• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Bayi terutamanya yang baru lahir akan berterusan menangis kalau ada rasa lapar atau tidak selesa termasuklah diapers basah akibat kencing atau  berak, terlalu panas, terlalu sejuk dan kembung perut. Ni semua adalah perkara yang biasanya menyebabkan mak ayah tak boleh nak tidur.

Pening juga kepala kita ni kalau tak tahu punca kenapa bayi menangis berpanjangan kan? Tempoh 2-3 bulan pertama terutamanya sewaktu berpantang (contohnya 40 hari) merupakan waktu yang paling mencabar dan kritikal.

Waktu ni biasanya si ibu dan ayah akan mengalami kekurangan tidur dan rehat kerana bayi sering berjaga malam. Kalau nak susu atau tukar diaper  sahaja tu, ok lagi, tapi kalau akibat kembung perut, biasanya boleh berlarutan sehingga beberpa jam.

 

 

atasi bayi kembung perut

 

Tanda-tanda Bayi Kembung Perut

  • Bayi menangis tanpa henti tanpa sebab-sebab tertentu (sudah kenyang dan lampin sudah kering)
  • Menangis dalam tempoh yang agak lama (2-4 jam)
  • Bahagian perut terasa keras
  • Bayi menggeliat dan mengangkat punggungnya ke belakang
  • Berterusan mengangkat dan menendang kaki

 

Cara Atasi Bayi Kembung Perut

Biasanya tindakan segera yang sering dinasihatkan oleh orang-orang tua ialah tuam bahagian pusat, perut, belakang, labu betis, tapak kaki, punggung dan bahagian bawah telur kemaluan (bayi lelaki) dengan tuala suam atau tungku bayi.

Kalau zaman mak ayah kita kecil-kecil dahulu, biasanya mereka gunakan haba daripada bara batu arang atau tempurung kelapa. Lepastu dimasukkan kemenyan arab.

Tapi sekarang ni biasanya, kita boleh jer panaskan tungku. Nak lagi cepat, panaskan jer seterika. Tapi hati-hati kalau ada anak kecil yang lain.

Tempoh tuam bayi ni terpulanglah. Boleh 15 minit ke 1/2 jam atau lebih lama lagi.

 

Cara Mengenali Masalah Kembung Bayi Telah Dapat Diatasi

Biasanya kalau bayi dah mula kentut-kentut atau berak sekali, tu dah buat bayi kita berasa lega.

Selain daripada itu, kalau kita dapati perut bayi mulai lembut serta bayi dah berhenti menangis, tu pun petanda kembung perut dah beransur kurang.

 

 

atasi bayi kembung perut

 

atasi bayi kembung perut

 

 

Tips Atasi / Kurangkan Masalah Bayi Kembung Perut

  • Mandi bayi (terutamanya dalam pantang) dengan air suam selepas pukul 9 pagi dan sebelum pukul 6 petang.
  • Tuam bahagian perut, pusat, belakang, labu betis, tapak kaki, punggung dan bawah telur kemaluan (bayi lelaki) setiap kali selepas mandi.
  • Sapu minyak telon pada bahagian perut, pusat (yang dah tanggal dan kering), belakang, labu betis dan tapak kaki bayi selepas tuam.
  • Pakaikan barut pada perut bayi
  • Amalkan tuam bayi kalau mula dapati perut mengeras atau bayi nampak tidak selesa walaupun bukan selepas mandi.
  • Sendawakan bayi selepas minun susu (terutamanya formula)
  • Bayi susu formula – amalkan teknik penyusuan yang betul, guna saiz puting yang bersesuaian, sendawakan bayi di antara penyusuan.
  • Bayi susu ibu – teruskan penyusuan tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, bunga kobis, brokoli, kafein.
  • Ibu boleh amalkan makanan yang boleh membuang angin seperti halia, bawang putih, lada hitam atau boleh juga ambil suplemen Garlic Complex dan Peppermint Ginger Plus.

 

Apa yang paling penting, ibu bapa perlu sentiasa sabar dan bertenang sekiranya menghadapi situasi bayi yang menangis berlarutan akibat kembung perut ni. Perlu diingatkan, JANGAN SESEKALI MENGGONGCANG BAYI. Jika ibu atau bapa berasa keletihan, minta bantuan orang lain dan pergi berehat buat seketika. Semoga masalah bayi kembung perut dapat diatasi.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge