• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Macaroni & Cheese atau nama timangannya mac & cheese ni adalah menu favourite Kashful.

Kalau ke Alamanda je, mesti ajak ke Kenny Rogers sebab dia suka betul mac & cheese plus chicken kat sana.

Kalau Asif, sila jangan tanya. Setakat ni, setiap kali offer mac & cheese, memang dia geleng kepala. Nehi nehi nehi gitu!

2 hari lepas, mama memang buat macaroni & cheese untuk Kashful bawa bekal.

Senyap-senyap nama bekalkan Asif juga.

Asif kat tadika dia memang dah disediakan makan. Bekal ni biasanya dia makan dalam kereta sementara tunggu abang Kashful balik sekolah.

So, suapkanlah mac & cheese tu.

Entah sebab lapar ke hapa, dia makan bersama Afif sampai habis.

Lepas tu, esok mintak lagi buatkan mac & cheese.

Esoknya tu mama buat nasi goreng je sebab ingatkan dia saje-saje ajelah mintak.

Sekali, minta lagi sampai untuk lusa tu.

So harilah, buat lagi dan bekalkan sekali ganda lebih banyak daripada yang haritu.

Pun habis. Tanya lagi ada tak kat rumah.

Mama like wahhhh, dah kene penangan mac & cheese mama nih, itulah lenkali jangan jual mahal.sangat……hahaha

 

 

 

Terpanjang lah pulak story nyer. Oke, jom kita masak.

 

Bahan-bahan Macaroni & Cheese Simple & Sihat

2 cawan makaroni – direbus hingga lembut dan toskan

2 ulas bawang putih dicincang

2 keping cheese / 1/4 kiub cheese cheedar/mozarella/parmesan

1/2 sudu besar butter

1/2 cawan isi ayam cincang

1/2 sudu besar tepung gandum – dibancuh dengan 1/2 cawan air pada suhu bilik

1/2 cawan susu segar/1 sudu besar susu tepung dibancuh dengan 1/2 cawan air

Sayur seperti lobak merah, bayam, dan cendawan

Garam secukup rasa

 

Cara Menyediakan Macoroni & Cheese

    1. Panaskan butter
    2. Masukkan bawang putih
    3. Masukkan isi ayam, biar masak sikit
    4. Masukkan sayur
    5. Masukkan bancuhan tepung, kacau sebati, pastikan api dapur diperlahankan agar bancuhan tepung tak berketul
    6. Maukkan susu
    7. Masukkan macaroni
    8. Masukkan cheese
    9. Masukkan garam

 

Nota: Rasa dulu sebelum masukkan garam terutama kalau gunakan keju parmesan

Dah siap. Selamat mencuba dan menjamu selera ??

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge