Saat kelahiran bayi adalah detik-detik penting yang dinantikan oleh pasangan suami isteri. Saat yang penuh mendebarkan dengan perasaan yang bercampur baur. Namun sebelum melalui saat-saat tersebut, ada perkara yang tidak kurang pentingnya juga iaitu menyediakan barang-barang keperluan ibu dan bayi sebelum kelahiran.
Biasanya, apabila usia kandungan telah mencecah 30 minggu, nurse yang bertugas akan mengingatkan agar para ibu untuk menyediakan barang keperluan ibu dan bayi untuk dibawa ke hospital sebelum bersalin. Semua barang ni selalunya kita letak di dalam sebuah beg, kemudian ditempatkan di dalam boot kereta yang dibawa ke mana-mana para ibu pergi.
Persediaan lebih awal ni sangat penting agar ibu dan ayah tidak kelam-kabut di saat-saat kelahiran. Buatnya ibu bersalin awal daripada jangkaan, huru-hara jadinya. Masa inilah nak uruskan ibu dan bayi, masa inilah juga nak cari barang itu ini.
Lagipun, ketenangan ibu turut mempengaruhi proses kelahiran yang lebih mudah. Kalau ibu dah stress, bayi pun susah nak keluar pulak karang.
Keperluan Ibu Di Wad
- Tuala – sehelai
- Kain batik – 2-3 helai
- Maternity Pad – 12 keping (sebaiknya beli yang saiz lebar dan panjang – overnight & wing)
- Toiletries – berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo (beli yang travel kit supaya lebih mudah dan ringan untuk dibawa)
- Baju – sepasang (untuk dipakai bila nak keluar wad nanti – lagi mudah kalau ada bukaan menyusu, senang kalau tiba-tiba baby nak menyusu)
- Nursing cover – 1 helai (ibu dapat menyusu dengan lebih selesa)
- Tudung – 1-2 helai (bawa tudung yang paling mudah dipakai)
- Arm sock (sarung tangan) – 1-2 pasang (biasanya lengan baju kat wad ni panjang dia 3/4 lengan jer, aurat tu)
- Kismis, kurma, biskut, roti (boleh dipek kecil awal-awal kecuali roti yang cepat expired)
- Air zam-zam (kalau takde, boleh sediakan air mineral tapi kalau dah berada di wad, boleh amalkan air suam) – minum kerap tapi sedikit-sedikit.
- Pakaian dalam – bawa untuk 2 hari
- Stoking tebal – 1-2 pasang
- Buku pink – buku ni sangat penting untuk dibawa ke mana-mana. Nak-nak lagi kalau ke hospital. Dah jadi macam passport nih.
- Plastik besar – untuk meletakkan baju kotor.
- Set Berpantang Shaklee – boleh dimakan terus selepas kelahiran bayi. Sangat penting ambil Ostematrix bagi mengelakkan sembelit lepas bersalin serta elakkan sakit, kebas dan lenguh-lenguh badan, Omega bagi mengecutkan segera bengkak dalaman.
- Vivix – Vivix ni, ramai sangat para ibu yang bersalin normal atau pembedahan amalkan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin serta menjadi lebih cergas. Sebabnya Vivix mengandungi resveratrol yang memberi kebaikan itu semua.
Keperluan Bayi Di Wad
- Baju lengan panjang – 1 helai
- Baju lengan pendek – 3 helai
- Tuala – 1 helai
- Lampin – 5 helai
- Diaper/Nappy – 10 keping
- Kain bedung – 1-2 helai
- Mitten & booties – 3 pasang
- Topi bayi – 1 helai
- Tisu lembab (wet tissue) – 1 pek
Keperluan Ibu Ke Bilik Bersalin (Labour Room)
- Hanya bawa diri dan kandungan jer….hehehe. Nanti ibu perlu menukar pakaian sedia ada dengan pakaian hospital. Pastikan tanggal semua perkakas emas atau perhiasan badan.
Keperluan Bayi Ke Bilik Bersalin (Labour Room)
- Baju lengan panjang – 1 helai (labour room sejuk tau)
- Kain bedung – 1 helai
- Diaper/Nappy – 1 keping
- Mitten & Booties – 1 pasang
- Topi bayi – 1 pasang
Pengalaman melahirkan bayi ni memang berbeza setiap orang. Ada yang cepat daripada tarikh yang dijangkakan, ada yang terlewat, malah ada jer yang tepat. Tapi apa-apa pun, jangan lupa buat senarai dan sediakan barang keperluan ibu dan bayi sebelum bersalin ke hospital.
Saya pun dalam proses nak menyediakan senarai barang-barang ibu dan bayi sebelum bersalin gak ni. Doakan proses dan urusan kelahiran anak ketiga kami nanti selamat dan dipermudahkan ye 🙂
Kalau nak order Set Berpantang Shaklee serta Vivix sendiri secara online, boleh klik pada pautan di bawah:-
Semoga para ibu Allah izinkan dapat berpantang dengan lebih selesa, gembira dan kurang kesakitan luka bersalin pada kali ini asbab berikhtiar dengan Set Pantang Shaklee dan Vivix ni.
Jangan lupa hubungi saya untuk konsultasi selepas pembelian Set Pantang & Vivix ni.
Kalau perlukan bantuan saya untuk mendapatkan Set Pantang Shaklee beserta Vivix dengan cara lebih untung dan jimat, boleh whatapps saya di 019-9377380.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
cantik. ramai yang pening nak carik list ni
Uncle Zuan recently posted…11 Tempat Di Saigon Yang Boleh Singgah Dalam 1 Hari
Semoga bermanfaat untuk semua?
Masih ingat lagi masa mengandung kan anak-anak saya. Barang yang dah disiapkan selalu stand bye dalam kereta…..pegi pasar dekat pun bawa….hihi..
nila anggraini recently posted…Mengapa Saya Boleh Mengalami Keguguran
Betul tu, buatnya time tu nak terberanak, terus pecut ke hospital?
citer pasal bersalin di hospital ini teringatlah masa mak aku melahirkan adikku Napi.
Boleh baca sini:
http://keluarga-amri.blogspot.my/2013/07/pucuk-ubi-kayu.html
insan marhaen recently posted…Aritu, Bila Mereka Berjumpa…
Macam mana kisah tu? Jom lah kongsi?
Iya…ada yang disediakan oleh pihak hospital tapi ada yang tidak
Huhu..betul dah tu.. saya dulu seminggu nak due, dah letak siap2 dalam kereta..apa-apa hal senang..nak harapkan saya simpan semua ni, memang tak la..hahaha
Hafizul recently posted…Hari Ni Cerita Bab Gila Aje
Seminggu tu, nervous betul
Dulu book hospital yang dekat dengan office. In case tiba-tiba rasa nak bersalin boleh jalan kaki je kalau kena waktu kerja he he.
rahimah recently posted…4 Langkah Mudah Permohonan Visa Ke Australia
So simple dan senang. Siap boleh pergi sendiri….hehehe
Mitten and botties tu pe
Sarung tangan dan kaki
Tq kak.. :$
welcome dik 🙂
Info yg sgt berguna sis. Tq for sharing info
kene bersedia untuk anak kedua nanti.
titan recently posted…Lelaki kahwin dan badminton kawasaki.
Tahu tak per….Anak kedua nanti, abah mesti lagi cool😎😎
Lerr ni blog mung ke naimah hahaha..dh abes baca baru perasan
hahahaha….yer lah sal oiiii…..sila menelaah lagi yer…kikiki
Tq sis..simple je checklist.mudah difahami
Hehee..
welcome. semoga bermanfaat. 🙂
Naimah Wahab recently posted…Pencuci Muka Terbaik Hilangkan Blackheads Whiteheads Tanpa Rasa Sakit
dah boleh buat persiapan awal ni. TQ share.
http://www.thephotolicious.com
Welcome, semoga bermanfaat
Tq sis..entry sis sgt2 membantu saya membuat persediaan ke hospital. Padahal ni kandungan ke 4 dah. Tapi bila dah kembar ni, kalutnya lain macam pulak, Tq lagi sekali. Semoga Allah perluaskan rezeki sis..
Your most welcome sis Ain ???. Saya rasa, saya pun tiap kali nak bersalin kene refer balik entri ni. Bimbang tertinggal pulak barang nanti..hihi
Thanks atas doa juga. Aameen
tq sis..info yang ringkas,mudah difahami dan sangat berguna..sy dah 37weeks skarang..due 8/2 .tp skarang dah rasa sakit perut cume x kerap.baby sulong memang zero..kena banyak bertanya dan gogle..:).barang2 semua dah prepare letak dalam keta..senang nanti in case..blh direct ke labour room sbb keja kt hospital je..hihihi..
Wahhh, tahniah sis fa’ain. Semoga diberi kemudahan dan keselamatan untuk bersalin nanti. Semoga baby dan mommy sihat dan selamat 🙂