• Putrajaya, Malaysia
  • April 19, 2024

Biasanya, apabila kandungan dah menginjak ke usia 4-5 bulan, nak tak nak, ramai  ibu mengandung terpaksa dapatkan baju lain.



Sebabnya, kebanyakan saiz perut ibu hamil waktu  ni dah semakin membesar  seiring dengan pertumbuhan pesat bayi  di dalam kandungan.

Walaupun ada orang yang mengandung 6-7 bulan pun masih boleh lagi pakai baju kurung (sayalah tu… hihihi), tapi bagi yang jenis perut besar, memang dah tak muat dah baju harian diaorang.

Nak beli atau shopping baju mengandung ni tak boleh main belasah jer tau. Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.

Tips Membeli Baju Mengandung Agar Boleh Pakai Lama

1) Material Kain Kapas

Bukan sahaja baju baby elok guna kain kapas. Ibu hamil pun sangat disyorkan memakai baju yang diperbuat daripada kain kapas ni.

Kain kapas selalunya sejuk dan menyerap peluh. Jadi sangatlah bersesuaian apabila dipakai di negara kita yang beriklim panas.

Yang penting, material kain ni memang selesa. 

Mak mengandung, kalau tak selesa pun boleh crancky tau. Kesian pulak dekat incik suami karang…. hehehe

2) Pilih Baju Longgar

Masa beli baju mengandung tu, jangan beli asal muat jer nak sarung. Tak pun yang ngam-ngam dengan badan ibu time fitting baju tu.

Tambah-tambah pula kalau shopping baju tersebut masa kandungan baru 5-6 bulan.

Kalau tak, alamat jadi tukun dalam almarilah lepas beberapa kali pakai. Tak ke sayang kan?

3) Pemilihan Fesyen

Kalau perasan, fesyen baju ibu mengandung ni selalunya agak besar di bahagian perut.

Kalau pandai pilih, fesyen sebegini masih boleh dipakai selepas bersalin kerana kalau kene cara jahitan, tak nampak pun macam baju mengandung.

Tak kisahlah kalau lama-lama dah out of date sebab fesyen yang sama pasti akan berulang kembali satu masa nanti.

Sekarang ni, banyak sangat pilihan baju mengandung cantik-cantik yang boleh dibuat. Siap sekali dengan pakej mesra menyusu dan wudhuk lagi. Sangatlah fleksibel.

4) Nursing Opening

Yea, bukaan menyusu ni antara kriteria utama yang jadi pilihan saya walaupun nak beli baju mengandung ataupun pakaian harian.

Walaupun dah bersalin dan anak dah tak menyusu, saya tetap cari yang ada bukaan menyusu.

Sebabnya, manalah tahu, akan datang ada rezeki baby lagi kan. Kene pulak,  baju tu adalah baju kesukaan kita. Takdelah menggigit jari tengok saja baju tu sepanjang tempoh anak menyusu, ye tak?

Jadi, bolehlah pakai sampai lebam walaupun dah lepas bersalin atau lepas pantang.

Lagipun, sekarang ni memang mudah sangat nak dapat baju yang ada bukaan menyusu. Daripada design yang simple sehingga yang elegan gitu.

5) Pemilihan Warna Seluar/Kain

Untuk seluar atau kain, seeloknya pilihlah warna gelap supaya senang kita nak match kan dengan baju kita. 

Tapi kalau suka warna cerah atau sedondon pun, tak ada masalah, pakai jer.

 6) Bahagian Pinggang Seluar/Kain

Part ni pun agak penting juga tau. Pilih bahagian pinggang seluar atau kain yang boleh diubahsuai atau adjustable.

Perut ibu hamil kan semakin membesar, nanti dah ketat bahagian pinggang tu, mesti rasa tak selesa serta sukar bernafas.

Nak mudah lagi, cari jer kain atau seluar yang guna material kain yang jenis strecthable pada bahagian pinggang. 

Tak perlu nak adjust banyak kali dah. Main sarung je. So,lepas ni jangan terkejut kalau tengok ibu mengandung 9 bulan pun masih pakai skinny jeans, ye…hehehe 

Haaa…itulah antara tips yang para ibu boleh ikuti kalau nak memilih baju mengandung. Kalau boleh, biarlah alah membeli, menang memakai gitu.

Tak perlu tunggu baju mengandung mahal atau branded sangat pun, asal kita rasa suka, selesa dan puas hati sangat dengan baju tu. 

Ibu mengandung kena jaga emosi tau, jangan sebab stress baju mengandung tak selesa, mak moody sepanjang hari :P.

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge