Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Saat susu merudum ni boleh dikatakan dialami oleh hampir semua ibu. Saya sendiri pun kadang-kadang ada masanya mengalaminya. Power Pumping merupakan salah satu cara yang digunakan untuk mengatasi masalah susu merudum. Malah ianya turut boleh digunakan bagi mereka yang ingin melakukan relaktasi.
Apakah Power Pumping?
Power Pumping merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa namun dalam cara yang lebih unik. Ia bertujuan untuk meniru cara bayi menyusu sekaligus meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapakah Yang Memerlukan Power Pumping?
1) Ibu yang kekurangan susu yang berusaha untuk memperbanyakkan kembali susu. Susu merudum mungkin disebabkan oleh kurang mengepam, period, perubahan hormon dan sebagainya.
2) Ibu yang ingin relaktasi atau menyusukan anak setelah berhenti menyusu.
3) Ibu yang menyusukan anak angkat. Teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu.
Cara Melakukan Power Pumping
1) Single Pump
Pump sebelah kanan terlebih dahulu selama 10 minit.
Kemudian pam sebelah kiri selama 10 minit.
Bergilir-gilir pam breast berturut-turut selama 1 jam
2) Double Pump
Pam kedua-dua belah breast serentak selama 10 minit.
Rehatkan (stop) pam selama 10 minit.
Kemudian ulang kaedah selang-seli pam dan rehat tiap 10 minit tadi selama 1 jam.
Waktu Sesuai Power Pumping
Waktu terbaik ialah di antara tengah malam sehingga pagi kerana pada waktu ini, hormon prolaktin (hormon susu) berada pada tahap paling tinggi.
Namun, tidak menjadi masalah untuk melakukan Power Pumping pada bila-bila masa sekalipun.
Disarankan agar melakukan Power Pumping 1 kali sehari.
Masa Yang Diperlukan Untuk Mendapatkan Susu?
Power Pumping memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu untuk menampakkan hasilnya. Jadi jangan putus asa sekiranya usaha gigih untuk mengepam tidak mendatangkan hasil pada mulanya.
Usaha, doa dan tawakkal pun perlu seiring ye 🙂
Kalau Dah Banyak Susu, Perlukah Lagi Power Pumping?
Walaupun Power Pumping dilakukan ketika susu merudum, namun ianya boleh dijadikan amalan berterusan. Ini kerana bagi memenuhi konsep asas penyusuan iaitu Supply vs Demand.
Apabila kita sering mengosongkan payudara, otak akan menerima signal untuk sentiasa supply susu. Stok susu yang banyak juga boleh menjadi penyelamat di kala kecemasan seperti sewaktu ibu sakit dan perlu warded atau ibu bekerja yang perlu outstion dalam jangka waktu yang agak lama.
Mana Lagi Elok, Pam Lama Atau Pam Kerap?
Sekali lagi konsep Demand vs Supply digunapakai. Semakin kerap kita mengosongkan breast, maka semakin banyak pengeluaran susu. Power Pumping adalah pilihan terbaik selepas hisapan bayi. Harus diingat bahawa baby suction is the best way to empty your breast.
Pam dalam jangka waktu yang terlalu lama boleh merosakkan tisu atau kalenjar susu. Keaadaan ini juga boleh menjadi salah satu punca susu merudum.
Happy Breastfeeding Mommies!!
Sekiranya anda memerlukan Set Penyusuan Lengkap bagi menyokong proses penyusuan yang lebih bermakna, silalah menghubungi saya ye.
Terima kasih 🙂
berguna maklumat bagi ibu yang terpaksa buat stock susu anak. kalau tak cukup supply terpaksa guna alternatif susu formula.
Denaihati recently posted…Urfa kota para Nabi
Sayang sangat kalau x ambil peluang berikan makanan terbaik untuk baby ni.
Seronok gak main menda ni..hahahaha…terbaik…memang membantu para ibu yang terpaksa pergi kursus dan tinggalkan anak dengan suami..memang terbaik..
Hafizul recently posted…Mini Karnival Taska PERMATA 2014
Ini bukan sejenis game….hahaha, gurau jer
Saya pun sedang nak menulis pasal power pumping jugak, tapi ada yang sarankan 20 min pump,20 min rest, boleh ke ye?sebab dulu saya memang tak buat power pump, pump mantain je 4-5 kali sehari without fail..
Qider recently posted…Pancake Lembut Perasa Coklat Tanpa Telur
Saya ada juga terbaca pasal tu, tapi kebanyakan yang saya jumpa adalah seperti di dalam entry ni 🙂