• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Berniaga secara online memang menjadi salah satu cabang bisnes yang agak popular pada masa kini. Dengan kepesatan teknologi, ramai wanita yang telah menceburi bidang online ni tak kiralah mereka yang sedang bekerja atau suri rumahtangga sepenuh masa atau lebih glamer dengan gelaran Work At Home Mom (WAHM). Tapi, sebagai ibu, sejauh mana cabaran nak berniaga online sambil menguruskan anak-anak?

Biasanya ramai ibu yang bekerja online ni merungut yang tiap kali nak mengadap komputer, anak kacau, asal jer pegang handphone, anak rebut, baru jer nak reply call/SMS/WhatApps customer, anak sibuk ajak bermain.

Alasan ni semua yang ramai para ibu dan WAHM rasa yang mereka tak dapat nak berniaga online. Semuanya sebab anak.

Tapi kalau anda nak tahu cara terbaik macam mana nak uruskan anak-anak agar tak kacau kita buat kerja, takdelah nak berebut gajet dengan kita, cepat-cepat tengok video best ni.

 

Segala permasalahan yang selama ni sering berlaku kepada para mak dan WAHM di luar sana dah terjawab melalui video kat atas ni kan?

Anak-anak kita memang nak mak, mama, mummy, ibu, omak diaorang berjaya. Tapi anak-anak kecil ni manalah nak tahu kita tengah berbisnes online kan?

Mesti sedih dan kecik hati diaorang kalau tahu yang kita anggap mereka ni beban dalam hidup kita. Punca kegagalan kita tak dapat nak berniaga online.

Anak-anak ni kan adalah anugerah yang tidak ternilai. Masa bersama mereka pun sangat pantas. Sedar-sedar dah besar. Tahu-tahu dah ada cucu. Sekurang-kurangnya kita saling membahagiakan dan meninggalkan memori terindah sewaktu proses pembesaran permata hati kita.

BTW, ramai jer ibu bekerjaya dan WAHM yang sangat berjaya dalam bisnes online. Salah seorang daripada mereka adalah Puan Lyna Noh yang share tips kat dalam video kat atas ni lah 🙂

 

Boleh tengok kat sini banyak lagi video testimoni kesihatan dan muhasabah diri yang super best!!!. Semuanya ringkas, padat dan menarik 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

24 thoughts on “Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online

  1. saya bermula sejak 3 tahun yang lau syukur semua nampak seimbang pendapat alhamdulillah.rasa ini masa terbaik untuk katakan ada rumah baik itu jika dapat pendapatan tetap. kalau rasa tak sure lagi baik kita kerja dahulukan.

    ia pada permulaan bukan satu keputusan mudah tapi lama-lama keluarga saya suami terima dan sedia beri sokongan.rasa nikmat jadi suri sepenuh masa untuk suami dan anak-anak..alhamdulillah
    suri recently posted…CPUV Campaigns Nuffnang 17/2015_MCMC: Klik Dengan BijakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge