• Putrajaya, Malaysia
  • May 5, 2024

Ramai di antara kita terutamanya kanak-kanak lebih gemarkan buah-buahan berbanding sayur-sayuran. Mungkin disebabkan faktor rasa dan tekstur buah yang lebih sedap berbanding sayur pada mereka.

Namun, buah-buahan dan sayur-sayuran sangat elok diambil kerana mempunyai peranan penting untuk tubuh kita.

Buah dan sayur merupakan sumber utama yang membekalkan vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting untuk kesihatan.

Selain daripada itu, ia boleh dijadikan snek berkhasiat kerana rendah kalori dan kaya dengan serat. Jadi sangat sesuailah dengan orang yang tengah jaga badan ni. Memang terdapat 7 Jenis Buah Untuk Diet Terbaik tau.

 

 

kepentingan buah dan sayur

 

 

Mengapa Kita Perlu Makan Buah & Sayur?

Buah dan sayur perlu diambil kerana ia mempunyai pelbagai kebaikan, di antaranya ialah:-

  • Serat dapat mengurangkan masalah sembelit
  • Vitamin dan mineral bantu mencegah penyakit
  • Potasium menguatkan fungsi otot
  • Antioksidan melambatkan proses penuaan

 

Keperluan Harian Buah & Sayur

Kita perlu mengambil 2 sajian buah-buahan dan 3 sajian sayur-sayuran setiap hari.

Contoh sajian:-

  • Satu sajian buah-buahan
    • 1/2 biji buah jambu batu bersaiz sederhana, atau
    • 1 biji buah oren, pir, epal yang sederhana, atau
    • 1 biji pisang yang sederhana/1 potong betik dan nanas.

 

  • Satu sajian sayur-sayuran
    • 1/2 cawan sayur-sayuran berduan hijau dengan batangnya boleh dimakan, atau
    • 1 cawan sayur mentah atau ulam-ulaman

 

 

kepentingan buah dan sayur

 

Tips Meningkatkan Pengambilan Buah & Sayur

1) Makan pelbagai jenis buah segar

2) Jadikan buah-buahan sebagai gantian makanan ringan (snek)

3) Utamakan buah-buahan segar berbanding buah-buahan di dalam tin

4) Minum jus buah-buahan segar tanpa ditambah gula

5) Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang terdiri daripada pelbagai warna.

6) Pilih sup sayur, kurangkan mengambil sup berkrim.

7) Amalkan pengambilan ulam-ulaman.

 

Panduan Mengekalkan Kandungan Nutrien Sayur-sayuran & Buah-buahan

1) Cuci bersih buah dan sayur sebelum dimasak atau dimakan.

2) Elakkan merendam buah dan sayur sebelum dipotong

3) Elakkan memasak sayur-sayuran terlalu lama

4) Masukkan sayur apabila air telah mendidih atau minyak telah cukup panas

5) Gunakan lebihan air rebusan sayur untuk dijadikan stok sup kita.

6) Masak bahagian sayur yang keras terlebih dahulu.

7) Simpan buah & sayur di tempat penyimpanan yang sesuai.

 

Jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu menerapkan amalan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran kepada anak-anak terutamanya anak sulung. Sebabnya, kerja nak galakkan anak-anak yang seterusnya lebih mudah untuk gemarkan buah dan sayur apabila abang atau kakak yang terlebih dahulu menyukainya.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Sebab Apa Kita Perlu Makan Lebih Buah & Sayur?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge