• Putrajaya, Malaysia
  • April 27, 2024

Pernah dengar atau makan ke Rojak Stor Terengganu? Siapa yang pernah makan, mesti teringat-ingat keenakannya. Kalau yang baru nak mencuba, pasti takkan menyesal punya! Memang Rojak Stor Terengganu ni marvelous sesangat.

Kalau kat Terengganu ni, kami panggil buah stor jer, tapi kalau belah luar, lebih dikenali dengan nama buah sentul atau sentol. Buah ni masam-masam manis dan sangat sedap dibuat rojak buah ala-ala Terengganu.

Selain daripada buah stor, buah stapi pun yang rupa seakan-akan buah stor ni ada dibuat rojak juga, cuma buah stor lagi menjadi pilihan kerana buah stapi agak pahit berbanding buah stor.

 

Resipi Rojak Terengganu yang sangat mudah dan sedap
Buah Stor

 

Resipi Rojak Terengganu yang sangat mudah dan sedap
Buah Stapi

 

Kuah untuk Rojak Stor Terengganu ni sama jer macam kuah Rojak Betik Terengganu. Tapi memang sedaplah. Dah tertelan ayaq liuq nih…(hehehe…tertuko lidah utagha plak)..

 

Bahan-bahan Menyediakan Rojak Stor

5-7 biji buah stor/sentul/sentol sederhana besar

5 ekor ikan sardin/selayang (ikan kembung/selar pun ok tapi ikan sardin lagi manis isinya)

3 sudu besar lada kisar/cili boh

1 sudu besar asam jawa

1 keping gula melaka (nisan)

2 cawan air

Sedikit garam

 

Cara Menyediakan Menyediakan Rojak Stor:-

  1. Kupas kulit luar buah stor, kemudian cincang isi kulitnya seperti nak buat kerabu mangga tapi jangan sampai kulit terlerai dari isi (masih dalam bentuk bulat).
  2. Rebus buah stor yang dicincang dalam 20-30 minit untuk menghilangkan rasa pahit, kemudian tos dan ketepikan.
  3. Kukus/rebus  ikan sardin dengan sedikit air sehingga masak bersama sedikit asam keping dan garam.
  4. Leraikan isi ikan daripada tulang, kisar dengan sedikit air dan ketepikan. Isi ikan boleh juga ditumbuk lumat.
  5. Rebus cili kisar, gula melaka, asam jawa dan sedikit garam bersama air  hingga mendidih lebih kurang 15-20 minit.
  6. Masukkan isi ikan kisar dan tambah air sekiranya kuah terlalu pekat.
  7. Pastikan kuah sedikit manis kerana air masam daripada buah stor akan bersebati dalam kuah nanti.
  8. Masukkan buah stor tadi, biarkan dalam api kecil dalam 2-3 minit.
  9. Siap, sedia dimakan atau biarkan sejuk dan disimpan di dalam peti sejuk.
  10. Enak dimakan bersama keropok keping Terengganu.

 

 

Resipi Masakan Terengganu
Keropok keping bersama rojak stor Terengganu. Kalau siapa yang sedang preggy, jangan marah saya yer 😛

 

Resipi Masakan Terengganu
Zoom in sikit…hehe

 

Resipi Masakan Terengganu
Hancurkan keropok keping tu, gaul dalam kuah, sure takmo bangun selagi kuah rojak tu tak habis….hehe

 

Saya baru jer makan rojak stor ni. Kebetulan mak saudara saya buat dan minta anaknya hantar ke rumah saya tempoh hari. Thanks a lot acu! Siap kombokan sekali dengan Bubur Lambuk Terengganu (semangat buat sebab beliau dah beli daun-daun kayu sewaktu balik raya haritu) bersama 6 jenis biskut raya yang dibuat sendiri. Gambar lupa ambil. dah habis makan semua 😀

Saya sanggup luangkan masa sekejap nak goreng keropok keping sebab kalau makan dengan keropok keping ni memang sangat-sangat double-triple terangkat. Sekali hadap, 2 biji boleh dihabiskan buah stor ni. Paling best bila keropok keping tu dihancur-hancurkan. Kalau buah dah habis, makan keropok dengan kuah sahaja pun sodap…pergghhhh!!!!

 

P/S: Korang kalau dah tahap tertelan-telan air liur tu, tapi susah benor nak cari buah stor, boleh gantikan dengan betik muda yang disagat, nenas dan timun yang dipotong macam makan sate tu. Dah jadi Rojak Betik Terengganu pulak….hehe. Tapi sama-sama sedap. Yang penting, kuahnya tu.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

7 thoughts on “Resipi Rojak Buah Sentul/Sentol (Stor) Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge