Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Sebelum ini saya ada menyentuh mengenai 14 Persoalan Tentang Perut Buncit Yang Perlu Diketahui. Persoalan tersebut melibatkan amalan seharian kita yang boleh menyebabkan terjadinya perut buncit serta perkara yang bukan menjadi punca perut buncit berlaku.
Walaupun kaedah untuk menghilangkan perut buncit sangat berkait rapat dengan pemakanan dan cara hidup kita, namun senaman turut memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam membantu kita mendapat perut yang sentiasa kempis.
Membakar lemak yang tidak diingini dengan senaman yang betul juga akan membantu kita untuk menghilangkan perut buncit dengan lebih pantas.
Sebelum tu, saya nak kongsikan satu video daripada Puan Salwa Salleh yang berjaya turun 20 KG selepas bersalin. 4 tips mudah daripada beliau ni boleh membantu semua orang yang ada masalah berat badan termasuk perut buncit. Tapi harap maklum yer, tips nombor 1 tu khas untuk wanita sahaja 😛
Senaman Yang Bantu Hilangkan Perut Buncit Dengan Cepat
1# Hilangkan Perut Buncit Dengan Berlari Atau Berjalan
Manurut Health & Fitness of The Times of India, dengan melakukan senaman, peratusan lemak di badan kita akan berkurangan. Maka, senaman sebenarnya bukan sahaja membakar lemak di bahagian perut kita, malah turut melibatkan lemak di bahagian badan yang lain.
Berlari dan berjalan adalah di antara dua jenis senaman terbaik dalam proses pembakaran lemak. Lagipun, keperluan utama kita hanyalah sepasang kasut yang bersesuaian. Walaupun berlari membakar lebih banyak kalori, namun berjalan pun tidak kurang bagusnya.
Berlari dan berjalan ni boleh dijadikan sebagai rutin harian kita sekiranya kita ingin menurunkan berat badan termasuk perut buncit. Namun jangan lupa untuk melakukan pemanasan (warm up) serta penyejukan (cool down) badan setiap kali kita ingin berlari atau berjalan.
2# Kempiskan Perut Buncit Dengan Elliptical Trainer (Mesin/Peralatan Senaman)
Ada di antara kita yang tidak mempunyai sendi yang kuat sebagaimana sewaktu kita remaja dahulu. Begitu juga ada di antara kita yang mengalami kecederaan sendi atau otot. Maka jogging atau berjalan tidak sesuai untuk dilakukan.
Berita baik untuk golongan ini ialah Elliptical Trainer sangat membantu untuk mereka tetap melakukan senaman kerana ia memberikan impak yang rendah untuk senaman kardiovakular. Dengan kata lain, ianya kurang memberi tekanan terhadap sendi malah mengurangkan risiko kecederaan.
Malah, mereka yang mempunyai berat badan sekitar 66 KG (145 paun) mampu membakar 300 kalori dalam masa 30 minit dengan Elliptical Tainer ini.
3# Cara Hilangkan Perut Boroi Dengan Senaman Berbasikal
Membakar lemak badan dan perut dengan senaman kardio adalah seperti kita sedang bertempur. Sangat energetic! Seterusnya ia turut membantu kita menguatkan otot-otot perut selepas lemak yang ada dibakar.
Senaman berbasikal adalah yang terbaik untuk perut kerana ia memerlukan penstabilan perut, putaran badan dan lebih aktiviti pada otot perut. Di antara latihan berbasikal yang boleh kita lakukan sebelum mula berbasikal ialah:-
- Berbaring dengan dua tangan berada di dalam belakang kepala kita
- Angkat lutut ke dada sambil mengangkat kepala dan bahu dari lantai
- Bawa siku kanan ke lutut kiri dan luruskan kaki kanan
- Ulang kembali untuk siku kiri ke lutut kanan dan luruskan kaki kiri
- Terus ulang dan tukar gerakan 3 & 4 untuk merangsang gerakan mengayuh
- Bernafas dengan tenang
- Lakukan 1-3 set dengan 12-16 kali ulangan.
4# Hilangkan Perut Buncit Dengan Berbasikal
Berbasikal adalah senaman kardio lain yang berimpak rendah. Ia boleh dilakukan secara santai sama ada untuk melancong atau bersiar-siar menikmati keindahan alam. Bergantung kepada tahap kelajuan (speed) dan tahap kesukaran yang diset boleh membakar di antara 250-500 kalori dalam masa 30 minit.
5# Kempiskan Perut Buncit Dengan Senaman Reverse Crunch
Reverse crunch merupakan senaman ke-5 terbaik untuk menguatkan otot teras. Cara melakukan reverse crunch ialah:-
- Baring di atas permukaan lantai yang rata dengan tangan di sisi kita
- Silang dan angkat kaki kita dari lantai sehingga lutut membuat sudut 90 darjah.
- Tegangkan otot perut dan bahu daripada lantai
- Hembus nafas sewaktu perut menegang dan sedut nafas apabila kita menurunkan
- Lakukan sebanyak 1-3 set dengan 12-16 kali ulangan.
6# Hilangkan Perut Buncit Dengan Senaman Vertical Leg Crunch
Senaman vertical leg crunch ni adalah hampir sama dengan senaman crunch biasa. Namun perbezaannya ialah kita perlu memastikan kaki sentiasa berada di dalam keadaan lurus, yang mana akan membuatkan perut kita bekerja dengan lebih keras lagi serta ianya akan meningkatkan lagi keberkesanan senaman ini. Cara-caranya ialah:-
- Baring di atas lantai dengan dua tangan di belakang kepala kita
- Luruskan kaki ke atas dengan lutut bersilang
- Kempiskan perut untuk mengangkat kepala dan bahu
- Baring kembali
- Pastikan kedua-dua kaki tidak dijatuhkan sepanjang masa
- Hembus nafas apabila kita menegangkan perut dan sedut nafas apabila kita kembali berbaring
- Lakukan 1-3 set dengan ulangan 12-16 kali setiap sesi.
7# Hilangkan Perut Boroi Dengan Senaman Crunch Bola (Exercise Ball Crunch)
Senaman Ball Crunch ini memerlukan banyak penstabilan yang melibatkan lebih banyak otot. Apa yang kita perlukan adalah sebiji bola senaman. Cara melakukan senaman ball crunch:-
- Baring di atas bola supaya belakang kita dapat disokong dan kaki dapat berdiri kukuh di atas lantai
- Letakkan tangan di dada atau di belakang kepala
- Tegangkan perut dan angkat badan kita ke hadapan
- Baring kembali ke atas bola
- Pastikan bola sentiasa stabil setiap kali melakukan crunch
- Hembus nafas nafas sewaktu melakukan crunch, dan sedut nafas sewaktu kita menurunkan badan
- Lakukan 1-3 sesi/set dengan 12-16 ulangan setiap sesi.
Hilangkan Perut Buncit Dengan Shaklee
Shaklee turut menawarkan Set Kempis perut yang terdiri daripada Alfafa, Herbalax, Omega dan ESP. kita boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dengan merujuk entri Cara Hilangkan Perut Buncit Dengan Cepat.
Apa yang paling penting, bagi mencapai misi perut kempis kita ialah menjaga pemakanan iaitu mengambil makanan yang seimbang di samping supplement yang semulajadi, selamat dan berkesan yang menampung keperluan zat harian kita, senaman yang konsisten juga tidak boleh diabaikan sama sekali.
Sekiranya kita ingin mencuba Set Kempis Perut Shaklee atau mempunyai sebarang soalan, boleh berhubung terus dengan saya.
Koleksi Video Testimoni Shaklee Effect Yang Super Best
Video Testimoni Wajib Tengok, Luahan Daripada Hati Yang Paling Dalam. Semuanya ringkas, padat dan menarik 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Dapat seminggu 2~3kali jogging pun memang kira baik dah ni…heee
Denaihati recently posted…Hajat Blogger yang belum tercapai
Betul tuan.
2-3 kali kira okay daripada tiada apa2 kan?
Tambah lagi dengan pemakanan yang sihat dan supplement tambahan pasti boleh jadi sihat dan kuat.
dedauncomel.com recently posted…Senaman Efektif Untuk Kuruskan Badan ?
Aah betul, mulakan sikit2 dulu. 🙂
betul. bukan senang tu nak buat dengan cepat.
kekuatan dan semangat kena kuat dan gagah perkasa.
titan recently posted…Awak, macam mana nak bakar lemak dibahagian perut?
Betul betul betul! Istiqomah itu perlu 🙂
Setuju. Semangat tu penting. Cara nak cari kekuatan dan semangat kena ada matlamat dan teknik.
Hidup tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran. Matlamat juga kena bermakna dan relevan.
Dengan teknik yang betul, anda boleh memotivasikan anda untuk mencapai matlamat anda dengan lebih berkesan.
Contoh nak kurus dalam seminggu, hari ni buat nak 100 sit-up. Lepas buat sit-up 100 kali terus tengok cermin, pasang lighting baik-baik nak tengok timbul six-pack ke tak. Bila tak timbul, kecewa dan order burger nak hilangkan sedih.
Orang kata biar lambat, asal selamat. Hidup kita ni bukan 100 meter, tapi sebuah marathon. Kalau pecut awal-awal memang pancit awal.
Mudah dengan perlahan. Mungkin 5 minit minggu pertama, 10 minit minggu kedua, 30 minit minggu ketiga.
Jangan pernah pandang rendah dengan kosistensi. Bayangkan anda buat senaman hanya 10 minit setiap hari.
Seminggu : 70 minit
Sebulan : 280 minit
2 bulan : 560 minit
6 bulan : 1680 minit
Setahun : ???
Banyak tak? Ini bukan juga boleh diguna pakai untuk bersenam saja, Mungkin boleh diapliskasi kan dengan aktiviti lain seperti membaca al-Quran.
Tu saja perkongsian saya. .
dedauncomel.com recently posted…Senaman Efektif Untuk Kuruskan Badan ?
Waahhh, sangat menarik. Setiap amalan kita memang saling berkait rapat antara satu sama lain
Dah buat senaman, cara makan kena jaga. Kalau kuat melantak, tak boleh buat apa la. Hehe
Hazmin Hamudin recently posted…Kursus Khas Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41
kikiki….tahu takpe…sebenarnya ketawa untuk diri sendiri sebab harini terasa sangat nak makan nasi lemak. dah bikin dah, dari siang ke malam memang makan sungguh2 mengalahkan orang preggy ngidam. Alhamdulillah, pueh hati den… 😛
Berbasikal lebih asyik dan cepat keluar keringat menurut saya, terima kasih sudah berbagi informasi menarik
Sama-sama.
Setuju! Saya dulu di zaman remaja, suka sangat berbasikal keliling kampung 🙂
1st la paling best..senaman..pergi jog..
yaya selalu time cuti sbtu,ahd mmg pergi jog..syiokk sgt..terasa berat kurang 1kg..hahahahahahaha ;p
Cik Yaya recently posted…QUICK ENTRY : IBUKU..RATU HATIKU..
kan Yaya, berpeluh satu bada, lepas tu segar jer rasa 🙂
Naimah Wahab recently posted…Tips Berhenti Merokok Dengan Cepat Untuk Selama-lamanya
Tq atas info nya. Boleh gak saya cuba. Memang tengah cari cara nak hilangkan perut boroi ni. Hehe.
Saya ada nampak satu produk, menghilangkan perut boroi. ” Singlet Slim & LIft”
Boleh sorokkan boroi serta merta. Sangat berguna ketika “Urgent”, nak berdating ker, pi interview ka.
Ada sapa2 pernah cuba ke? dan nak share?
Boleh tgk produk ni di website ni, memang murah, http://www.malaysiatrendshop.com.
Kalau berkesan memang saya nak ambik. Heheh
Welcome. Boleh try mana-mana produk untuk kurus atau hilangkan perut buncit, cuma pastikan yang ia selamat, berkesan dan semulalajadi.
Jangan kurus cepat tapi menderita sepanjang hayat akibat kesan sampingan bahan yang tidak selamat
Tq bro. Berguna juga info yang diberikan. Boleh juga dipraktikkan serba sedikit. Saya pun sebenarnya boleh lah cakap buncit juga.Hehe. Lepas
kahwin terus naik. Happy kot.
Saya ada nampak satu produk kat laman web nih
http://www.malaysiatrendshop.com
Produk mencegah perut buncit.Berkesan serta merta untuk menyorokkan keboroian. Hehe.
Teringin gak nak beli. Bukan apa, kalau nak pegi meeting, jumpa klien atau buat presentation, confident sikit & nampak tough.
Kalau yg belum kahwin tu, time dating kalau pakai , fuuuh mesti tough kan.Hehehe
Kalau ada member2 yg pernah cuba guna, boleh lah share2 experiencenya kan. Mana tau semua jadi macho lepas ni.
Tq
Welcome.
Ohhh, website sendiri ye?
Memang berbasikal dapat kempiskan perut buncit. Jika kita tidak mampu ke gym, ape kata cuba cara untuk melabur dengan membeli basikal, ia juga aktiviti yang berfaedah. In Sha Allah
Betul tu, asal keluar peluh dah bagus tu
asalamualaikum , info yang bermanfaat dan boleh digunakan bersama , jika kelapangan silalah ke blog kesihatan saya
http://akufisio.blogspot.com
Waalaikumussalam, terima kasih.
InsyaaAllah, nanti saya berkunjung ke sana?
cik tom pernah baca instagram personal trainer bagitau yg reverse crunch dengan vertical crunch tu tak elok perempuan buat…sebab perempuan kan ada bahagian peranakan/rahim..jadi ada side effect kalau buat..
cik tom recently posted…Ayurpure Slim | Kuruskan Badan Serta Cantik, Selamat dan Efektif
Thanks for info ciktom?