Warm up (pemanasan tubuh) dan cool down (penyejukan tubuh) adalah aktiviti wajib yang perlu dilakukan untuk setiap sesi senaman atau workout. Nampak simple tapi ianya sangat penting. Ini kerana, dengan melakukan warm up dan cool down, risiko untuk mengalami kecederaan sewaktu workout adalah lebih rendah.
Kepentingan Warm Up
Warm up dilakukan bagi memastikan semua komponen di dalam tubuh badan berada di dalam keadaan bersedia sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal yang melibatkan:-
- Jantung
- Sendi
- Otot
Maksud bersedia di sini ialah:-
- Menaikkan tingkat energi yang dikeluarkan oleh metabolisma tubuh.
- Meningkatkan pertukaran (pengikatan) oksigen dalam hemoglobin.
- Meningkatkan kecepatan perjalanan signal saraf yang memerintah gerakan tubuh.
- Memudahkan otot-otot berkontraksi dan rileks dengan cepat dan efisyen.
- Mengurangkan ketegangan pada otot.
- Meningkatkan keupayaan (kapasiti) kerja fisik.
Untuk mengetahui cara bagaimana warm up yang mudah dan berkesan, boleh merujuk kepada video di bawah ini:-
Cool down pula wajib dilakukan setiap kali selepas melakukan sesuatu aktiviti fizikal. Selalunya ramai yang culas bab cool down ni. Lepas workout, terus pergi menjamu selera atau balik rumah, kan kan? hehehe… Sebenarnya cool down sangat penting untuk penjagaan kesihatan kita. Anda pasti tak akan skip sesi cool down ni setelah mengetahui kenapa ianya adalah satu kemestian.
Kepentingan Cool Down
- Membantu menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.
- Menjajar semua otot.
- Mengurangkan kesakitan & kerengsaan setiap kali selepas bersenam
- Menggalakkan pengaliran darah ke jantung.
- Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.
- Membantu untuk me’relax’kan (merehatkan) anda.
Proses cooling down ni adalah WAJIB dilakukan supaya darah tidak terperangkap di dalam otot yang tidak bekerja dan tidak berkeupayaan balik ke jantung (blood pooling) yang akan menyebabkan anda berasa pening-pening.
Cool down juga boleh mengelakkan dari anda mengalami kesakitan otot disebabkan asid laktik yang terkumpul semasa melakukan aktiviti fizikal.
Untuk melihat cara melakukan cool down yang lebih efektif, sila rujuk video di bawah ini:-
Jadi, buat anda di luar sana yang gemar bersukan ke, workout ke, berkebun ke, bermain dengan anak cucu atau melakukan sebarang aktiviti fizikal, jangan lupa untuk menyempurnakan sesi warm up dan cool down anda ye. Jangan lupa juga tentang kepentingan snek sihat sebelum dan selepas bersenam.
Buat aktiviti fizikal ni untuk tujuan kesihatan tubuh badan, tapi sebaliknya lagi banyak sakit pula yang dapat ekoran suka skip warm up dan cool down ni. Jaga warm up dan cool down, inshaa Allah badan sihat hingga ke tua 🙂
Kredit: Kevinzahri.com
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Shaklee ID: 1001144
untuk elakkan badan kita rasa sengal terseliuh tak heeee
suri recently posted…Panaslah Ayah..Memori Minum Air Dalam Piring, Kasihmu Sejuk Memayung Jiwaku
Ye betul, pandai suri 🙂
bersenam pun mesti dengan cara yang betul, walaupun joging je…boleh sakit satu badan.
Denaihati recently posted…Kisah tak lepas imigresen di KLIA
Betul tu tn. Denaihati,
Semalam saya main badminton, buat sikit warm up, Alhamdulillah, selamat uratku 🙂
Yeah…ini semua menjamin masa depan yang sihat dan sejahtera..hehe..terima kasih kongsikan..
Hafizul recently posted…Kelebihan Ujrah PTPTN
Sama2. Semoga sihat sokmo 🙂