• Putrajaya, Malaysia
  • April 24, 2024

Orang sering memikirkan yang kebanyakan orang yang gemuk mempunyai tahap kolestrol yang tinggi. Tapi sebenarnya ia adalah satu kesilapan kerana orang yang kurus melidi pun boleh mempunyai bacaan kolestrol yang tinggi.

Jadi, apa-apa pun saiz badan kita, sentiasalah memastikan agar kolestrol berbahaya sentiasa berkurangan atau terkawal di dalam darah.

Namun, sekiranya kita berada pada tahap obesiti, 24 jam tubuh kita berada di dalam keadaan stress. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko kolestrol jahat di samping penyakit kronik yang lain.

 

Jadual Bacaan Kolestrol

cara kurangkan bacaan kolestrol

HDL adalah kolestrol baik, manakala LDL adalah kolestrol jahat.

 

Bagaimanakah Cara Mengurangkan Kadar Kolestrol Berbahaya?

#1: Kurangkan Berat Badan

Jika perlu dan mengalami obesiti, perlu mengambil langkah mengurangkan berat badan. Namun, perlu diingatkan bahawa kurus kering pun tidak semestinya menjadi penanda kita sihat dan bebas kolestrol jahat. Sebabnya kolestrol sangat berkait dengan isu genetik.

 

#2: Kurangkan Makanan Berkolestrol

Pastikan mengambil makanan yang tidak mengandungi kolestrol yang tinggi. Sekiranya makan ikan dan udang, kurangkan memakan bahagian kepala dan ekor. Tumpukan kepada pengambilan isi.

 

#3: Kurangkan Makanan Lemak Tepu & Trans Fat

Kurangkan atau elakkan juga makanan berlemak terutamanya lemak tepu dan lemak trans.

 

#4: Senaman

Lebih banyak senaman akan hasilkan lebih banyak kolestrol baik yang kembali ke dalam hati.

 

#5: Tingkatkan Makanan Berserat

Serat juga meningkatkan penghasilan kolestrol baik disamping bantu menyerap kolestrol jahat.

 

#6: Omega -3 (Omega Guard)

Omega-3 bantu mengurangkan keradangan atau bengkak pada dinding arteri. Selain daripada itu, Omega-3 bertindak menyingkirkan kolestrol yang telah memasuki salur darah serta membakar kolestrol yang telah lama terpendam di situ..

 

#7: Berhenti Merokok

Merokok menjadi punca banyak berlakunya stress pada tekanan darah, mudahkan retakan pada dinding arteri. Dengan kata lain, merokok menyebabkan keadaan kolestrol bertambah buruk.

 

#8: Makan Ubat

Mengambil ubat yang dibekalkan doktor untuk mengawal kolestrol.

 

Adakah Dengan Mengikut 8 Tips Kurang Kolestrol Jahat, Anda Sihat 100%?

Tidak 100%. Dengan mengikuti semua tips di atas tidak akan menjamin kita bebas kolestrol jahat sepenuhnya. Yang pastinya adalah kebarangkalian dapat kawal masalah dan kurangkan risiko penyakit berbahaya. Ini kerana genetik memainkan peranan yang sangat penting berhubung isu kolestrol.

 

Ketahui juga Kenapa Kolestrol Jahat Sangat Digeruni dan Cara Rawat Kolestrol Semulajadi.

 

Mencegah lebih baik daripada mengubati 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

8 thoughts on “Tips Mengurangkan Kolestrol Berbahaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge