• Putrajaya, Malaysia
  • April 20, 2024

Singgang dan orang Terengganu berpisah tiada. Hehehe…baru anak ganue sejati, ye dok?

Salam hujung minggu semua :D. Hari ni agak lambat bersiaran. Siang tadi bawa adik yang datang ke rumah meronda-ronda Alamanda.

Harini saya nak share resipi Singgang Asam Pedas Kepala Ikan Merah Terengganu. Resipi ni lebih kurang macam singgang kunyit tu, cuma ada sedikit penambahan bahan kat dalam tu.

 

Jom kita mulakan!

Bahan-bahan Singgang Asam Pedas Kepala Ikan Merah Terengganu

  • 1-2 ketul kepala ikan merah yang dibelah 2 dan dipotong
  • 1 keping asam gelugur/asam keping
  • 1 potong lengkuas – selebar 1 inci
  • 1 ketul kunyit hidup ditumbuk – 1 inci panjang
  • 5 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1/2 sudu kecil cili kisar/cili boh
  • 2 gelas air
  • 1 pokok daun kesum
  • 1 cubit gula melaka
  • Garam secukup rasa


Cara Menyediakan Singgang Asam Pedas Kepala Ikan Merah Terengganu

 

  1. Masak air sehingga mendidih di dalam periuk dengan api sederhana besar.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan kunyit tumbuk serta cili kisar, asam keping dan lengkuas
  3. Biarkan semua bahan tadi menggelegak lebih kurang 5 minit.
  4. Masukkan ikan, daun kesum, gula dan garam.
  5. Kecilkan api dan biar seketika sehingga ikan masak – lebih kurang 5 minit.
  6. Rasa dan boleh dihidangkan.

 

So simple dan sihat kan? Jangan lupa tau, kurangkan garam dan gula.

Resipi ni memang sesuai untuk orang yang tengah nak kuruskan badan. Ia pun mesra detoks parasit tau.

Tapi kalau cicah dengan budu atau sambal belacan, kene bersabar jelah dengan portion nasi kalau orang tengah berdiet ni…hehehe

Ok, selamat mencuba resipi Singgang Asam Pedas Kepala Ikan Merah Terengganu yang ringkas, mudah dan sedap ni tau:D

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

1 thought on “Singgang Asam Pedas Kepala Ikan Merah Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge