• Putrajaya, Malaysia
  • April 29, 2024

Alhamdulillah saya telah layak ke pusingan akhir Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger. Contest best ini adalah anjuran daripada blogger hebat dan tidak asing lagi iaitu Tuan  Denaihati. Manakala penaja bagi contest ini pula terdiri daripada:-

 

Penaja Utama

  1. http://amariman.com

Penaja Individu

  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip

 

Pusingan pertama berlalu dengan tenang. Pusingan kedua pula agak huru-hara pada saya. Sebabnya, pada saat-saat akhir saya dapat tersenarai. Pusingan ketiga atau terakhir ni pula, setiap peserta perlu menulis satu entri tentang Blogger Buat Duit Online.

 

Dengan rasa berbesar hatinya saya ingin berkongsi tentang pengalaman blogger Lyna Noh atau lebih dikenali sebagai Master Lyna Noh buat duit secara online. Beliau merupakan salah seorang blogger yang telah berjaya menjana pendapatan lumayan secara online.

 

Beliau mencapai pangkat tertinggi dan mendapat gelaran Master melalui perniagaan Shaklee yang turut dijalankan secara online sepenuhnya.

 

Latar Belakang Bisness Online Master Lyna Noh

Mommy kepada 3 orang cahayamata lelaki ini memulakan pelbagai jenis bisnes secara online pada tahun 2006. Pada masa ni beliau masih bekerja di salah sebuah syarikat minyak terkemuka Malaysia sebagai seorang Jurutera. Pada tahun ini juga beliau mendaftar sebagai ahli  Shaklee.

 

Pada peringkat permulaan, beliau hanyalah menjadi salah seorang pengguna produk Shaklee sahaja. Alang-alang dah makan vitamin Shaklee kan, baik jadi ahli. Dapat harga yang jauh lebih jimat, betul tak?

 

Bisnes online yang disertai oleh beliau sebelum serius dengan Shaklee termasukkan affiliates, adsense, butik dan sebagainya secara part time.

 

Beliau sendiri telah merasai keberkesanan serta kelainan suplemen Shaklee berbanding produk lain yang pernah diambil sebelum ini. Lagipun produk Shaklee melalui pelbagai jenis ujian klinikal yang sememangnya tidak diwajibkan ke atas pengeluar suplemen.

 

Akhirnya beliau telah jatuh cinta dengan produk serta syarikat gergasi ini. Pada tahun 2010, beliau mula serius dalam bisnes Shaklee secara online. Daripada saat itulah, beliau sering berkongsi tentang pengalaman sebagai pengguna serta kebaikan produk Shaklee melalui blog.

 

Bagaimana Master Lyna Noh Menjana Pendapatan Secara Online?

Bermula dengan berkongsi pengalaman dan kebaikan produk Shaklee, lama-kelamaan beliau mula mendapat tempahan melalui medium blog tersebut iaitu VitaminSemulajadi. Fan page vitamin beliau pula ialah Vitamin Shoppe.

 

Kalau anda nak tahu, jumlah follower di fan page beliau melebihi 9,000 orang! Wah, bukan calang-calang nak dapat follower seramai ini kan?

 

 

Master Shaklee
Jutawan Muslimah, rata-rata bertudung litup, malah berpurdah.

 

Selain daripada mendapat pembeli, semakin ramai pula mendaftar sebagai ahli setelah berpuas hati dengan suplemen yang diambil. Rata-rata daripada mereka yang menceburkan diri di dalam bisnes Shaklee ni kerana mempunyai hasrat yang sama dengan Master Lyna Noh.

 

Hasrat murni mereka ialah membantu anda mendapatkan kesihatan yang lebih baik serta menaikkan taraf hidup masing-masing. Semua yang berminat untuk berbisnes akan dimasukkan ke dalam group rahsia iReach.

 

Pelbagai info yang sering beliau kongsikan kepada ahli iReach. Termasuklah tips berniaga, tips marketing, tips SEO, motivasi malah pelbagai ilmu tentang kehidupan. Kejayaan demi kejayaan ahli iReach turut dikongsikan agar menjadi inspirasi kepada semua ahli yang ingin berjaya.

 

Bagaimana Master Lyna Noh Membahagikan Masa Untuk Bisnes Online?

Bukan mudah untuk berjaya. Hanya dengan kesungguhan, ketekunan dan pengorbanan yang sangat tinggi telah menjadi azimat kejayaan Master Lyna Noh. Urusan bisnes Shaklee ni biasanya beliau lakukan pada waktu malam atau sewaktu makan tengah hari.

 

Jadi, memang bisnes Shaklee ni langsung tidak mengganggu kerja-kerja hakiki beliau di pejabat.

 

Master Coordinator Shaklee
Sewaktu Majlis Anugerah Master Celebration bersama suami, Master Zainur Anuar

 

Apa yang paling mengagumkan saya, beliau telah mencapai rank tertinggi di dalam Shaklee iaitu Master Coordinator sewaktu masih bergelar seorang jurutera pada tahun 2012.

 

Beliaulah ikon jutawan muslimah. Hebat menjadi usahawan, pada masa yang sama pengurusan rumahtangga serta kerjaya tetap tip top.

 

Kekaguman saya semakin menebal kerana sehingga detik beliau meletak jawatan, rakan sekerja serta bos beliau tidak tahu yang beliau menjalankan bisnes Shaklee. Juga menyandang jawatan (rank) tertinggi dah pada masa tu, hebat kan?

 

Trip Shaklee dari Malaysia
Group terbesar dari Shaklee Malaysia ke Amerika Syarikat.

 

Setelah bergelar Master Coordinator dalam tempoh 2 tahun serius berbisnes, beliau meletakkan jawatan kerana ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap bisnes Shaklee.

 

Pada tahun 2013, beliau telah dianugerahkan Presidental Master Award, setahun selepas bergelar Master Coordinator.

 

Bisnes Shaklee ni beliau masih teruskan secara online walaupun telah berhenti kerja. Selama ini pun, coaching, perbincangan atau seminar dijalankan secara online atau melalui media sosial lain seperti facebook, whatapps, youtube, instagram, twitter dan sebagainya.

 

Pendapatan Melalui Bisnes Online

Menurut Master Lyna Noh, rasa best sangat buat bisnes Shaklee secara online ni apabila pendapatan online beliau melebihi gaji sebagai jurutera.

 

Nak tahu income Master Lyna? Yang ini tidak dapatlah saya nak bagitau sebab saya pun tak tahu, hehehe.

 

million-dollar-award
Award Million Dollar Earner untuk Master Lyna Noh semasa Shaklee Global Conference di California pada pertengahan 2014 lalu.

 

Tapi anggaran kasar pendapatan tahunan yang Shaklee tawarkan untuk anda ialah:-

 

Pangkat Supervisor = RM 20,000 dan ke atas
Pangkat Senior Supervisor = RM 36,000 dan ke atas
Pangkat Coordinator = RM 80,000 dan ke atas
Pangkat Senior Coordinator = RM 150,000 dan ke atas
Pangkat Key Coordinator = RM 250,000 dan ke atas
Pangkat Senior Key Coordinator = RM 350,000 dan ke atas
Pangkat Master Coordinator = RM 500,000 dan ke atas

 

Mesti naik juling biji mata melihat angka yang ditawarkan oleh Shaklee kan? Ni belum termasuk intensif kereta serta pakej perlancongan dalam dan luar negara yang bertaraf VIP.

 

Sudah pastilah bagi anda yang layak. Semua yang mendaftar sebagai ahli mempunyai peluang yang sama. Nak dengan tak jer.

 

Di Sebalik Tabir Blogger Jutawan

Tidak keterlaluan kalau saya gelarkan Master Lyna Noh sebagai blogger jutawan. Namun di sebalik kemasyhuran semua itu, beliau hanyalah seorang insan yang sangat bersederhana.

 

Beliau juga sangat mudah didekati. Kalau saya ingin minta pendapat beliau, whatapps atau PM jer, inshaa Allah, beliau akan membantu.

 

Beliau sering menekankan “kekayaan yang dikejar adalah untuk kemaslahatan orang lain”. Beliau sering memberi nasihat dan motivasi di dalam iReach, betulkan niat berbisnes. Bukan untuk kepentingan diri. Bantu orang seramai mungkin. Help more people, money will follow you.

 

 

Family vacation
Sewaktu ber’backpacking’ ke luar negara dengan keluarga bersama backpacker dari negara lain.

 

Inilah serba sedikit tentang usahawan muslimah hebat yang menjadi idola kami di dalam Shaklee. Namun perkongsian yang diberikan setiap hari sangat sesuai untuk dipraktikkan untuk semua bidang kehidupan. Inshaa Allah, saya bakal menjejaki langkah beliau suatu hari nanti.

 

Kalau anda ingin mengenali lebih dekat lagi dengan Master Lyna Noh, boleh ke laman web peribadi beliau iaitu MySuperkids.net. Blog tersebut banyak beliau kongsikan pengalaman travel ke serata pelusuk dunia. Biasanya secara backpacking.

 

 

Jadi ahli Shaklee
Update blog di dalam bas dari Tokyo ke Yamanashi.

 

Website tentang bisnes Shaklee pula ialah LynaNoh.com. Kalau nak terjah Facebook beliau, boleh ke Lyna Noh atau Fan Page peribadi beliau Mommy Lyna. Pasti dapat terasa auranya.

 

Akhir kata, terima kasih sekali lagi buat Team Denaihati serta semua penaja contest ini. Semoga bertambah rezeki kalian semua atas usaha memberi manfaat kepada orang lain.

 

Tugasan akhir ini sebenarnya sangatlah memberi impak positif kepada diri saya sebagai peserta dan juga para pembaca sekalian. Mencari sudut positif dalam diri orang lain akan membuatkan diri kita turut mendapat tempias gelombang positif tersebut.

 

Seterusnya aura positif tersebut akan terus tersebar. Sebab tu saya sering katakan yang Team Denaihati selalu berjaya membuatkan orang lain melakukan amal kebaikan.

 

Anda Ingin Berjaya Buat Duit Online Seperti Master Lyna Noh?

Jom sertai saya untuk membina empayar bisnes secara online. Saya boleh dihubungi seperti berikut:-

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

15 thoughts on “Blogger Buat Duit Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge