• Putrajaya, Malaysia
  • May 4, 2024

Buah-buahan adalah antara pilihan terbaik untuk kurus. Boleh dikatakan semua jenis buah sangat bagus. Namun terdapat beberapa jenis buah yang memang sangat membantu proses untuk kuruskan badan.

 

Buah-buahan yang kaya dengan serat dan pectin adalah pembakar lemak semulajadi, sekaligus bantu meningkatkan metabolisma. Sesetengah buah juga bukan sahaja bantu anda menjadi kurus, malah turut membekalkan tenaga.

 

Opss, ada yang saya nak share ni. Best punya tips. Beliau turun berat badan lepas bersalin sebanyak 20 KG!!! Apa tips yang beliau ikuti? Tapi tips nombor 1 tu khas untuk wanita jer. Yang lain, orang lelaki boleh ikut. 😛

 

 

 

diet buah untuk turunkan berat badan

 

Buah-buahan Yang Bantu Kuruskan Badan

 

1) Epal

Epal adalah antara buah terbaik yang boleh membantu anda untuk kuruskan badan. Makan epal setiap hari pun bagus kerana epal sangat tinggi dengan serat tetapi rendah kalori.

Epal juga kaya dengan vitamin dan mineral.  Selain itu, epal turut mengandungi anti-oksida  iaitu flavanoid dan folifenel.

 

2)Pear

Pear merupakan buah yang utama  dalam bantu menurunkan berat badan kerana pear juga sangat kaya dengan kandungan serat.

Di samping itu, pear turut bantu mengurangkan kadar kolestrol dan menyokong kesihatan jantung anda kerana mengandungi potassium.

 

3) Pisang

Pisang juga merupakan buah yang tinggi dengan fiber dan kalsium. Lagipun pisang ni senang nak dibawa ke mana-mana, sedap, menyihatkan serta mengeyangkan.

 

Pisang ni adalah satu-satunya buah yang tinggi kandungan Vitamin B6.Vitamin B6 juga dikenali sebagai pyridoxine. Ianya sangat bagus untuk kesihatan saraf, peredaran darah, kulit, selaput lendir serta mempengaruhi mood anda. B6 ni anda boleh perolehi daripada B Complex.

 

Satu hidangan pisang ni dah memberikan lebih daripada 30% keperluan harian vitamin B6. Vitamin B6 juga bantu meningkatkan sistem imun tubuh serta mengurangkan risiko sakit jantung.

 

Justeru itu, anda amat disyorkan untuk mengambil sarapan pagi dengan pisang. Mesti anda dapati saiz pinggang anda semakin kecil. Badan pun semakin sihat.

 

4) Bluberi

Bluberi merupakan buah yang sangat tinggi kandungan anti-oksidan.  Blueberi ni menghalang faktor-faktor penyebab sindrom metabolik.

 

Maksudnya, bluberi menghalang berlakunya rintangan insulin (insulin resistance), tekanan darah tinggi, obesiti dan kolestrol.

 

Kalau anda nak tahu, menurut kajian daripada Taxes Women’s University (TWU), didapati bahawa bluberi mampu mencegah sel-sel lemak. Jadi ini berita baik untuk kurus! Segenggam bluberi sehari boleh membantu meningkatkan kesihatan anda.

 

5) Strawberi

Strawberi sangat bagus untuk menurunkan berat badan. Ini kerana strawberi menggalakkan penghasilan hormon adiponectin dan leptin. Kedua-duanya adalah hormon pembakar lemak dan peningkat metabolisma.

 

Strawberi juga mengandungi enzim anti-radang. Enzim ni berfungsi untuk menyembuhkan luka serta kerosakan tisu dalaman. Jadi mengambil strawberi ni bukan sahaja dapat meningkatkan metabolisma, malah bagus untuk kesihatan.

 

6) Kiwi

Kiwi pun bagus untuk bantu anda kurus kerana kandungan seratnya yang tinggi. Anda perasan tak yang kiwi ni ada biji-biji hitam kecil kat dalam buah tu?

 

Biji-biji tu sebenarnya adalah gabungan serat larut. Ianya sangat bagus untuk pencernaan. Malah ianya turut memberikan rasa kenyang. Jadi, jangan lupa mengambil kiwi untuk berdiet, ye.

 

7) Grapefruit

Grapefruit didapati sebagai pencegah lemak. Kajian menunjukkan bahawa, dengan mengambil 1/2 biji grapefruit sebelum makan, ianya mampu mengurangkan berat badan.

 

Grapefruit rendah kalori (37 kalori bagi 1/2 biji) tetapi tinggi serat. Dengan mengambil 1/2 biji grapefruit bersama sarapan pagi, ianya akan bantu meningkatkan metabolisma anda. Ini seterusnya akan mengggalakkan pembakaran kalori serta bantu anda menjadi kurus.

 

Namun, anda tidak disyorkan mengambil grapefruit setiap hari tau sebab ianya berasid. Jadi kawal pengambilan grapefruit anda. Jangan excited nak kurus, dapat dapat gastrik plak nanti 😛

 

diet buah untuk turunkan berat badan

 

Apa-apapun buah-buahan yang anda pilih, makanlah secara sederhana. Diet yang seimbang mengikut piramid makanan yang disyorkan juga jangan lupa. Buah-buahan sangat sesuai dimakan sebagai salah satu pilihan terbaik untuk snek anda. Jadikan buah-buahan segar sebagai pilihan terbaik diet anda untuk menjadi kurus.

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “7 Jenis Buah Untuk Diet Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge