• Putrajaya, Malaysia
  • November 2, 2024

Buku pink dan ibu mengandung berpisah tiada, hehehe, macam sepasang kekasih pula. Buku pink (biasanya di klinik kesihatan kerajaan) akan dibuka apabila ibu didapati telah hamil. Kiranya buku pink ni merupakan rekod pemeriksaan kesihatan sepanjang ibu mengandung.

 

 

Bila Waktu Sesuai Buka Buku Pink Ibu Mengandung?

Bagi wanita yang baru pertama kali bakal bergelar ibu, mesti tertanya-tanya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk buka buku pink ni kan?

Sebenarnya bukan ibu yang baru nak menimang anak pertama jer, ibu-ibu yang dah ada anak 2-3 orang pun boleh blur sekejap terutamanya jika jarak kehamilan setiap anak tu agak jauh, macam 3-4 tahun, gitu.

Kebanyakan waktu yang disyorkan untuk membuka buku pink adalah setelah kehamilan mencecah 10 minggu.

Ada sesetengah klinik kerajaan memerlukan pengesahan kehamilan, contohnya daripada klinik swasta, ada sesetengahnya pula tak kisah asalkan kita memang betul-betul confirm yang kita hamil.

 

Bagaimana Nak Kira Jangkaan Usia Kandungan?

Semasa para ibu nak buka buku pink tu nanti, nurse yang bertugas mesti akan tanya tarikh hari pertama period terakhir kita.

Sebab itulah ibu-ibu sekalian perlu aware tentang bila hari pertama period kita setiap bulan. Tujuannya supaya dapat dijangkakan usia kandungan ibu. Jangan pula nanti time nurse tanya, buat muka seposen pulak 😛

 

Contoh Cara Kira Usia Kandungan:

Tarikh check UPT: 1 September 2017

Hari pertama period terakhir ibu: 1 Julai 2017

Jadi, dari hari pertama last period ibu tu, sehingga ke hari check UPT, usia kandungan lebih kurang 8 minggu dan menghampiri 9 minggu dah.

Boleh tunggu seminggu dua lagi untuk buka buku pink.

Haaaa, mudah kan?

 

Kenapa Bahaya Buka Buku Pink Lambat Sangat?

Buka buku pink lambat ni biasanya akan menjadi isu kalau ibu pernah mengalami masalah atau komplikasi sewaktu mengandung atau bersalin semasa kehamilan terdahulu.

Mungkin juga sekiranya para ibu mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi.

Macam kalau ibu pernah mengalami anemia kronik, kalau buat tak tahu, bayi mungkin boleh mengalami keguguran.

Kalau jadi kes macam ni, penelitian dengan lebih lagi perlu diberikan. Kalau tak, selalunya takde hal lah sangat.

 

Boleh Tak Nak Buka Buku Pink Awal?

Boleh ajer dan dinasihatkan buka awal sekiranya ibu merupakan golongan berisiko tadi. Kalau tak, agak leceh sikitlah nak kene check darah dan urin serta menunggu giliran yang agak lama, selalunya.

Tapi kalau awal sangat, macam 2-3 minggu tu, ada yang berkongsi pengalaman, nurse suruh balik jer dulu. Lepas tu datang balik bila usia kandungan dah 10 minggu :D.

Mungkin kalau kita takde masalah, lebih baik ruang waktu tu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Di samping itu, 10 minggu ke atas tu mungkin juga waktu yang paling sesuai memantau perkembangan ibu hamil.dan bayi.

 

 

Apa Yang Perlu Dibawa Semasa Buka Buku Pink

Kebiasaannya perlu bawa IC. Walaupun ada sesetengah ibu yang berkongsi, perlu bawa sijil nikah serta bil eletrik atau air, tapi seingat saya, semasa nak buka buku pink duou, saya diminta tunjukkan IC jer. Sijil nikah pun tak perlu. Tapi bawa jer kad nikah yang macam IC tu.

Bil elektrik atau air tu sebab kalau klinik kerajaan, diaorang nak pastikan yang alamat rumah kita adalah betul sebab pembahagian pemeriksaan kesihatan semasa mengandung dibuat mengikut kawasan tempat tinggal.

Ada orang yang alamat rumah dalam IC berlainan dengan kawasan coverage (mungkin guna alamat kampung) klinik kesihatan tu. Bil air atau elektrik kan sebagai penunjuk alamat semasa kita.

Kalau klinik swasta, tak kisahlah nak tinggal kat mana-mana pun.

Biasanya, untuk ibu yang pertama kali buka buku pink, 2 ujian yang akan dilakukan iaitu:-

  • ujian darah
  • ujian air kencing

Seterusnya nanti, nurse akan buat interview sikit. Nak tahu berkenaan sejarah kesihatan keluarga suami dan isteri seperti penyakit 3 serangkai. Macam ibu ni, kalau pernah mengandung, dulu ada tak mengalami GDM (kencing manis semasa hamil), anemia, darah tinggi dan sebagainya.

Walaupun interview tu sikit, soalan mungkin banyak dan macam-macam…hahaha. Layankan ajer. Semua info yang ditanya oleh nurse ni biasanya penting untuk kesihatan ibu dan bayi.

Selepas tu, nurse akan buat pemeriksaan breast. Selalunya nak tengok keadaan breast, ok ke tak tak bila time nak menyusu nanti. Nipple timbul ke tak. Check sikit dan sekejap jer.

Kemudian nanti, ibu diminta untuk masuk ke bilik pemeriksaan yang ada tabir kain tu. Nanti nurse akan tekan-tekan perut untuk ambil ukuran janin.

Biasanya rasa ketulan jer kalau baru 10-12 minggu ni sebab masih kecil.

 

Apa Nak Buat Dengan Buku Pink?

Ada apa dengan buku pink ni? Penting kah?

Sangat penting untuk dibawa ke mana-mana sahaja buku ni, ye ibu-ibu sekalian, terutamanya time checkup lah. Jangan pula nak checkup nanti, boleh tertinggal buku pink ni. Tak pasal-pasal dengar ceramah free daripada nurse tu karang.

Dalam buku pink ni terdapat segala macam rekod kesihatan ibu dan bayi termasuklah berat ibu, ukuran bayi, bacaan hb, keputusan bacaan darah, keputusan bacaan air kencing, risiko ibu hamil, ulasan nurse, ulasan doktor, keadaan bayi dan macam-macam lagilah.

Kalau nak pergi bercuti atau travel jauh-jauh, balik kampung ke, silahlah bawa bersama buku pink ni. Mana tahukan, kalau berlaku apa-apa ke, mudah untuk ibu-ibu refer ke klinik atau hospital yang berdekatan.

Kalau ikutkan, pada awal kehamilan ni, check mengandung adalah 1 kali sebulan jer. Tapi kalau ada masalah kesihatan macam GDM (kencing manis semasa hamil), darah tinggi atau bacaan HB rendah (khasnya anemia kronik), checkup selalunya perlu dilakukan 2 minggu sekali. Penat tu nak melayan, kan?

Jadi, para ibu sekalian, dari awal lagi perlu jaga kesihatan, jaga pemakanan dan selalu bersenam. Nanti bila nak buka buku pink, takdelah masalah kesihatan lain pula.

Semoga ibu-ibu melalui pengalaman mengandung dengan hati yang tenang dan riang. Berseri macam warna buku pink ni 🙂

 

 

Rakan Hamil Ibu,  🙂

 

Naimah Wahab

WhatApps: 019-937 7380 (www.wasap.my/60199377380)

Email: [email protected]

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

5 thoughts on “Panduan Membuka Buku Pink Ibu Mengandung

  1. Nak tanya kk bt14 tutup kul 10pm atau kul 5pm ye dan klo saya nak pergi lewat ke klinik kesihatan bt.14 buat buku pink dalam tengahari boleh ke..sbb husband tgah tggu kete je ni..huhuhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge