• Putrajaya, Malaysia
  • December 1, 2024

Keletihan merupakan satu kebiasaan yang dihadapi oleh semua individu tidak kira dari kanak-kanak sehingga ke orang tua. Anak kecil selalunya letih disebabkan kerana banyak bermain, orang dewasa pula letih kerana aktiviti harian tidak kira di rumah atau di pejabat. Golongan tua biasanya mengalami keletihan kerana faktor usia.

Mungkinkah kes mengantuk dan keletihan yang dialami sama seperti wanita di dalam video ni?

 

 

 

Faktor Yang Menjadi Penyebab Badan Letih Tidak Bermaya

1) Dehidrasi

Dehidrasi atau kekurangan air dalam tubuh akan menyebabkan kita berasa letih dan mudah mengantuk. Tidak kiralah sama ada kita melakukan aktiviti fizikal atau hanya duduk di atas kerusi, air merupakan keperluan harian yang tidak boleh diabaikan. Rasa dahaga adalah petanda badan telah mengalami dehidrasi.

 

2) Tidur Yang Tidak Mencukupi

Jumlah tidur harian yang disarankan ialah selama 7-8 jam. Namun, kadang-kadang, agar sukar mendapat jumlah tidur yang sebegitu lama. Pastikan tidur berkualiti. Disarankan tidur sebelum pukul 12 tengah malam. Sebaik-baiknya antara pukul 10 dan ke atas. Boleh 4-5 atau 5-6 jam pun dah ok.

 

3) Kafein Yang Berlebihan

Kafein yang sederhana akan membantu kita untuk berasa segar dan meningkatkan konsentrasi. Namun, kajian menunjukkan, terlalu banyak kafein akan menyebabkan kita menjadi lemah. Di samping itu akan meningkatkan kadar dengupan jantung dan meningkatkan tekanan darah.

Oleh itu, kurangkan kebergantungan terhadap kopi (kafein) secara perlahan-lahan. Sekiranya dilakukan secara mendadak, badan kita akan menjadi semakin lemah.

 

 

sebab mengantuk di siang hari

 

4) Anemia (Kekurangan Darah Merah)

Anemia ni sering berlaku di kalangan wanita yang kedatangan haid setiap bulan serta wanita hamil ekoran demand keperluan darah merah yang semakin meningkat.

Di antara simptom anemia ialah rasa lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar serta kelihatan pucat. Sekiranya mendapati diri kita mempunyai petanda tersebut, sila dapatkan pemeriksaan segera agar diri kita tidak berada di dalam risiko.

Zat besi sangat penting dalam penghasilan darah merah. Darah merah pula sangat kritikal kerana berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh organ dalam badan. Sumber makanan yang kaya Zat Besi ialah daging merah, sayuran berdaun hijau, bayam dan kekacang.

 

5) Kekurangan Tenaga

Tubuh akan mengalami kekurangan tenaga apabila kita tidak cukup makan, melakukan diet yang berat atau makan makanan yang tidak simbang dan berzat.

Bila paras glukosa dalam darah rendah, kita akan menjadi lemah dan berkemungkinan besar boleh mengalami pitam.

 

6) Tekanan Emosi

Apabila mengalami tekanan emosi, seseorang itu memang akan kelihatan sangat stress (tertekan) serta depress (murung) secara luarannya. Namun, tekanan emosi yang melampau boleh menganggu kesihatan fizikal. Lemah, sakit kepala serta hilang selera makan merupakan antara simptom tekanan emosi.

Malah, teman saya pernah berkongsi pengalaman mengidap masalah jantung serta tiroid akibat mengalami tekanan emosi yang hebat.

 

7) Skip Sarapan Pagi

Dalam banyak-banyak sajian, sarapan pagi adalah yang paling penting. Sarapan pagi adalah energy booster atau pembekal tenaga sepanjang hari.

Boleh ambil jer sarapan yang agak simple seperti dua keping roti bersama mentega kacang dan air susu atau coklat, atau sebiji pisang, epal dan boleh juga telur separuh masak.

 

Memastikan diri kekal bertenaga adalah sangat penting agar hari-hari yang kita lalui dapat berjalan dengan lancar. Tak bestlah asyik penat dan mengantuk jer memanjang. Nak buat aktiviti pun asyik tertangguh jer, ye tak?

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

3 thoughts on “7 Punca Badan Lemah, Letih, Lesu & Cepat Mengantuk

  1. Salam…Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm30….cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi)

    Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak…melancarkan darah…buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..meningkatkan tenaga dan mencergaskan badan bagi lelaki dan wanita yang berumur berkesan lebih hebat berbanding tongkat ali…mencuci buah pingang..kurangkn kolestrol..menurunkan darah tingi..buah ini selamat di makan…rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan

    Buah tunjuk langit mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.

    Buah yg sy jual adalah asli…bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany….sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan…
    Keluaran sy adalah asli..nama syarikat sy JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge