• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Gula-gula dan anak-anak terpisah tiada. Malah ada sesetengah anak-anak seawal usia 1 tahun pun dah diperkenalkan dengan gula-gula. Hakikat yang terpaksa ditelan apabila ibu bapa kurang prihatin tanpa rasa bersalah membeli gula-gula kepada anak-anak mereka.

Gula-gula ni biasanya sangat tinggi kandungan gula, pewarna, perasa tiruan serta pengawet tambahan. Semua bahan yang tidak baik untuk kesihatan dan perkembangan anak-anak kita.

Justeru itu, daripada mendedahkan anak-anak kepada bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan, lebih baik menggantikannya dengan makanan tambahan yang pasti digemari oleh mereka iaitu Chewable VitaLea For Children.

Chewable VitaLea For Children ni berperisa anggur dan bersaiz lebih kurang duit 10 sen. Lebih kurang saiz gula-gula horlicks pun ye, tetapi ketebalannya adalah 2 kali ganda. Rasa manisnya adalah semulajadi dan tidak akan menyebabkan masakah kaviti pada anak-anak.

Tiada perisa atau pewarna tambahan serta sebarang bahan pengawet. Ia juga bebas gluten.

Ia merupakan multivitamin yang lengkap dengan 18 jenis vitamin dan mineral penting untuk pertumbuhan dan pembesaran anak- anak kita.

Ia turut menyediakan 100% keperluan Vitamin C, Vitamin D dan Vitamin E, serta kesemua 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan.

 

 

kebaikan multivitamin shaklee

 

Fungsi & Kebaikan Chewable VitaLea For Children

1) Vitamin A – untuk membaiki tisu dan tulang, juga menyihatkan mata dan kulit

2) Vitamin C – membuatkan otot, kulit, tisu penyambung menjadi kuat dan sihat

3) Vitamin D – menguatkan tulang dan gigi, membantu penyerapan Kalsium dengan lebih baik dan optimum

4) Copper – bantu penghasilan pigmen kulit dan rambut yang dipanggil melanin 5, bantu pembentukan elastin dan kolagen untuk penyembuhan luka.

5) Niacin – anak bertenaga

6) Vitamin B6 – anak menjadi pintar dan berkebolehan untuk berfikir dengan baik.

7) Vitamin E – mengelakkan sel dan tisu badan rosak, sihatkan sel darah merah.

8) Biotin – suburkan rambut dan kuku, rambut anak menjadi lebat dan cantik, kuku pun kuat.

9) Folate – galakkan pertumbuhan sel yang sihat

10) Zinc – tingkatkan sistem imuniti, anak tidak mudah sakit, sekiranya sakit, mereka akan cepat sembuh.

11) Iron – membina otot yang sihat, sekiranya berkurangan, akan membantutkan proses ‘baligh’ anak.

12) Vitamin B 12 – untuk sistem saraf yang sihat.

13) Riboflavin – untuk sistm penglihatan yang baik

14) Kalsium – membina tulang yang kuat

15) Thiamin B1 – anak bertenaga dan tidak mudah letih.

16) Iodin – otak cergas, kekurangan iodin menyebabkan IQ anak rendah.

17) Pantontenic Acid B5 – menghasilkan sel darah merah yang baik.

18) Magnesium – diperlukan oleh hampir semua sel dalam badan. Sekiranya anak ada tanda ADHD atau autism kemungkinan besar anak mengalami kekurangan Magnesium.

 

Apa yang paling penting, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk menerapkan sikap gemarkan makanan sihat berbanding makanan rapu yang telah terbukti memudaratkan kesihatan.

Anak yang sihat akan melahirkan generasi yang sentiasa sihat seterusnya dapat memanjangkan legasi kita yang berketahanan mental dan fizikal. Jangan sampai gula-gula menjadi jajan utama pilihan anak-anak kita.

 

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Pengganti Gula-gula Alternatif Terbaik Untuk Anak-anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge