Kalau ada terlintas nak berhenti kerja sebab nak jadi WAHM, baik fikir 9-10 kali, malah berkali-kali.
Bukan tak beri jadi WAHM, tapi kalau masih terikat dengan komitmen hutang macam pinjaman belajar ke, pinjaman perumahan ke, pinjaman kereta ke, hutang kat orang ke opppsss!!!! Ape-ape jelah yang bernama hutang, kene pause n fikir dulu.
Biarlah ada dalam 6 bulan saving untuk backup diri.
Melainkan kalau yang wife ni, incik hubby kata prefer diaorang duk rumah. Macam tu takyah fikir panjang dah, elok beno jadi WAHM. Meh akak guide.
Bukan apa, bila jadi WAHM ni, kita akan jadi lagi banyak mende nak kene urus.
Dengan kerenah anak, layan suami, urus rumah tangga, nak urus bisnes dan macam-macamlah adhoc things. Mau berasap kepala…hoho
Jangan sampai kita nak salahkan anak-anak atau pasangan pulak nanti bila bisnes tak jalan. Sedangkan mereka tu punca rezeki dan keberkatan hidup kita.
So, beberapa tips kalau nak jadi fulltime WAHM ni,
1. Boleh la cuti tanpa gaji barang sebulan dua nak merasa macam mana kan. Ni kalau yang kerja lah.
2. Buat jadual. Listkan perkara-perkara rutin harian serta perkara nak perlu setel kan hari tersebut.
3. Jangan lupa masa makan, masa rehat, masa main dengan anak, me time, masa solat juga sebabnya kita dan family bukan robot. Kalau tak, stress ler jawabnyer.
4. Ikut ler jadual tu.
5. Award diri tiap kali berjaya setelkan tugas atau capai target. Tak yah mahal-mahal. Buleh makan 1 slice red velvet cake pun jadik…hehehe
Nak tips banyak lagi tak? Meh pm meh. 019-9377380
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia