• Putrajaya, Malaysia
  • March 28, 2024

​Rezeki ni luas pengertian dia. Ada berbentuk material, ada berbentuk kemudahan nak uruskan keluarga, rezeki masa, rezeki kesihatan dan macam-macam lagi.

Ada sesetengah orang kita rasa macam mudah jer rezeki diaorang. Buat apa-apa, menjadi jer, untung jer. Hidup pulak macam smooth jer pada pandangan kitalah.

Ada sesetengah orang macam terasa berat je rezeki. Ada halangan atau buat apa-apa macam sangkut je.
Rezeki ni sangat berkait rapat dengan keberkatan.
Macam mana nak dapatkan rezeki yang berkat?
1) Hubungan Dengan Allah

Macam mana hubungan kita dengan Allah. Check balik solat kita. Ada tak saje-saje tak solat sebab macam busy je rasa.
Lagi kesian sebab malas nak solat.
Dah dia pemilik rezeki kan, bodeklah kaw-kaw punya.
Buat apa dia suruh, tinggal apa yang dilarang.
Dah settle yang wajib, tambah baik sentiasa, top up dengan yang sunat
2) Layanan Pada Mak Ayah

Kalau ibu bapa masih ada, jagalah hubungan baik dengan orang tua kita.
Kita hidup mudah je selama ni banyak atas doa dan menumpang berkat diaorang.
Tak dapat balik selalu nak jenguk diaorang sekalipun, selalu bertanya khabar melalui telefon.
Kalau mak atau ayah dah meninggal dunia, selalulah hadiahkan doa dan pahala buat mereka.
3) Pasangan

Bagi yang dah berkahwin, wanitalah terutamanya. Apa-apa perkara, biar ada restu suami. Buat apa-apa biar dalam pengetahuan dan izin suami.
Untuk para suami pula, apa-apa hal, jangan ketepikan isteri.
Dalam banyak-banyak hal, utamakan keluarga terlebih dahulu.
Itu sebahagian dari sudut spiritual, kalau dari sudut praktikalnya, kalau kita nak rezeki kita contohnya dari segi material (mudah nak nampak) menjadi, kita kenelah buat target.
Dah ada target, buat plan dan strategi.
Dah ada plan dan strategi, berusahalah bersungguh-sungguh.
Doa pun perlu jelas dan bersungguh-sungguh jugak.
Rezeki hasil usaha kita sendiri kan lebih berkat.
Puas pun puas hati kalau kita berikhtiar sendiri, tak guna mana-mana kabel…opppss!!!!
Naimah Wahab

019-9377380

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

1 thought on “Tips Murah Rezeki 

  1. Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian cikpuan.

    Saya suka bila cikpuan tekankan solat sebagai tips nombor satu:

    “Macam mana hubungan kita dengan Allah. Check balik solat kita. Ada tak saje-saje tak solat sebab macam busy je rasa. Lagi kesian sebab malas nak solat. Dah dia pemilik rezeki kan, bodeklah kaw-kaw punya. Buat apa dia suruh, tinggal apa yang dilarang. Dah settle yang wajib, tambah baik sentiasa, top up dengan yang sunat.”

    Betul. Apabila kita jaga solat kita, insyaAllah segala urusan (termasuk urusan rezeki) akan dimudahkan dengan semudah-mudahnya oleh Allah.

    Amalan sunat lain bukanlah tidak digalakkan untuk diamalkan. Tapi, sebaiknya selesaikan yang wajib dulu. Apabila yang wajib dah selesai, barulah cari/amalkan amalan sunat yang lain.

    Kalau kita fokus cari/amalkan amalan sunat saja, tapi dalam masa yang sama kita tak baiki (atau lebih teruk kita tinggalkan terus) amalan wajib, jawabnya sampai bila-bila sekalipun rezeki akan susah ‘melekat’ pada diri kita.

    Macam cikpuan pesan, “Dah dia pemilik rezeki, bodeklah kaw-kaw!”

    Betul dan saya sangat setuju! 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge