• Putrajaya, Malaysia
  • April 29, 2024

Assalamulaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Biasanya orang masak daging lada hitam (beef blackpepper) atau ayam lada hitam (chicken blackpepper). Kali ini ada orang request ikan merah masak lada hitam.

 

Ni pertama kali encik suami minta dibuatkan ikan merah masak lada hitam. Teringin nak makan, kata beliau.

 

Saya ni bila ada request macam tu, lepas tu first time pula nak masak, kalau boleh nak biar terus menjadi…hehe

 

Walaupun boleh jer terus google resipi dia ni tapi macam nak tanya terus jer pakar. Hahaha, bukan main lagi!

 

Saya pun apa lagi, terus PM chef tersohor, Puan Hanieliza. Tak lama lepas tu, terus beliau reply mesej saya. Siap kasi resepi daripada buku 1 Hari 1 Resipi (365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza).

 

 

Resipi ikan merah masak lada hitam mudah dan ringkas

 

Resipi asal menggunakan ikan tenggiri tapi beliau bagitau, boleh sahaja ditukarkan dengan isi ikan merah. Lepas tu kebetulan stok brokoli dan tomato saya tiada, jadi saya gunakan carrot dan baby corn.

 

Memang saya panggang dulu ikan tersebut dengan perapan seperti resipi Chef Hanieliza. Memandangkan suami suka lauk berkuah, jadi saya kukus sekali dengan sos lada hitam dan sayur. Kalau nak kuah lebih, boleh tambah sedikit air dan garam.

 

Hasilnya memang marvelous! Kebetulan suami pulang sewaktu saya hendak berbuka, jadi beliau join sekali makan nasi.

 

 

Resipi Ikan Merah Lada Hitam Mudah Chef Hanieliza 1 hari 1 Resipi

 

Beliau siap bertambah nasi. Lauk lain pun tak sentuh mana. Sedap kata beliau. Hari ni beliau request buat masak kaki ayam dengan cara yang sama.

 

Resipi Ikan Merah Lada Hitam Mudah Chef Hanieliza 1 hari 1 Resipi Mudah

 

Seronok tengok pinggan lauk dan pinggan suami licin, tinggal tulang jer 😛

 

Resipi Ikan Merah Lada Hitam Mudah Chef Hanieliza 1 hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa

 

Terima kasih Chef Hanieliza yang baik hati dan tak lokek ilmu. Semoga terus berjaya dalam karier masakan serta kehidupan dan dimurahkan rezeki sokmo 🙂

 

Oh ye, kalau anda nak dapatkan buku resipi ni, boleh beli di Popular Bookstore. Harga buku ni ialah RM 39.90. Memang berbaloi untuk anda yang baru berjinak-jinak nak belajar masak, tak kiralah lelaki ke perempuan, bakal pengantin ke atau anda yang dah terror masak tapi nak dapatkan idea-idea dan kelainan masakan. Saya pun nak cari juga ni!

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

14 thoughts on “Resipi Ikan Merah Lada Hitam Versi Chef Hanieliza

  1. fuh nampak menarik…first time dgar resepi camni utk ikan merah…habis licin tu maknya mesti seddap kan…apa2 pun sian kat ikan..daripd merah dah jadi hitam sbb kena blackpepper..hehe
    Zufar recently posted…Ramal Food JunctionMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge