• Putrajaya, Malaysia
  • April 20, 2024

Pelbagai punca yang menyebabkan kita berasa badan letih, lesu, mengantuk, lemau dan malas apabila menjalani aktiviti seharian. Kalau sekali sekala tu, kira tak mengapalah. Tapi kalau hampir setiap hari, memang akan menggangu kelancaran hidup kita. Malah, mungkin boleh menyusahkan orang lain pula.

 

Tips Untuk Kekal Cergas & Bertenaga

1) Olahraga/Bersenam

Bersenam atau melakukan aktiviti fizikal secara sederhana dapat memperkuatkan lagi stamina kita dan meningkatkan kekuatan otot tubuh. Waktu pagi adalah yang terbaik utuk melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal.

Lakukan regangan selama 15 minit boleh membuatkan kita berasa segar dan bertenaga. Yoga juga merupakan salah satu senaman yang boleh meningkatkan tenaga kita.

 

2) Air Kosong

Kekurangan sumber air akan menyebabkan kita letih, mulut berbau serta mempunyai masalah kesihatan yang lain  akibat dehidrasi dalam tubuh. Oleh itu, minum banyak air kosong, jus, susu atau minuman cair lain agar tidak terhidrat.

Vitamin A, C dan B1 di dalam jus buah-buahan (sebaik-baiknya buah segar) boleh membekalkan tenaga kepada kita.

 

 

tips atasi keletihan lemah lesu lemau dan mengantuk3

 

3) Buah Mangga

Buah-buahan adalah sumber antioksida, mineral dan serat yang baik serta menjamin kesihatan optimun.

Mangga yang kaya dengan Zat Besi dapat membantu seseorang yang mengalami anemia. Pati mangga dapat memberi tenaga segera menggantikan gula.

 

4) Kopi

Pengambilan kopi dalam jumlah yang sederhana atau seperti yang disyorkan akan membuatkan kita menjadi aktif dan bertenaga sepanjang hari. Ia bantu mempercepatkan daya tahan dan meningkatkan lagi metabolisma.

Namun, pengambilan lebih daripda 2 cawan kopi dalam sehari akan meningkatkan risiko isomnia dan rasa cemas.

 

 

tips atasi keletihan lemah lesu lemau dan mengantuk4

 

5) Teh Herba

Secawan teh herba mampu menenangkan fikiran dan memberikan nutrisi serta rasa bertenaga. Teh herba yang dibuat daripada kemangi, madu dan jus lemon dapat mengurangkan rasa letih secara efektif.

Rebus 10 helai daun kemangi dalam dalam air. Biarkan mendidih selama beberapa minit. Tapis, kemudian campurkan bersama madu dan jus lemon.

 

6) Pisang

Pisang mengandungi gula semulajadi seperti glukosa, sukrosa dan fruktosa yang memberikan kesan pantas yang meningkatkan tenaga. Pisang sangat tinggi Kalium yang bertindak mengubah gula kepada tenaga.

Setiap kali berasa lemah, makan 1-2 biji pisang. Boleh juga mencuba resipi banana shake atau banana smoothie.

 

7) Strawberi

Megambil jus atau buah strawberi segar yang digabungkan dengan buah-buahan lain akan memberi impak tenaga yang sangat baik untuk tubuh. Di samping itu, ia sangat baik juga untuk sistem pertahanan dan pembaikan tubuh badan kita.

 

 

sebab mengantuk di siang hari

 

8) Susu

Susu kaya dengan Vitamin B yang bantu mengurangkan keletihan. Susu juga adalah sumber Kalsium yang sangat bagus untuk kesihatan tulang serta mencegah Osteoporosis.

Apabila berasa letih, minum segelas susu suam bersama sesudu besar madu.

 

9) Bertenaga Dengan Shaklee

Sekiranya ingin mencuba makanan tambahan yang semulajadi, sangat disyorkan mengambil Cinch Energy Tea, Performance Drink atau ESP yang dalam bentuk serbuk atau VitaLea dalam bentuk tablet.

 

sebab mengantuk di siang hari

sebab mengantuk di siang hari

Cinch Tea

Cinch Tea merupakan gabungan bahan-bahan ekslusif Teh Hijau Matcha, ekstrak Teh Merah (Teh Hitam), ekstrak Teh Putih (Teh Hijau Muda), ekstrak Teh Merah Rooibos dan Taurina.

Cinch Tea ni sangat tinggi dengan anti-oksidan dan sangat membantu meningkatkan metabolisma tubuh sehingga 4x ganda. Sekaligus ia sebagai pembekal tenaga dan juga pembakar kalori yang membantu untuk kurus.

 

tips atasi keletihan lemah lesu lemau dan mengantuk performance drink

Performance Drink

Performance Drink merupakan minuman yang kaya ion yang membantu mengekalkan elektrolit dalam tubuh. Ini sekaligus mengekalkan cecair dalam tubuh, mengelakkan kehilangan cecair dan mengelakkan terjadinya hidrasi dalam tubuh yang menjadi punca keletihan.

 

 

tips atasi keletihan lemah lesu lemau dan mengantuk ESP

ESP (Energizing Soy Protein)

ESP memang terkenal sebagai serbuk soya non-GMO yang menjadi pembekal tenaga kerana mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Selain itu, ia turut berfungsi memberi rasa kenyang berpanjangan.

 

 

tips atasi keletihan lemah lesu lemau dan mengantuk vitalea

VitaLea

VitaLea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Kaya dengan Zat Besi bagi mencegah anemia dan sangat terkenal sebagai energy booster.

 

Oleh itu, kalau memang badan terasa sangat letih dan lesu, jangan biarkan ia terus membelenggu diri kita. Usahakan pelbagai cara yang mana bersesuaian dengan tubuh kita untuk terus kekal cergas bertenaga.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “9 Tips Mengatasi Letih, Lesu, Mengantuk, Lemau & Malas Yang Membelenggu Sekian Lama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge