• Putrajaya, Malaysia
  • April 27, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Bersua kita kembali. Semoga kalian semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati-Nya sentiasa.

 

Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger Blog Denaihati

 

Terasa teruja pula kali ini apabila saya berkunjung ke blog, blogger tersohor lagi baik hati, Tuan Denaihati. Beliau telah menganjurkan contest yang best lagi menarik macam sokmo-sokmo tu. Contest kali ini ialah “iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger“.

 

Dengar nama contest tu pun dah rasa best kan? Sebenarnya sebelum ni memang Tuan Denaihati selalu juga menganjurkan contest yang menarik, tapi keadaan tidak mengizinkan untuk saya sertai. Kali ini, insya Allah saya akan mencuba nasib. Manalah tahu iPhone 5s ni bakal menjadi hak milik daku, aameen 🙂

 

Hadiah Utama Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

 

Contest ni menawarkan 3 unit iPhone 5s 16 GB untuk 3 pemenang di samping wang tunai sebagai hadiah saguhati.

 

 

iPhone 5s Gajet Daripada Apple Yang Canggih

 

 

Sebenarnya saya memang pengguna iPhone pun. Sekarang ni saya saya menggunakan iPhone 4. iPhone dibawa balik dari Amerika Syarikat sewaktu saya mengikut suami yang bertugas kat sana. Bayangkan, guna iPhone 4 ni pun dah rasa macam best sangat. Kalau dapat iPhone 5s, bertambah-tambah lah best dia tu.

 

 

iPhone 4 gajet daripada Apple
Inilah iPhone yang saya guna sekarang. Nantikan ia bertukar wajah kepada iPhone 5s Aameen..hehe

 

Berbanding android, walaupun android menawarkan lebih banyak aplikasi percuma serta ada yang macam canggih, tapi saya rasa iPhone ni tetap mempunyai keistimewaan tertentu. Apa yang paling saya suka ialah kualiti gambar serta video iPhone adalah lebih menawan.

 

Pengalaman Menarik Menggunakan iPhone

 

Pengalaman menarik yang saya hadapai dengan iPhone ni apabila iPhone suami saya yang telah hilang boleh didapati semula dalam masa beberapa jam. Aplikasi “Find iPhone” ni saya kira sangat canggih dan istimewa kerana membantu pengguna gajet daripada Apple seperti iPhone, iPad dan iPod untuk mendapatkan kembali gajet yang telah hilang.

 

Kalau diikutkan, banyak lagi fungsi iPhone yang best dan menarik, tunggu nak explore jer di samping rajin membaca manual pengguna yang dikepilkan. Tak pun, boleh rujuk jer kepada incik Google 😛

 

Sebab utama saya nak dapatkan iPhone 5s ni adalah bagi memudahkan saya untuk update blog di samping blogwalking. Lagi high tech sesuatu gajet tu, lagi seronok kerja-kerja kita berblogging kan? Lagipun, dengan iPhone 5s ni, lagi best lah features atau fungsi-fungsi yang ditawarkan.

 

Panaja Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

 

Terima kasih kepada semua yang sudi menaja Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ni. Kalau nak tahu siapa yang baik hati telah menjadi penaja, boleh tengok list blog penaja kat bawah ni:-

 

Penaja Utama

  1. http://amariman.com

 

Penaja Individu

  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip

 

 

 

Terima kasih kepada Tuan Denaihati sebagai penganjur dan semua penaja contest ini. Semoga kalian sentiasa dilimpahkan dengan rezeki yang tidak putus-putus.

 

Jomlah kita sama-sama sertai Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ni, the more, the merrier.

 

iR Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

22 thoughts on “iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge