• Putrajaya, Malaysia
  • December 10, 2024

Ramai ibu yang berhasrat untuk menyusukan bayi mereka sepenuhnya sekurang-kurangnya selama dua tahun. Namun,  ada kalanya para ibu mengalami masa susu merudum. Risau kan kalau susu selalu tak stabil pengeluarannya? Jadi macam-macam cara yang ibu-ibu gunakan untuk dapatkan susu badan yang banyak. Semua nak susu badan yang melimpah-ruah kan?

menyusu bayi secara langsung banyakkan susu ibu
Bahagianya Dapat Menyusukan Permata Hati

Jadi, Apakah Petua Susu Badan yang Mewah?

Perkara penting dalam penyusuan badan yang ibu-ibu perlu faham ialah SUPPPLY vs DEMAND.

Apakah Supply Vs Demand ni?

Bunyinya macam perlawanan bola sepak pun ada kan? hehe…

Supply Vs Demand ni dengan kata lainnya ialah PENGELUARAN berkadar langsung dengan KEPERLUAN. Dalam kes menyusu, ia bermaksud penghasilan susu ibu berkadaran atau bergantung kepada susu yang diperlukan oleh bayi atau anak yang menyusu.

Makin banyak bayi minum susu, makin banyaklah susu yang terhasil.

Stok EBM
Stok Susu Badan Yang Meriah!!!

Macam mana pula dengan stok untuk ibu bekerja seperti di atas?

Boleh ajer, kerapkan pam. Mengepam ni pun sama juga seperti menyusu secara langsung. Banyak kali pam, maka lagi banyaklah stok susu badan kita 🙂

Contoh analogi bagi Supply vs Demand ni, kalau penjual pisang goreng, hari ni menjual setandan pisang tapi tak cukup. Pisang dah habis, orang yang nak beli goreng pisang tu masih ramai. Jadi keesokkannya tu, penjual tersebut menambah lagi satu tandan pisang goreng untuk menampung keperluan pelanggannya. Kalau semua pelanggan dah dapat beli dengan dua tandan pisang, jadi penjual goreng pisang tu akan maintain jualan beliau untuk dua tandan pisang sehari.

Satu lagi contoh analoginya ialah toilet flush tank. Biasanya kalau selepas kita flush, tank akan menjadi kosong. Kemudian air akan memenuhi kembali tank tersebut. Banyak kali kita guna toilet, banyak kali juga kita flush, maka akan banyak kali juga air diisi kembali ke dalam tank tu.

toilet-flush
Cute pulak toilet ni 🙂

Tahukah anda bahawa terdapat satu protein yang dipanggil Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) yang akan mengawal dan adjust penghasilan susu dalam badan ibu?

Apabila susu yang telah banyak terhasil (payudara penuh) tidak dikeluarkan daripada payudara, sama ada secara menyusu atau mengepam, maka FIL akan berkumpul dalam payudara. Semakin banyak FIL dalam payudara, maka pengeluaran susu akan berkurangan. FIL ni jadi seperti injap kat toilet tank tu, bila air dah penuh, dia akan berhentikan kemasukan air ke dalam tank. Sebab itulah pentingnya mengosongkan payudara.

Bekal vs Permintaan
Supply vs Demand

Kita taklah nak kena paksa bayi atau anak menyusu plak sampai kosong payudara kita. Kalau anak dah kenyang atau berhenti menyusu, para ibu perlu sambung mengepam susu badan agar payudara menjadi benar-benar kosong.

Jadi, perlu lagi ke supplement nak banyakkan susu?

Walaupun syarat penghasilan susu yang banyak adalah dengan mengosongkan payudara, namun dengan pengambilan supplement didapati sangat membantu dalam proses penyusuan. Set Penyusuan Shaklee bukan sahaja merangkumi keperluan menyusu tapi memberi seribu satu kebaikan kepada ibu dan bayi.

Set Penyusuan Shaklee memang terbukti berkesan, semulajadi, menyihatkan dan terbaik untuk ibu dan anak.

Sekiranya anda berminat, bolehlah mengisi Order Form atau terus menghubungi saya pada nombor yang tertera.

Sebarang konsultasi atau pertanyaan boleh diajukan melalui Contact Form di bawah atau berhubung terus dengan saya.

Untuk melihat senarai produk Shaklee yang lain, boleh merujuk kepada Catalogue.

Terima kasih 🙂

shaklee contact number

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

0 thoughts on “Petua Kayakan Susu Badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge