• Putrajaya, Malaysia
  • May 4, 2024

Walaupun keistimewaan bagi pengguna WordPress ialah kedudukan blog tidak mudah jatuh ke belakang sekiranya jarang dikemaskini berbanding pengguna Blogspot, namun salah satu kelebihan Blogspot ialah dengan penggunaan keyword yang tepat, blog mudah berada pada muka hadapan jika rajin dikemaskini.

 

 

Carah sahkan wordpress site dengan Google Webmaster Tools.

 

Blogspot dimiliki oleh Google. Jadi banyak kelebihan yang bakal dinikmati oleh pengguna Blogspot menerusi Google. Namun, terdapat kaedah yang boleh digunakan oleh pengguna WordPress bagi membolehkan entri atau site mereka diindex oleh Google. Salah satu caranya ialah menggunakan Google Webmaster Tools.

 

Untuk lebih faham lagi, analoginya, Google ni adalah seorang bapa kepada Blogspot. Manakala WordPress ni adalah kawan kepada Blogspot. Jadi kalau Blogspot masuk ke rumah Google, sudah pasti Google kenal (notice & aware) anak sendiri.

 

Sekiranya WordPress datang ke rumah pakcik Google ni, WordPress perlu memperkenalkan diri dulu yang dia ni adalah kawan kepada Blogspot. Lain kali kalau pakcik Google ni jumpa WordPress di kawasan rumah dia, dia dah kenal dah dengan WordPress. Jadi taklah pakcik Google buat tak peduli jer kan. Dah kawan anak dia 🙂

 

Langkah-langkah Untuk Index WordPress Site Menggunakan Google Webmaster Tools

 

Cara Index WordPress Entri Menggunakan Google Webmaster Tools14

  • Pastikan anda mendaftar dengan Webmaster Tools terlebih dahulu
  • Klik pada butang “Add Site”

 

 

Cara Index WordPress Entri Menggunakan Google Webmaster Tools13

 

  • Masukkan URL website anda.
  • Kemudian klik pada butang “Continue”

 

 

Cara Index WordPress Entri Menggunakan Google Webmaster Tools12

  • Pilih tab “Recommended Method”
  • Copy meta tag (HTML) seperti di atas.

 

 

Cara Index WordPress Entri Menggunakan Google Webmaster Tools11

  • Login pada dashboard website anda.
  • Pilih “Appearance”
  • Kemudian pilih “Editor”

 

 

Cara Index WordPress Entri Menggunakan Google Webmaster Tools10

  • Scroll ke bawah dan pilih “Header”

 

 

Cara Index WordPress Entri Menggunakan Google Webmaster Tools9

  •  Paste meta tag tadi di mana-mana bahagian di dalam “Header” (di antara <head> dan </head>).

 

 

Cara Index WordPress Entri Menggunakan Google Webmaster Tools8

  •  Klik butang “Continue” di bahagian bawah Editor.

 

 

Cara Index WordPress Entri Menggunakan Google Webmaster Tools7

  • Pergi kembali ke laman Webmaster Tools yang mempunyai meta tag tadi.
  • Klik butang “Verify”

 

 

 

 

Cara Index WordPress Entri Menggunakan Google Webmaster Tools6

  • Sekiranya tidak mempunyai sebarang masalah, mesej seperti di atas akan dipaparkan.

 

 

Cara Index WordPress Entri Menggunakan Google Webmaster Tools

  • Pergi kembali ke page Webmaster Tools.
  • Setelah website anda disahkan (verify), URL website anda kelihatan aktif di page Webmaster Tools.
  • Klik pada URL tersebut (cth: www.myliferia.my).
  • Senarai menu sebelah kiri page akan dipaparkan seperti di bawah.

 

 

Cara Index WordPress Entri Menggunakan Google Webmaster Tools5

 

  • Klik pada “Crawl”
  • Kemudian klik pada “Fetch As Google”

 

 

Cara Index WordPress Entri Menggunakan Google Webmaster Tools4

  • Copy URL entri terkini anda seperti di atas
  • Klik butang “Fetch”

 

 

Cara Index WordPress Entri Menggunakan Google Webmaster Tools3

  •  Klik pada butang “Submit To Index”

 

Cara Index WordPress Entri Menggunakan Google Webmaster Tools2

  • Buat pilihan cara crawl seperti di atas
  • Klik butang “Go”

 

 

Cara Index WordPress Entri Menggunakan Google Webmaster Tools1

  •  Contoh di atas menunjukkan semua entri yang telah berjaya diindex.

 

Anda boleh juga merujuk video di Youtube seperti di bawah:-

 

 

 

Selamat mencuba. Diharap dapat membantu anda untuk sama-sama berada di muka depan Google 🙂

 

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

8 thoughts on “SEO: Cara Nak Index WordPress Site Supaya Mesra Google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge