• Putrajaya, Malaysia
  • May 3, 2024

Makanan ringan, segera atau junk food ni memang sangat popular di serata dunia. Malah pelbagai variasi makanan ringan dihasilkan untuk menarik minat setiap lapisan masyarakat. Namun, tanpa disedari, akibat pengambilan makanan segera secara berterusan, bahaya pula yang bakal dihadapi dari segi kesihatan.

 

 

Bahaya makanan ringan kepada kesihatan semua

Makanan segera ni lebih digemari masyarakat moden dewasa ini bersesuaian dengan cara hidup yang sentiasa ingin cepat, jimat dan mudah. Malah makanan segera ni telah diperkenalkan seawal usia bayi lagi.

 

bahaya jajan kepada kanak-kanak dan keluarga
Kalau makanan segera diperkenalkan sejak usia bayi lagi, kesannya lebih buruk daripada orang yang merokok apabila dewasa.

 

Makanan segera dan makanan ringan boleh dikategorikan sebagai makanan kurang berkhasiat yang memudaratkan kerana ia mengandungi karbohidrat jenis biasa, lemak tepu dan garam pada kadar yang tinggi, di samping rendah atau tiada langsung bahan serat, protein, vitamin dan zat-zat logam di dalamnya (Ask The Dietitian-‘Junk Food,’ Joanne Larsen (MS RD LD), 1996, di dietition.com).

Makanan rapu biasanya mengandungi kadar mononatrium glutamate (MSG), bahan pengawet, pewarna, perasa, garam dan gula yang tinggi bagi mengekalkan kesedapan dan kesegaran.

Namun, semua bahan yang digunakan ni telah dikenalpasti sebagai antara punca utama kepada masalah kesihatan seperti obesiti (kegemukan), kerosakan gigi, kanser dan jantung berlubang.

Peningkatan mendadak penyakit-penyakit kronik juga berlaku apabila makanan rapu ni telah diberikan seawal usia bayi lagi.

 

Kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera Kepada Kesihatan & Kehidupan

 

1) Makanan Ringan & Darah Tinggi

Para pengkaji dari Pusat Pendidikan Pacific Health di Bakersfield California, dan Prevention Concepts, Inc. di Los Angeles, pernah menjalankan satu kajian yang melibatkan 200 orang pelajar sekolah.

Hasil kajian tersebut mendapati 8/10 pelajar-pelajar berkenaan mengambil lebihan lemak tepu melalui makanan ringan.

Ujian makmal menunjukkan 1/3 daripada mereka mengandungi kadar kolestrol di dalam darah yang tinggi dan 10% daripada mereka menghidap penyakit darah tinggi.

Kajian jelas menunjukkan lebihan lemak tepu yang terdapat di dalam makanan ringan akihirnya menyempitkan pembuluh darah dan menjadi penyebab kepada penyakit darah tinggi terutamanya apabila umur seseorang telah meningkat (CBC4Kids Daily News Story, The Dangers of a Junk Food Diet, March 16 2000, cbc4kids.ca/general/whatsnew/daily-top-stories).

 

2) Makanan Ringan & Asma (Lelah)

Di dalam kajian lain, ahli-ahli sains dari Scotland dan Saudi Arabia mendapati makanan ringan merupakan penyebab utama berlakunya peningkatan penyakit alahan dan asma di kalangan kanak-kanak.

Kajian ini melibatkan 100 kanak-kanak yang mempunyai gejala penyakit asma dan 200 kanak-kanak lain yang tidak menghidapnya mendapati, mereka kurang mengambil sayur-sayuran, Vitamin E, zat-zat logam dan susu lebih mudah diserang penyakit ini.

Kes-kes asma didapati meningkat sebanyak 50% di dalam jangka masa 10 tahun (Junk Food Linked to Child Asthma, Richard T. Herrick (MD), Titan Support Systems Inc, USA, 1998, titansupport.com/people/medical/childasthma).

 

3) Makanan Ringan & Sakit Jantung

CNN.com.health bertarikh 14 Mac 2000 melaporkan, makanan ringan meningkatkan risiko remaja menghidap jantung.

Ia berpunca daripada lebihan lemak tepu dan kolestrol yang terdapat di dalam makanan ringan pada hari ini. Penemuan ini telah dibentangkan di dalam mesyuarat Kolej Kardiologi Amerika di Anaheim, California (CNN.com.health, Study: Junk Food Raises Teens’ Risk Of Heart Disease, Elizabeth Cohen, March 14, 2000, .cnn.com/2000/HEALTH/03/14/teen.arteries/.

 

 4) Makanan Ringan & Kesan Pada Otak

Makanan ringan juga merosakkan fungsi otak. Satu kajian telah dilakukan di Baycrest Centre for Geriatric Care di Universiti Toronto, Kanada, berhubung dengan perkara ini.

Mereka mendapati, makanan ringan yang sememangnya mengandungi lebihan lemak, merosakkan daya konsentrasi dan ingatan otak.

Ini disebabkan otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik sedangkan lebihan lemak menganggu perasan glukosa tersebut.

Profesor Carol Greenwood, seorang pakar sains dari Kunin-Lunenfeld Applied Research Unit di Universiti Toronto merumuskan, makanan ringan yang mengandungi kadar lemak dan protein yang tinngi dan karbohidrat yang rendah pastinya bukan makanan yangsesuai untuk otak manusia (Junk Food Impairs Brain: Study, Steven de Sousa, Feb. 26 2001, University of Toronto, newsandevents.utoronto).

 

5) Makanan Ringan & Buta

Golongan yang suka mengambil makanan ringan yang tinggi kandungan lemak didapati menghadapi risiko yang sangat tinggi mendapat masalah buta apabila berusia 55 tahun kelak.

Penyakit yang dikenali sebagai Macular Degeneration yang sering menyerang para perokok, kini mula menyerang penggemar makanan ringan.

 

6) Makanan Ringan & Masalah Sosial (Keganasan)

Kajian daripada Universiti Oxford, England mendapati makanan ringan juga menjadi punca peningkatan keganasan dalam masyarakat. Peningkatan ini semakin ketara sejak 50 tahun kebelakangan ini.

Perkara ini mungkin disebabkan kekurangan zat-zat tertentu terutamanya Omega-3, sekiranya seseorang banyak mengambil makanan ringan. Omega-3 sangat membantu dalam pengawalan emosi seseorang.

 

7) Makanan Ringan & Obesiti

Makanan ringan atau makanan segera memang dipenuhi dengan bahan aditif dan juga gula, garam serta lemak yang tinggi. Timbunan segala macam bahan-bahan ini di dalam tubuh turut menjadi punca utama masalah obesiti (kegemukan).

Obesiti yang tidak dibendung akan memudaratkan kesihatan yang mana boleh menganggu fungsi organ dalaman tubuh kerana dipenuhi lemak yang tidak perlu. Obesiti juga menjadi salah satu punca utama penyakit kronik seperti jantung, strok, dan memendekkan jangka hayat pengidapnya.

 

Seram pula saya rasa apabila isu makanan ringan ni melibatkan anak-anak kita secara langsung. Memikirkan pihak kantin dan koperasi sekolah pun rata-rata turut menjual makanan ringan, makin sukarlah nak kawal pengambilannya di kalangan anak-anak. Mungkin perkara ini perlu diketengahkan sewaktu mesyuarat PIBG sekolah nanti.

Tapi mencegah tu lebih baik dari mengubati. Kita mulakan dahulu di peringkat rumah lagi. Apabila anak-anak didedahkan tentang bahaya makanan ringan ni, lama-kelamaan, mereka sendiri yang tidak mengambilnya. Ianya lebih mudah walaupun memerlukan ulangan kesabaran yang tinggi bagi pihak ibu bapa.

 

Last but not least, saya kongsikan video daripada ibu-ibu prihatin dengan kesihatan anak-anak mereka ni:-

 

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

3 thoughts on “7 Bahaya Makanan Ringan Kepada Anak-anak & Keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge