• Putrajaya, Malaysia
  • December 10, 2024

Sehingga pukul 3.00 pagi ini (sewaktu entri ini sedang ditulis), laporan Indeks Pencemaran Udara daripada Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menunjukkan bacaan Tidak Sihat bagi kebanyakan negeri di negara kita. Hanya Langkawi dan Kangar menunjukkan bacaan Baik walaupun sudah menghampiri paras bacaan Sederhana.

Betapa seriusnya pencemaran udara akibat jerebu yang melanda negara kita sekarang sehinggakan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan arahan agar sekolah yang terlibat dikehendaki ditutup pada hari ini (15 September). Sebelum ini, Nilai dan Banting telah mencatatkan bacaan Sangat Tidak Sihat.

 

 

Tips kesihatan semasa jerebu

 

 

 

Bahaya & Kesan Jerebu Terhadap Kesihatan

Jerebu terutamanya yang berada pada bacaan yang Tidak Sihat boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan kita. Selalunya ia akan menyebabkan kerengsaan pada bahagian mata dan tekak serta kulit, pening kepala dan mudah terhidrasi.

Selain daripada itu, jerebu turut menambahkan kesan atau memburukkan keadaan penyakit sedia ada seperti:-

 

  1. Penyakit salur pernafasan kronik
  2. Asma
  3. Radang paru-paru
  4. Sakit jantung
  5. Sakit tekak
  6. Sakit mata
  7. Batuk
  8. Selsema

 

Tindakan Proaktif Yang Perlu Diambil Bagi Menghadapi Jerebu

 

1) Kurangkan Aktiviti Luar Rumah

Dengan berada lebih lama di dalam rumah boleh membantu kita mengelakkan diri terdedah kepada kualiti udara yang tidak sihat. Ini sekaligus mencegah serta mengurangkan risiko mendapat penyakit akibat jerebu.

 

2) Gunakan Penutup Hidung (Mask)

Sekiranya terpaksa berada di luar rumah, gunakan mask sebagai langkah perlindungan. Pilih mask 2 ply (lapis).

 

3) Kurang @ Tidak Merokok

Kurangkan atau elak terus aktiviti yang tidak sihat seperti merokok mahupun vape. Ianya bukan sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang lain, malah akan memburukkan lagi keadaan jerebu yang sedang melanda.

 

4) Banyak Minum Air

Banyakkan minum air kosong/air suam. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau mengikut keperluan berat badan masing-masing iaitu 1 Liter air untuk setiap 25 Kilogram.

 

5) Gunakan Penghawa Dingin Kenderaan

Sekiranya memandu, gunakan penghawa dingin dengan mode kitar semula udara dalaman kenderaan. Ini untuk mengurangkan pencemaran udara dari luar.

 

6) Basuh Muka & Tangan

Sebaik sahaja selesai melakukan urusan di luar rumah. Basuh muka dan tangan dengan sebersih-bersihnya.

 

7) Tutup Tingkap

Pastikan semua tingkap rumah tertutup rapat bagi mengelakkan udara yang berjerebu masuk ke dalam rumah.

 

8) Mengambil Suplemen

Mengambil vitamin atau makanan tambahan seperti SR Vita-C, Nutriferon dan Garlic bagi orang dewasa dan Chewable Vita-C untuk kanak-kanak bagi meningkatkan imun tubuh melawan penyakit akibat jerebu.

Selain daripada itu, Omega Guard turut membantu meningkatkan kesihatan terutamanya mengelakkan keradangan dalam tubuh.

Performance Drink sangat disyorkan sewaktu jerebu bagi memastikan tubuh sentiasa terhidrat. Ini kerana jerebu akan mempercepatkan lagi berlakunya hidrasi pada tubuh. Badan yang terhidrasi memang mudah diserang penyakit.

 

Apa yang paling penting, jangan ambil mudah dengan situasi jerebu sekarang ni. Walaupun kita berasa macam sihat jer, risiko kesihatan tetap ada. Sebabnya pencemaran udara adalah sesuatu di luar kawalan kita. Namun demikan, kita boleh mengurangkan tahap serius pencemaran udara dengan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

10 thoughts on “8 Tips Menghadapi Jerebu Bagi Mengelakkan Risiko Lebih Berbahaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge