• Putrajaya, Malaysia
  • November 2, 2024

Ada orang kata, orang gemuk ni nampak seksi. Ada pula yang lainnya berpendapat yang suami buncit ni nampak lagi menawan. 

Tapi macam mana datangnya istilah dan kepercayaan ni semua sehingga kita menganggap gemuk dan buncit ni adalah perkara yang remeh-temeh?

Pada si suami pula, aahhh, buat apa nak jaga badan lagi, kan dah kahwin? Isteri mesti setianya kalau setakat buncit. Jaga hati, jaga keperluan, settle!
Topik yang agak berat jugak sebenarnya sebab nak ubah minda orang kita ni bukan mudah!
  

Tahukah korang yang lemak visceral lebih bahaya untuk kesihatan berbanding jumlah lemak badan?
Lemak visceral ni adalah lemak yang terkumpul sekitar bawah kulit, celah otot dan sekitar bahagian organ penting seperti jantung, hati dan paru-paru.
 
 

Apa yang paling membimbangkan, lebihan lemak yang terkumpul ni menyebabkan pendedahan terhadap risiko penyakit kronik seperti jantung, strok, darah tinggi, kencing manis adalah berkali ganda berbanding mereka yang normal.
  

Kaitan Berat Badan Dengan Hidup Atau Kematian

1 atau 2 orang yang gemuk akan mati lebih awal kerana komplikasi yang berkaitan dengan berat badan mereka.
Masalah Akibat Obesiti

Jangka hayat yang lebih singkat
Kurang peluang pekerjaan

Masalah tulang

Trombosis vena yang mendalam (Deep Vein Thrombosis)

Kanser

Masalah sendi

Angin pasang (hernia)

Serangan jantung

Masalah pernafasan

Tekanan darah tinggi

Diabetes jenis 2

Peluh yang banyak

Kolestrol tinggi

Artritis

Rendah diri

Murung

Pergerakan terhad

Diskriminasi sosial
Bukan satu dua masalah yang timbul, malah risiko yang hampir menganggu keseluruhan hidup, secara fizikal dan emosi.

Oleh itu para suami, isteri yang nak anda kurus, bukan sebab nak suami diaorang tu nampak hansem semata-mata. Korang dah jadi yang terbaik dan  paling hensem lagi macho kat mata diaorang sebaik sahaja akad nikah dilafazkan.
Para isteri memang sangat bimbangkan kesihatan suami sebabnya nanti yang menanggung akibatnya adalah orang yang mereka sayangi juga. Tempias pun terkena pada seluruh keluarga. 
Memang bukan mudah nak ubah tabiat pemakanan dan aktiviti fizikal yang dah sebati dalam hidup kita. Tapi yang penting, mulakan langkah pertama dan konsisten mengamalkannya.

Islam pun mahukan penganutnya menjaga anugerah kesihatan kan? Nak beribadah pun lebih mudah.

Keluarga sihat  keluarga sejahtera, keluarga sejahtera, keluarga bahagia.

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

8 thoughts on “Sayang Suami; Gemuk & Buncit Sangat Perlu Dikawal & Dicegah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge