• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Ada sesetengah daripada kita, dengar jer Multi-level Marketing (MLM), terus reject. Tanpa disiasat terlebih dahulu bagaimanakah corak serta pelan peniagaan MLM yang dijalankan. Walaupun MLM ni semakin membanjiri dunia perniagaan di negara kita, namun masih ramai lagi yang menganggap MLM ni haram dan ada yang melabelkannya sebagai haram jadah.

 

Apakah Multi-level Marketing (MLM)

Secara umumnya, Multi-level Marketing adalah salah satu cara perniagaan alternatif yang berkaitan pemasaran yang dilaksanakan melalui banyak level (tingkatan). Biasanya dikenali dengan istilah Upline (tingkat atas) dan Downline (tingkat bawah). Peniaga akan dipanggil Upline sekiranya mempunyai Downline.

 

Shaklee MLM terbaik dan halal

 

Pokok utama dalam pernigaan MLM ini digerakkan melalui jaringan ini, sama ada bersifat vertikal (atas bawah) atau herizontal (kiri kanan).

Sebenarnya perniagaan MLM ni sangat luas kalau ingin dibahaskan. Namun, bagi yang mengamalkan perniagaan ini, perlu memastikan agar asas minima Syariah perlu dipatuhi.

Asas Minima Perniagaan Yang Patuh Syariah Islam

 

1) Produk MLM Mestilah Dibeli Dengan Tujuan Sebenarnya

Perlu mempunyai produk benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan, vitamin, makanan tambahan yang berkualiti dan selamat, unik, berkesan dan sebagainya.

Produk MLM yang tidak diketahui kualiti serta kegunaannya mempunyai kesan terhadap kesihatan tidak dibenarkan dalam Islam. Ini kerana ianya hanyalah bertujuan untuk menampakkan yang ia mematuhi undang-undang dan shariah, padahal sebaliknya.

Kekuatan MLM terletak pada produknya yang bermutu tinggi, bukan kepada objektif jangka pendek iaitu mengumpul modal (dana).

2) Produknya Bukan Emas & Perak

Produk MLM perlu boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana, jika emas dan perak dijual beli beli secara tangguh, ia akan  tergolong di dalam riba’ jenis Nasiah.

 

3) Komisyen Yang Diberikan Kepada Ahli Untuk Setiap Penjual & Ahli Di Bawahnya Mestilah Jelas

Tiada komisyen tanpa usaha. Ini bermakna, orang atas hanya berhak mendapat komisyen daripada orang bawahan yang dibantunya sahaja.

 

4) Keuntungan @ Komisyen Bukan Berdasarkan Kepala @ Ahli Yang Ditaja

Keuntungan dikira berdasarkan nilai produk yang berjaya dijual. Ini sebagai bukti yang perniagaan ini menumpukan kepada penjualan produk dan perkhidmatan, bukannya permainan wang (money game).

5) Tidak Mewajibkan Ahli Membuat Belian Sendiri Pada Jumlah Tertentu

Syarat sebegini selalunya dibuat oleh upline yang ingin mendapat komisyen dari orang bawahnya. Ianya dilarang kerana dibimbangi mirip kepada paksaan belian.

Namun, sekiranya syarikat meletakkan syarat Jualan Minima untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ianya dibenarkan dengan syarat ianya dibuat atas asas ju’alah. Justeru itu, syarat dan hukum ju’alah perlulah dipastikan sempurna.

 

6) Setiap Upline @ Orang Atas Menaruh Usaha Atas Jualan Orang Bawahnya

Di antara contoh usaha yang boleh dilakukan seperti mengadakan perjumpaan, memberi taklimat, motivasi, teknik pemasaran, tidak kira secara online atau offline.

Ini perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut shariah. Jika tidak, ia dibimbangi akan terjerumus kepada keraguan syubhah.

Ini kerana, konsep perniagaan dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan tersebut diperolehi tanpa usaha. Lantaran itu, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen.

Perlu diingat, kebanyakan ahli MLM di kaki 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya walaupun ia seolah-olah dilantik oleh orang bawahnya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen daripada bilangan ahli yang begitu berangkai dan jauh?

 

7) Tidak Menggunakan Skim Piramid @ Skim Siapa Masuk Dulu Untung Selamanya

Jika keadaan ini berlaku, hak orang yang masuk atau mendaftar kemudian akan berkurangan. Sangat tidak adil. Justeru itu, pelan pemasaran perlu memberi hak kepada semua. Malah orang bawahan mampu mendapat untung yang lebih tinggi sekiranya berjaya menjual produk yang lebih banyak daripada orang atasnya.

 

8) Mempersembahan Sistem Komisyen & Bonus Yang Telus & Boleh Difahami

Sistem tersebut juga perlu boleh dipantau oleh ahli dengan mudah dan jelas. Ini bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

 

9) Menstruktur Plan Pemasaran Di Antara Ahli & Orang Bawahnya Secara Musyarakah

Ianya adalah perkongsian untung rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

 

Kalau dilihat kepada asas minima perniagaan yang patuh shariah ni, kita bukan perlu gerun sangat dengan MLM pun. Lihat kepada jenis perniagaan yang kita buat. Kalau tak MLM sekalipun, tapi jual produk yang tidak berkualiti, berbahaya atau dengan cara menipu orang ramai, ia tetap menjadi haram.

Istilah MLM haram jadah pula muncul akibat ada segelintir ahli (yang biasanya upline) yang menyalahgunakan pelan perniagaan yang disediakan dengan mencipta pelan baru yang menekan downline. Biasanya ia bertujuan untuk kepentingan sendiri bagi mengaut keuntungan atau mendapatkan pangkat.

Jangan lupa ke entri kupasan saya tentang Adakah Shaklee MLM Patuh Shariah ye. 🙂

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Apakah Multi-level Marketing (MLM) & Pandangan Shariah Tentangnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge