• Putrajaya, Malaysia
  • April 18, 2024

Pengidap ovarian cyst (sista ovari) tak boleh makan soya ni adalah fakta atau mitos? Benarkah soya berbahaya untuk pengidap ovarian cyst? Isu soya ini agak kontroversi dan sering menjadi topik hangat di media sosial.

 

cara rawat cyst dengan soya dan esp

 

 

Penyebab Berlakunya Cyst

Cyst ni merupakan ketumbuhan bukan kanser yang biasanya tidak berbahaya serta boleh hilang dengan sendirinya.

Namun, apabila saiz cyst semakin membesar, ia boleh mendatangkan risiko terhadap ibu dan bayi. Malah, sebahagian kecil cyst juga boleh menjadi kanser.

Cyst terbentuk apabila berlakunya ketidakseimbangan hormon di dalam badan iaitu  jumlah hormon estrogen yang berlebihan.

Apabila hormon estrogen melebihi paras normal berbanding hormon progresterone, ia akan menyebabkan berlakunya “high turn over cell“.

Sebelum pergi lebih lanjut lagi, jom kita fahami jenis -trogen yang wujud.

 

Jenis-jenis -Trogen

Terdapat 3 jenis -trogen iaitu:

1: Estrogen

2: Phytoestrogen

3: Xenoestrogen

Nama dah nak hampir sama, macam kembar jer sekali dengar, kan? Tapi hakikatnya, setiap satu adalah sangat berbeza di antara satu sama lain.

 

Xenoestrogen

Xenoestrogen adalah estrogen yang paling merbahaya. Ini kerana xenoestrogen boleh bertindak merosakkan sel-sel badan seseorang wanita. Sekaligus ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang sangat digeruni seperti kanser, fibroid dan cyst.

Sumber xenoestrogen selalunya datang daripada botol plastik, bekas makanan styrofoam (polisterin) dan semburan pewangi sintetik.

 

Estrogen vs Phytoestrogen

Ketahui pula perbezaan antara estrogen dan phytoestrogen.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan tadi, apabila berlakunya peningkatan yang tidak terkawal hormon estrogen, ia akan menyebabkan “high turn over cell”.

Dengan bahasa mudahnya, ia akan menyebabkan sel bertukar ganti dengan sangat cepat.

Jadi, apakah kesan buruk apabila sel sangat pantas bertukar ganti berbanding proses normal?

Analoginya macam ni, tukang cetak batik yang guna acuan pencetak. Biasanya akan buat sebanyak 50 cetakan pada kain batik dalam masa 1 minit. Sekali tu, dia nak cepat, dalam masa 1 minit, dia cuba buat 150 cetakan.

Apa kesannya?

Mesti dia akan buat kerja dengan pantas. Bila terlalu pantas melebihi had yang sepatutnya, mungkin terdapat cetakan kosong sebab dia tak sempat isi dakwat pencetak. Cetakan pun mungkin akan comot serta berterabur, tidak kemas, malah mungkin rosak dan tidak dapat digunakan.

Kain cetak tu pun, boleh berlipat atau berkedut akibat kerja yang terlalu cepat. Malah, tukang cetak tu sendiri pun mungkin akan berasa sangat-sangat penat kerana penggunaan tenaga yang terlalu banyak daripada biasa.

Keadaan sebegini jugalah yang menyebabkan sel menjadi tidak normal (abnormal cell) atau mengalami kerosakan serta kecacatan.

Berbalik kepada kes hormon estrogen yang terlalu tinggi, ia akan menyebabkan sel bertukar ganti dengan sangat cepat. Sel seterusntya menjadi tidak normal, mengalami kecacatan atau kerosakan sekaligus menyebabkan ketumbuhan seperti cyst dan fibroid menjadi semakin membesar.

Walaupun jumlah estrogen yang terlampau tinggi di dalam badan adalah tidak elok, namun, jumlah estrogen yang tidak mencukupi juga tidak bagus.

 

Phytoestrogen

Phytoestrogen pula mempunyai kadar pertukaran sel yang sangat rendah. Apabila kita mengambil phytoestrogen, tindakan tukar ganti sel tadi akan menjadi lebih rendah.

Ini bermakna, turn over cell akan berubah menjadi semakin rendah.

Phytoestrogen tidak sama seperti estrogen biasa. Sumber phytoestrogen didapati daripada tumbuh-tumbuhan dan ianya bebas daripada kolestrol.

Phytoestrogen ni turut membantu seimbangkan hormon estrogen di dalam badan. Maknanya, kalau jumlah estrogen terlalu tinggi di dalam badan, phytoestrogen ni akan tolong rendahkan. Jika terlalu rendah pula, phytoestrogen ni akan bantu naikkan estrogen ke paras normal dan seimbang.

 

Penting: Baca juga salah faham mengenai phytoestrogen.

 

Jadi, Adakah Soya Selamat Untuk Pesakit Cyst?

Berbalik kepada pokok persoalan utama yang hangat tadi, adakah soya selamat untuk pesakit cyst?

Boleh tak pengidap cyst minum air soya, makan kicap, tempe, tofu tu semua (memandangkan sumber utamanya adalah soya).

Ya, soya memang selamat dan sangat bagus untuk pesakit cyst ni. Cuma kalau kicap tu selalunya sangat tinggi dengan gula dan bahan-bahan tambahan lain yang kurang elok jadi baik elakkan.

Macam minuman soya pula, sebaik-baiknya pilihlah yang organik, non-GMO rendah gula serta tiada bahan-bahan tambahan sintetik yang tidak bagus untuk kesihatan.

Pendapat yang mengatakan soya ni tidak selamat untuk pesakit cyst adalah pendapat yang tidak konklusif.

Berikut merupakan jurnal perubatan yang menyokong amalan memakan soya untuk membantu pesakit cyst:-

1: Pemakanan Soya Diuji Ke Atas Pesakit PCOS Selama 12 Minggu

2: Isoflavone Di Dalam Soya Bermanfaat Untuk Pesakit Cyst

 

Apa yang paling penting, apabila seseorang tu telah disahkan mengidap cyst oleh doktor, pastikan jaga pemakanan. Jangan ambil makanan serta produk yang boleh meningkatkan kadar xenoestrogen di dalam badan. Ini kerana, ia boleh membuatkan keadaan menjadi bertambah buruk, sama ada cyst semakin membesar atau terdapat penyakit lain juga yang hadir.

Rajin juga bersenam dan dapatkan berat badan ideal.

Ini kerana, apabila mempunyai berat badan berlebihan, lemak-lemak yang tidak diperlukan oleh badan, yang tersimpan tu akan ditukar menjadi estrogen. Keadaan ini juga menyumbang kepada kadar estrogen yang semakin meninggi di dalam badan.

 

 

Rakan Hamil Ibu,  🙂

Naimah Wahab

Email: [email protected]

WhatApps: 019-937 7380 (www.wasap.my/60199377380)

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Pesakit Ovarian Cyst Tak Boleh Makan Soya, Benarkah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge