• Putrajaya, Malaysia
  • May 5, 2024

Alkohol selalunya dijumpai dan agak sinonim di dalam minuman. Minuman beralkohol adalah minuman yang mengandungi alkohol (ethanol). Ia juga dikenali sebagai arak atau minuman keras.

 

Jenis-jenis Minuman Beralkohol

1) Minuman beralkohol dalam pasaran:-

  • Liquor (vodka, whisky)
  • Bir (shandy, beer dan stout)

2) Minuman beralkohol yang secara tradisional:-

  • Tuak
  • Todi
  • Air tapai

 

Tahukah Anda!

  • Alkohol tergolong dalam kumpulan dadah penindas (depressant) yang menindas dan menganggu sistem saraf dengan melambatkan fungsi/gerakbalas badan.
  • Dalam jumlah yang tinggi, alkohol boleh menyebabkan rasa mengantuk, mabuk, pengsan dan kematian.
  • Di bawah Akta Makanan 1983, minuman beralkohol tidak boleh dijual kepada mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun.

 

 

Alkohol memudaratkan kesihatan

 

 

 

Kesan Alkohol Kepada Diri Kita

1) Kemabukan (Kesan Jangka Panjang)

  • Kecederaan
  • Kemalangan
  • Pergaduhan
  • Mencederakan orang sekeliling

2) Kebergantungan (Kesan Jangka Panjang)

  • Masalah kesihatan mental
  • Hilang tumpuan pekerjaan
  • Masalah sosial & ekonomi
  • Kemurungan

3) Toksik Kepada Anggota Badan (Kesan Jangka Panjang)

  • Sirosis hati
  • Kanser mulut, tekak dan esofagus
  • Kerosakan otak
  • Pankreas
  • Kecacatan bayi (wanita mengandung yang mengambil alkohol)

Alkohol yang diminum diserap di bahagian usus kecil dan perut. Penyerapan ini berlaku dengan pantas dan boleh dikesan kehadirannya di dalam darah dalam tempoh 5 minit selepas meminum minuman tersebut.

Selepas proses penyerapan berlaku, alkohol akan tersebar ke seluruh tubuh dan mula memberi kesan terhadap setiap sistem tubuh terutama sistem saraf, sistem prnghadaman, sistem peredaran darah, sistem endokrin dan otot-otot badan.

 

Pengambilan Alkohol Di Kalangan Remaja Memudaratkan Kesihatan

 

Sekiranya golongan remaja mengambil alkohol, mereka akan:-

  • Terdedah kepada kemalangan dan kecederaan akibat mabuk
  • Meningkatkan risiko gangguan seksual
  • Merencat dan merosakkan  perkembangan otak.
  • Terdedah kepada prnyalahgunaan dadahq
  • Meningkatkan risiko kepada masalah sosial yang lain seperti ponteng sekolah dan pergaduhan.
  • Terdedah kepada tingkahlaku berisiko untuk penyakit kelamin, jangkitan HIV dan aktiviti seks rambang.
  • Membahayakan rakan mereka yang tidak mengambil alkohol dengan perlakuan mereka ketika mabuk.

Betapa bahayanya kesan alkohol ni kepada semua orang dan isu alkohol ni tidak boleh dipandang ringan. Oleh itu, pencegahan pengambilan minuman beralkohol memerlukan penglibatan semua pihak termasuk diri sendiri, ibu bapa, keluarga, masyarakat dan kepimpinan negara.

Ketahui juga Cara Detox Tubuh Dari Toksin Berbahaya.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge