• Putrajaya, Malaysia
  • April 24, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Anda pengguna iPhone, iPad atau iPod? Pernah tak mengalami kehilangan salah satu gajet tersebut? Mesti rasa tak senang duduk kan? Apa yang penting adalah data kat dalam tu walaupun sayang jugak dengan gajet tu kan?

 

Sebenarnya suami saya baru jer kehilangan iPhone beliau semalam. Beliau pulang daripada kerja lebih kurang pukul 8.30 malam. Beliau maklumkan pada saya yang iPhone beliau hilang di pejabat. Berkemungkinan besar di dalam bilik air sewaktu mengambil wuduk solat asar atau di surau. Akibat terlalu sibuk dengan tugasan seharian,  dalam pukul 8.00 malam baru beliau menyedari yang iPhone beliau dah hilang.

 

Icon Software Find My iPhone
Icon Software Find My iPhone

 

Sebenarnya ada cara nak trace sebarang gajet Apple yang hilang. Nasib baik beliau dah install siap-siap software “Find iPhone” dalam setiap gajet Apple yang ada. Seterusnya synchronize kan semua gajet tersebut. Jika anda hanya ada salah satu jer gajet Apple, boleh sync kan dengan pc anda.

 

Apa Tindakan Segera Yang Perlu Diambil Apabila Menyedari iPhone Hilang?

⇒ Segera login ke “Find iPhone” software.

⇒ Pilih iPhone anda

⇒ Lepas tu pilih Lost Mode.

⇒ Jangan lupa masukkan password.

⇒ Untuk lebih berjaga-jaga, masukkan password juga sewaktu kegunaan harian.

⇒ Hubungi juga pihak service provider seperti Celcom, Maxis, DG dan sebagainya untuk block nombor telefon anda.

 

Apa Yang Yerpapar Pada iPhone Yang Hilang Tersebut?

⇒ Status “Report Lost” akan terpapar pada skrin iPhone.

⇒ iPhone juga tidak dapat digunakan

⇒ Sekiranya iPhone itu dibawa ke kedai untuk dijual, pihak kedai boleh mengetahui bahawa orang yang membawa iPhone tersebut bukan pemilik asalnya.

 

Contoh lokasi yang ditunjukkan sekiranya iPhone kita hilang
Contoh lokasi yang ditunjukkan sekiranya iPhone kita hilang

 

Melalui penggunaan software Find My iPhone ni, bukan sahaja kita dapat tahu kat mana iPhone tersebut berada, malah kita boleh tahu pergerakan iPhone tersebut. Data yang ada turut boleh dipadamkan. Namun, selagi status report lost masih terpapar, inshaa Allah data tersebut akan selamat.

 

Hebatnya teknologi akhir zaman. Dengan izin Allah, iPhone tersebut telah dikembalikan oleh orang berkenaan kepada suami saya tadi. Alhamdulillah sangat-sangat kerana rezeki masih berpihak kepada kami.

 

Terima kasih kepada hamba Allah yang berhati mulia. Beliau adalah petunjuk yang kita masih mempunyai insan yang jujur dan bertanggungjawab.

 

Alhamdulillah atas dugaan perasaan yang diakhiri dengan kelegaan. Apa yang paling penting, cuba bertenang apabila menghadapi sebarang musibah. Justeru itu, dapatlah kita berfikir secara waras dan bertindak dengan lebih matang.

 

Harap dapat membantu pengguna Apple 🙂

 

Terima kasih 🙂

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

12 thoughts on “Peringatan Kepada Pengguna Gajet Apple, Jika iPhone Hilang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge