• Putrajaya, Malaysia
  • December 1, 2024

Selain daripada nutrisi yang diambil daripada pemakanan seharian, wanita mengandung juga sangat disarankan untuk mengamalkan makanan tambahan sepanjang tempoh kehamilan. Makanan tambahan atau supplement ni bertujuan untuk menampung nutrisi harian yang masih lompong. Ini kerana wanita mengandung tidak dapat menjamin nutrisi harian mereka adalah mencukupi untuk diri sendiri dan bayi dalam kandungan.

 

Selain daripada keperluan nutrisi yang tidak cukup, pelbagai masalah atau cabaran kesihatan yang sering berlaku kepada wanita mengandung. Di antaranya ialah HB rendah, GDM (kencing manis semasa mengandung), darah tinggi semasa mengandung (pre-eclampsia), gastrik, pedih ulu hati, berat badan naik mendadak, mudah letih, cramp, lenguh,, sakit pinggan, gusi berdarah, sembelit, buasir dan sebagainya.

 

Kalau nak tahu, Set Mengandung Shaklee ni mempunyai nutrisi lengkap yang diperlukan oleh ibu dan janin di samping membantu mengatasi semua isu dan cabaran semasa kehamilan. Di antara supplement yang terdapat di dalam Set Mengandung Shaklee ialah: ESP, Vita-Lize, Vitamin C, Omega Guard, Ostenutrix dan B Complex.

 

Set Wanita Mengandung #1: Energizing Soy Protein (ESP) 

Kandungan utama ESP adalah protein yang lengkap dengan 9 jenis Asid Amino perlu yang tidak dihasilkan oleh badan. Protein merupakan komponen untama dalam pembentukan sel. Protein yang cukup sangat penting terutamanya pada trimester pertama. Ini  kerana perkembangan janin  berlaku dengan pesat pada waktu ini. Seterusnya protein turut diperlukan dalam proses pembentukan organ dan sistem badan yang sempurna janin di dalam kandungan.

ESP yang bersifat alkali sangat membantu para ibu sembuh atau mengelak daripada terkena serangan gastrik. Salin itu, nila Indeks Glisemik (GI) yang rendah membantu para wanita mengandung merendahkan risiko terkena GDM serta membantu rasa bertenaga yang lebih lama.

Memandangkan ESP menyokong kesihatan sel badan, maka dengan mengamalkan secara konsisten, wanita mengandung akan mendapat kesan kesihatan yang lebih baik secara menyeluruh.

 

 

Set Wanita Mengandung #2: Vita-Lize Multivitamin

Vita-Lize merupakan multivatamin yang mengandungi serba semua jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan termasuklah Zat Besi. Zat Besi ni sangat penting kerana salah satu fungsi utamanya ialah mengangkut oksigen dalam darah ke bahagian organ-organ yang lain. Bayangkan semua organ khasnya otak tidak mendapat oksigen yang mencukupi, mesti akan timbul pelbagai komplikasi kesihatan. Perkembangan otak bayi juga akan terganggu.

Wanita mengandung yang mengalami isu bacaan HB rendah perlu memastikan mengambil Zat Besi dalam diet harian. HB yang rendah sering menyebabkan gejala letih lesu semasa mengandung dan boleh mendatangkan risiko tumpah darah semasa kelahiran bayi.

 

Set Wanita Mengandung #3: Sustain Released Vitamin C

Vitamin C ni memang terkenal sebagai suplemen penguat imuniti badan. Semasa wanita mengandung, tahap imun tubuh mereka lebih rendah berbanding biasa. Sekiranya wanita mengandung diserang dengan kuman, mereka berisiko untuk menularkan kuman tersebut kepada bayi di dalam kandungan. Sebab itulah sangat musahak untuk wanita mengandung menjaga kesihatan diri secara berpanjangan. Apa sahaja yang mas uk kedalam badan ibu hamil akan mempengaruhi janin secara langsung.

Selain daripada meningkatkan tahap imun tubuh, Vitamin C juga sangat diperlukan dalam membantu meningkatkan penyerapan Zat Besi ke dalam badan. Zat Besi ni merupakan nutrien yang agak sukar untuk diserap oleh badan. Nak tahu senang jer, najis mereka yang mengambil Zat Besi akan kelihatan berwarna hitam kerana Zat Besi tidak diserap kedalam salur darah dan dibuang melalui najis.

 

Set Wanita Mengandung #4: B Complex

Salah satu nutrien penting yang ada dalam B Complex ialah Asid Folik. Keperluan Asid Folik sangat kritikal bagi wanita mengandung terutamanya di awal kehamilan. Kekurangan Asid Folik boleh membawa risiko kepada masalah saraf bayi iaitu Spina Bifida. Spina Bifida adalah keadaan di mana tulang belakang tidak terbentuk dengan sempurna dan menyebabkan saraf terkeluar dari belakang.

Istimewanya B Comples Shaklee ni kerana lengkap dengan 8 jenis Vitamin B penting termasuklah Asid Folik.

Pengambilan B Complex yang konsisten semasa hamil membantu ibu mengelakkan kekejangan kaki, mengurangkan masalah kulit dan rambut akibat perubahan hormon kehamilan, tidak  mudah sakit kerana ia dapat meningkatkan imun tubuh, meningkatkan tenaga serta mengurangkan masalah sembelit.

Para wanita yang merancang untuk hamil perlu mengamalkan B Complex (Asid Folik) ini sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum kehamilan. Ini bagi membantu menyediakan badan yang mampu menampung keperluan perkembangan dan pertumbuhan bayi di awal kehamilan.

Wanita mengandung selalunya mula menyedari kehamilan mereka pada minggu kedua atau ketiga, sedangkan organ-organ penting bayi termasuk otak dan saraf berkembang dengan pesat ketika itu.

 

Set Wanita Mengandung #6: Omega-3 Dalam Omega Guard

Selain daripada Omega-3, Omega Guard juga kaya dengan kandungan DHA dan EPA yang sangat bagus untuk perkembangan otak dan mata bayi. Kalau ibu-ibu nak anak bijak dan cerdas, amalkanlah Omega Guard ni semasa mengandung.

Omega Guard ni juga boleh menjadi anti-stress supplement dan juga pengawal  berat badan kepada wanita mengandung. Kulit, kuku, rambut dan mata ibu pun semakin sihat dan bersinar.

Omega Guard ni menjadi pilihan KIM kerana ia dihasilkan daripada ikan bersaiz kecil yang kurang risiko pencemaran di lautan. Selain itu, ia disaring sebanyak tiga kali bagi memastikan ianya benar-benar tulen dan bebas pencemaran logam berat.

 

Set Wanita Mengandung #6: Ostenutrix Dengan Kalsium, Magnesium dan Vitamin D 

Wanita mengandung perlu memastikan keperluan Kalsium mereka cukup kerana bayi akan menyerap hampir 90% Kalsium daripada badan ibu bagi pembentukan tulang dan sendi yang kuat. Dengan jumlah yang sebegitu tinggi, sekiranya Kalsium dalam badan ibu tidak digantikan, risiko ibu tersebut untuk diserang Osteoporosis sangat tinggi.

Tidak hairanlah kalau wanita yang hamil ramai anak mudah mengalami kerosakan dan kehilangan gigi kan?

Kalsium dan Magnesium juga sangat penting bagi wanita mengandung untuk keperluan fungsi otot dan sendi. Dengan sumber Kalsium dan Magnesium yang mencukupi, wanita mengandung boleh mengurangkan atau mengelakkan masalah lenguh-lenguh badan, kejang otot seperti simpul biawak, sakit belakang, kebas kaki, sakit sendi, sakit otot, sakit kepala serta letih lesu dan tidak bermaya.

Saya juga  suka  amalkan Ostenutrix semasa hamil kerana ia dapat bertindak sebagai pelawas. Tiada lagi episod sembelit semasa mengandung.

Kalsium juga berfungsi dalam mengawal tekanan darah ibu mengandung sekaligus merendahkan risiko diserang preeclampsia.

 

 

Dengan mengamalkan Set Mengandung Shaklee secara konsisten, ibu-ibu akan nampak kesan kesihatan yang lebih baik bukan sahaja kepada para ibu, malah bayi d dalam kandungan. Boleh hubungi KIM untuk dapatkan Set Mengandung Shaklee ni ya.

 

Sharing Is Caring,

Naimah Wahab (KIM) – SID: 1001144

019-9377380

https://bit.ly/TanyaKIM

#KIMLegacy #KIMThrive #iReachX5 #peluangjanapendapatan #peluangbisnes #NextLevelBlogging #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #tipssihat #tipskurus #tipskurussihat #vitaminsemulajadi #kesihatanmenyeluruh

Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9

Join Ahli Shaklee – Daftar Sendiri

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge