beberapa jam di gym, setiap hari
  4. Sudah bosan meneruskan program latihan

Rehat terbahagi kepada dua iaitu rehat antara sesi dan rehat bermusim.

 

Cara rehat terbaik apabila bersenam di gym

Rehat Antara Sesi

Tahukah anda bahawa otot tidak membesar sewaktu weight training di gym? Sebaliknya, otot akan membesar sewaktu rehat.

Sesi latihan di gym menjadi perangsang untuk proses pembesaran otot, tetapi ia perlu direhatkan selepas itu. Latihan mengangkat berat menyebabkan koyakan microskopik kepada otot yang dilatih.

Otot tersebut perlu direhatkan bagi membolehkan badan membaiki sekaligus membesarkan (menguatkan) otot berkenaan.

Proses ini mengambil masa lebih kurang 72 jam. Oleh sebab itulah, kita sangat disyorkan menunggu paling kurang 72 jam sebelum melatih otot yang sama sekali lagi.

Tanpa sebarang rehat untuk sesi ini, usaha yang dibuat adalah sia-sia.

 

Rehat Bermusim

Bagi atlit dan pengunjung kerap gym, tulang dan otot anda akan banyak melalui wear & tear yang tidak dapat diperbaiki dalam sehari dua.

Bagi membolehkan badan kita dapat berfungsi dengan baik, hanyalah dengan cara menjadualkan rehat bermusim di antara 3-5 bulan. Dalam tempoh ini, rehat yang disyorkan adalah 1-2 minggu.

Dalam tempoh tersebut, kita harus rehat sepenuhnya untuk membolehkan badan kita recover sepenuhnya.

Rehat bermusim ini juga bertujuan untuk mencergaskan kembali keletihan minda kita. Ini kerana, latihan dalam jangka waktu yang agak panjang akan mengundang kejemuan. Jadi, rehat bermusim ni sangat sesuai untuk merehatkan diri dari segi fizikal, rohani dan mental.

 

Adakah Rehat Akan Menyebabkan Perkembangan Kita Merosot?

Kita mungkin kehilangan sedikit performance atau kekuatan sewaktu rehat bermusim, namun ianya hanyalah bersifat sementara dan cepat kembali pulih apabila kita memulakan kembali training.

Apa yang paling penting ialah kualiti, bukan kuantiti. Sebab tu rehat tersangat penting bagi mengelakkan overtraining yang akan mendatangkan keburukan di kemudian hari.

 

NOTA: Rehat yang dimaksudkan ialah rehat bagi senaman berat yang melibatkan aktiviti seperti membina otot. Senaman biasa seperti jogging, berenang, berbasikal dan sebagainya tidak memerlukan waktu rehat khas seperti di atas.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “Kepentingan Rehat Dalam Senaman Membentuk Otot Di Gym

  1. assalammualaikum… bahaya tak kalau saya workout di gym setiap hari tetapi bukan workout pada bahagian yang sama. contohnya: isnin-chest, selasa-shoulder, rabu-back, khamis-bicep, jumaat-chest, sabtu-back, ahad-bicep…..
    bahaya tak?.. saya cuba nak fitness dalam masa sebulan sebab masa cuti sekolah ni je yang free 🙂 maklumlah badan chubby :3 haha
    sekian, harap dapat maklum balas

    1. Waalaikumussalam.

      Workout pada bahagian badan yang berbeza tu dah bagus tapi perlu ada 1 hari rehat untuk pemulihan otot yang lebih efisyen.

      Ambil workout 3 hari dengan bahagian berbeza, hari ke-4 rehat.Sambung balik 3 hari untuk setiap bahagian badan yang berbeza, rehat hari ke-4.

      Ulang langkah ini hingga habis sesi workout.

  2. Saya sebelum ini jarang bersukan kerana menganggap membuat pekerjaan di rumah (semasa aktiviti badan mmg basah lencun akibat peluh) sudah memadai. Cuma hampir sebulan ni saya menyertai aktiviti zumba dan aerobic hampir setiap malam hari bekerja (isnin hingga jumaat) dan balik dari aktiviti ini saya membuat ‘toning’ exercise (tanpa bebanan) seperti squat, lunges, jumping jack, donkey kick dan beberapa gerakan utk lower body kerana badan saya bermasalah di situ (pear shape body type). Selepas hampir sebulan baru saya terbaca artikel ini. Adakah betul cara saya bersenam ini?

    1. Mulakan senaman dengan kadar yang boleh diterima oleh tubuh badan kita walaupun.sedikit dan sekejap, asalkan konsisten.

      Kemudian, kita naikkan tempoh senaman dari semasa ke semasa.

      Sebaik-baiknya beri juga tempoh rehat dan pemulihan pada otot sekiranya senaman melibatkan tekanan atau pembentukan muscle.

      Mungkin boleh try:-
      Ahad – upper body
      Isnin – middle
      Selasa – lower body
      Rabu – rehat

      Dan teruskan rutin.pusingan.

      Untuk senaman kardiovaskular macam berlari, berjalan, lompat bintang dsbnya takde masalah kalau nak.buat lebih kerap tapi masih ikut kemampuan tubuh.

      Just my 2 cents:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge