• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Dr Muhaya merupakan pakar motivasi kegemaran saya. Walaupun beliau merupakan seorang pakar mata, namun beliau sering muncul dalam rancangan dan siaran motivasi.

 

Prof Dr Muhaya Mohamad

Reset Minda Celik Rohani merupakan tagline yang sering beliau gunakan setiap kali memberi sebarang ceramah atau seminar. Kata-kata nasihat yang dituturkan oleh beliau sering menjadi inspirasi kepada saya untuk mengubah diri menjadi insan yang lebih baik. Saya yakin, ramai orang di luar sana yang sependapat dengan saya.

Sedikit sebanyak biodata beliau ingin saya kongsikan.

Biodata Profil Prof Dr Muhaya Mohamad

Usia: 54 tahun
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Nama Suami: Dr Azmi Jamion
Jawatan Suami: Doktor Perubatan (klinik sendiri)
Anak: Dr Noor Aniah (Doktor Optalmologi, kini melanjutkan pelajaran) Dr Noor Atiyah (Doktor Perubatan)

 

Pendidikan:

– 1980 – 1985 : Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
– 1986 – 1991 : Sarjana Surgeri Oftalmologi UKM
– 1998: PhD dalam bidang Ocular Immunology di Universiti London

 

Kerjaya

  • Profesor Oftalmologi AUCMS
  • Pakar Inspirasi dan Kolumnis Majalah
  • Pakar Perunding Mata dan Pengarah Pusat Lasik dan Mata, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur

 

  Pencapaian

  • Wanita Islam pertama Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) di Edinburgh
  • Menerbitkan buku berkonsepkan inspirasi antaranya Bahagia dan Membahagiakan, Celik Mata Reset Minda dan Peliharalah Matamu.
  • Matlamat: “Menjadikan setiap insan hidup dalam kesedaran ketuhanan dan bukannya kesedaran Keegoan. Menjadi insan yang bahagia serta dapat membahagiakan orang lain adalah satu anugerah tidak ternilai”

 

Rancangan

  • Tanyalah Ustazah
  • Halaqah
  • Radio IKIM
  • Astro Oasis – Reset Minda

 

Beliau sememangnya seorang wanita hebat. Walaupun sarat dengan tugasan dan pencapaian yang amat membanggakan, namun beliau tetap tawadduk berjalan di muka bumi ini. Beliaulah salah seorang muslimah contoh yang menjadi inspirasi semua orang.

 

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

 

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan

Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya

Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya

Hari #12: Kereta Idamanku

 Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan

 Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya

Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live

Hari #16: Sesuatu Yang Saya Rindui

Hari #17: Perkara Terbaik Pada Minggu Ini

Hari #18: Perkara Yang Saya Sukakan Tentang Personaliti Saya

Hari #19: Perkara Yang Membuatkan Saya Takut

 Hari #20: Perkara Yang Membuatkan Saya Tercabar

Hari #21: Binatang Kesukaan Saya

 

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

 

Terima kasih 🙂

 

Naimah Wahab

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Pakar Motivasi Kegemaran Saya | Hari #22; Cabaran 30 Hari Entry

Leave a Reply to Naimah Wahab Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge