• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Limpa adalah organ yang bersaiz sekepal tangan kita yang terdapat di dalam perut. Limpa bertindak sebagai sebahagian daripada sistem kekebalan tubuh dan juga berfungsi dalam pengeluaran serta penyimpanan sel darah sebagai sebahagian daripada sistem peredaran darah.

 

 

bahaya kanser limpa hodgkin's lymphoma

 

 

Apa itu Lymphoma?

 

Terminologi Lymphoma merujuk kepada barah yang dihasilkan dari sistem limfatik badan.

 

Sistem limfatik termasuk noda limfa (juga dikenali sebagai kelenjar limfa), thymus, limpa, tonsil, adenoids dan sum-sum tulang, (dipanggil limfatik atau saluran limfa) yang berkaitan.

 

Walaupun banyak jenis barah yang akhirnya merebak ke bahagian sistem limfa, Lymphoma adalah yang paling ketara kerana ianya berasal daripada tempat tersebut.

 

Dalam Lymphoma, sebahagian sel dalam sistem limfatik dikenali sebagai limfositik, meningkat tanpa kawalan.

 

Lymphoma yang berlainan di kategori mengikut jenis sel yang merebak dan bagaimana penyakit tersebut ditunjukkan.

 

15% barah dari kalangan kanak-kanak adalah Lymphoma.

 

Ianya jarang terdapat di kalangan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mendapat penyakit ini dari kanak-kanak perempuan.

 

 bahaya kanser limpa hodgkin's lymphoma

 

Apakah jenis-jenis Lymphoma?

 

Lymphoma dibahagikan kepada 2 kategori, bergantung kepada bentuk sel barah (malignant).

 

Ianya dikenali sebagai Hodgkin’s Lymphoma atau penyakit Hodgkin (HL) dan non-Hodgkin Lymphoma (NHL).

 

Gabungan kedua-dua barah ini menjadikannya penyakit barah ke 3 di kalangan kanak-kanak.

 

1) Hodgkin’ sLymphoma

Hodgkin’s Lymphoma, dinamakan sempena Thomas Hodgkin, seorang pelajar dan Pakar Perubatan yang pertama menerangkan penyakit tersebut pada tahun 1832.

Jenis ini biasa terdapat pada kanak-kanak dewasa atau remaja.

Ianya jarang berlaku pada kanak-kanak kurang dari 5 tahun. Lymphoma jenis ini di definisikan dengan kehadiran sel barah yang spesifik, yang dipanggil sel Reed-Sternberg, di dalam noda limfa atau organ yang terlibat.

 

2) Non Hodgkin’s Lymphoma

Non-Hodgkin’s Lymphoma, gelaran ini digunakan terhadap semua jenis Lymphoma.

Insiden Non Hodgkin Lymphoma meningkat sepanjang hayat kanak-kanak meningkat remaja.

Dalam non-Hodgkin’s Lymphoma terdapat peningkatan jenis lifmfosit yang spesifik ( iaitu sejenis sel darah putih yang terdapat di kelenjar limfa).

Peningkatan perebakan limfosit juga kelihatan seperti barah darah   Leukemia  ( ALL), kadangkala menyukarkan untuk mengenal pasti antara Lymphoma dan Leukemia di kalangan kanak-kanak.

Pada amnya, pesakit yang mengidap Lymphoma tidak melibatkan sum-sum tulang atau melibatkan sedikit sahaja, walhal pesakit Leukemia melibatkan sum-sum tulang secara menyeluruh.

 

Walaupun kedua jenis ini terjadi daripada sistem limfa tetapi ianya melibatkan bahagian badan yang berlainan, merebak secara yang berlainan juga bertindak terhadap rawatan secara berlainan.

Seterusnya Hodgkin’s dan non-Hodgkin’s Lymphoma dibahagikan kepada jenis-jenis yang berlainan berpandukan kepada jenis spesifik sel yang terlibat, tahap kematangan yang dicapai oleh sel dan bentuk di bawah mikroskop dan cara pembesarannya.

Dari jenis berlainan kadangkala membantu doktor menentukan cara rawatan yang paling berkesan.

 

Faktor Risiko Lymphoma Di Kalangan Kanak-Kanak

Punca Sebenar Lymphoma di kalangan kanak-kanak masih belum diketahui.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa faktor yang bolejh menyebabkan seseorang tu untuk mendapat Lymphoma.

Kebanyakan kanak-kanak yang mendapat barah jenis ini tidak diketahui faktor risikonya.

Namun, kanak-kanak berisiko tinggi mendapat non-Hodgkin’s Lymphoma jika mereka mempunyai salah satu tanda seperti di bawah:-

  • Mereka dijangkiti oleh Human Immunodeficiency Virus (HIV)
  • Mempunyai kecacatan semulajadi dalam sistem imuniti
  • Mereka menjalani pemindahan organ dan bergantung kepada ubatan yang melemahkan sistem imuniti.
  • Mereka mendapat penyakit barah yang lain pada masa silam dan telah dirawat dengan radioterapi atau kemoterapi.
  • Mereka pernah terdedah kepada radiasi seperti kemalangan Reaktor Nuklear
Dalam kebanyakan kes tiada ibu bapa atau kanak- kanak yang dapat mengawal faktor yang menyebabkan Lymphoma terjadi.

 

Kebanyakan Lymphoma terjadi daripada mutasi yang tidak diwarisi di dalam gen semasa pembentukan sel darah.

 

Pemeriksaan secara berkala di kalangan kanak-kanak kadangkala boleh mengesan simptom awal Lymphoma di dalam kes yang jarang di mana barah ini dikaitkan kepada masalah imuniti yang diwarisi, jangkitan HIV, kesan daripada rawatan barah atau rawatan pengubatan immuno suppressive untuk pemindahan organ.

 

Apakah tanda-tanda Lymphoma?

 

Tanda-tanda Lymphoma mungkin sama dengan penyakit lain yang bukan barah. Oleh itu ia sangat penting untuk anda berjumpa doktor jika anak anda mempunyai tanda-tanda yang membimbangkan anda.

Di bawah adalah tanda-tanda yang mungkin ada pada Lymphoma:

  • Noda limfa yang terletak di permukaan biasanya tidak sakit, oleh itu ia terus membesar tanpa disedari
  • Pembesaran thymus atau noda limfa di dada boleh menekan saluran udara menyebabkan pernafasan berbunyi, berdengkur, sesak nafas atau kesukaran pernafasan
  • Ianya juga boleh menyempitkan salur darah utama yang menyalurkan darah dari kepala dan leher menyebabkan pembengkakan muka, leher, bahagian atas lengan dan dada
  • Kesukaran untuk menelan
  • Pembengkakan nodus limfa di dalam abdomen boleh menyebabkan kembung dan ketidakselesaan. Ianya juga boleh menyekat saluran najis dan menyebabkan sembelit, loya dan muntah
  • Demam, hilang berat badan atau berpeluh pada waktu malam- kadangkala dipanggil simptom B
  • Kegatalan kulit dalam kes-kes Hodgkin’s Lymphoma

 

Tanda non-Hodgkin’s Lymphoma terjadi dengan cepat, kadangkala dalam masa beberapa hari atau minggu sebelum ianya dikenalpasti. Sesetengah jenis non-Hodgkin’s Lymphoma terjadi secara perlahan dalam beberapa bulan.

 

Bagi Hodgkin’s Lymphoma, biasanya berlaku dalam jangka masa panjang, dan secara perlahan. Pembengkakan dan tanda boleh kelihatan sehingga setahun sebelum penyakit dapat dikesan dan kanak-kanak tersebut boleh kelihatan seperti normal.

 

Walau bagaimanapun tanda B pada amnya merebak dengan cepat dan boleh dikesan dalam tempoh masa beberapa bulan penyakit dikenalpasti/ disahkan.

 

Kisah Kesembuhan Kanak-kanak Pengidap Kanser Hodgkin’s Lymphoma Tahap 4

 

Jom kita ikuti perkongsian Puan Saadiah Arbain yang begitu tabah dan cekal membantu anak beliau yang berusia 10 tahun untuk sembuh daripada kanser Hodgkin’s Lymphoma Tahap 4. Segalanya dengan izin Allah jua.

 

 

Alhamdulillah. Yang penting jangan berputus asa untuk berikhtiar walaupun pada awalnya seperti tiada harapan.

Suplemen yang beliau amalkan pada anak beliau adalah Vivix. Vivix ni mengandungi resveratrol yang boleh membantu merencatkan perkembangan sel kanser.

 

Untuk masalah kanser, dos pengambilan resveratrol dalam Vivix adalah perlu lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mempunyai kanser.

Ini kerana, sel kanser membiak dengan sangat pantas. Jadi, jumlah 6 botol Vivix perlu dihabiskan dalam tempoh tertentu (hubungi saya untuk konsultasi).

 

Boleh whatapps 019-9377380 jika anda perlukan bantuan saya untuk mendapatkan Vivix.

Jika ingin membuat tempahan Vivix sendiri, boleh klik pada link di bawah.

Order 6 Botol Vivix

 

Semoga asbab ikhtiar Vivix, Allah izinkan kesembuhan daripada kanser Hodgkin’s Lymphoma stage 4 ini sebagaimana yang telah Dia berikan kepada anak Puan Saadiah Arbain tersebut.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge