• Putrajaya, Malaysia
  • July 27, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu membekalkan nutrien paling lengkap untuk keperluan bayi sekaligus menyokong proses tumbesaran yang sihat. Menurut pakar penyusuan, banyak risiko dan masalah yang boleh dicegah pada bayi anda sekiranya diberikan susu ibu.

 

 

breastfeeding-benefits-study

 

Di antara kehebatan yang dihasilakn melalui susu ibu ialah:-

 

1) Perkembangan Kognitif Dan Kecerdasan

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, perkembangan otak bayi belum sempurna sepenuhnya. Dalam tempoh 3 tahun pertama kelahiran, pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang dengan amat pesat sekali.

Justeru itu, susu ibu yang dihasilkan khas untuk bayi manusia sememangnya mempunyai nutrien lengkap dan diperlukan untuk perkembangan otak bayi bagi mencapai potensi maksimum.

Sebaliknya, susu formula tidak mengandungi semua nutrien yang diperlukan terutama sel hidup seperti antibodi untuk melawan penyakit. Malah, kita juga tidak didedahkan dengan lebih tepat dan terperinci kandungan susu formula.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang diberikan susu ibu serta dengan tempoh yang lebih lama mempunyai skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang hanya minum formula atau meminum susu ibu dalam tempoh yang singkat.

 

2) Obesiti

Bayi yang meminum susu ibu mempunyai risiko obesiti pada usia muda (kanak-kanak dan remaja) lebih rendah berbanding yang meminum formula.

 

3) Perkembangan Rahang dan Otot Muka

Teknik menyusu bayi dengan payudara adalah berbeza dengan botol susu (formula). Ada sesetengah orang mengakui bayi yang menyusu badan mempunyai pipi yang cantik dan membulat.

Bayi  yang minum susu ibu juga kurang memerlukan rawatan pergigian apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.

Penyusuan susu ibu membantu pembentukan rahang otot muka yang baik seterusnya menghasilkan rahang yang cantik serta gigi yang tersusun rapi.

 

4) Diabetes

Diabetes jenis 1 (type 1) iaitu diabetes yang diwarisi biasanya dikesan di kalangan kanak-kanak. Didapati bahawa risiko diabetes jenis 1 ini mempunyai kebarangkalian lebih rendah bagi kanak-kanak yang diberikan susu ibu sekurang-kurangnya selama 1 tahun.

 

5) Masalah Pernafasan

Kanak-kanak yang meminum susu ibu didapati mempunyai kebarangkalian mendapat asma yang lebih rendah. Berbanding bayi yang meminum formula, risiko asma dan masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV) lebih tinggi. Mereka juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.

 

6) Keberkesanan Vaksin

Pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih untuk menghasilkan antibodi melawan penyakit bagi melindungi tubuh.

Susu formula menyebabkan pemvaksinan kurang berkesan yang mana menyebabkan kurangnya terhadap respon badan bayi dalam menghasilkan antibodi.

Bayi yang minum susu ibu memberikan tindakbalas yang positif terhadap vaksin dengan menghasilkan lebih banyak antibodi.

 

7) SIDS (Sudden Infant Death Syndrome

SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi yang biasanya berlaku sewaktu tidur. Walaupun belum diketahui punca sebenar, namun, kajian menunjukkan bayi yang diberikan susu formula mempunyai risiko yang lebih tinggi terjadinya SIDS.

 

8) Kanser

Kajian menunjukkan kanak-kanak kecil yang diberikan formula mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap kanser pada usia muda.

 

9) Jangkitan Saluran Pencernaan

Akibat susu formula yang tidak bersesuaian, bayi mudah dijangkiti cirit-birit yang sukar sembuh. Biasanya doktor akan menasihatkan agar dos susu formula dikurangkan dan minum banyak air bagi mengelakkan badan terhidrasi. Kurang minum susu bermakna kurang zat yang diperolehi.

Sebaliknya, jika bayi yang menyusu badan mengalami masalah yang sama, bayi tersebut boleh terus menyusu tanpa had. Nutrien yang cukup dan antibodi yang kuat membantu bayi tersebut membunuh kuman yang menjangkiti saluran pencernaannya.

Bayi susu formula sering mengalami sembelit berbanding bayi susu ibu yang boleh dikatakan amat jarang mengalami masalah pembuangan air besar.

 

10) Jangkitan Telinga

Kanak-kanak susu formula mudah mendapat penyakit otitis media (jangkitan telinga).

Jangkitan telinga yang sangat sakit ini bagi bayi atau kanak-kanak boleh menyebabkan komplikasi lain seperti masalah pendengaran serta perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.

 

Sebenarnya banyak lagi masalah kesihatan yang lain seperti eczema, masalah jantung, elergi, meningitis, kolik dan sebagainya lebih mudah berlaku apabila susu ibu digantikan dengan susu formula.

 

breasfeeding guilty

 

Pilihan adalah di tangan anda. Adakah ingin memberikan yang terbaik untuk si manja anda walaupun mungkin terpaksa bersusah-payah sedikit ataupun memilih susu formula yang lebih senang pengurusannya namun mungkin memberi kesan tidak elok sepanjang hayat permata hati anda.

 

Sekiranya anda memerlukan Set Penyusuan Lengkap bagi menyokong proses penyusuan yang lebih bermakna, silalah menghubungi saya ye.

 

Terima kasih 🙂

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Kehebatan Susu Ibu Mencegah Risiko Penyakit Berbahaya Pada Bayi

  1. Menyusu bayi memang akan bentuk rahang gigi yang tersusun.
    Rahang gigi akan bentuk U kalau menyusu badan ibu dan susunan gigi akan ikut teratur.
    Kalau tak menyusu badan, rahang akan bentuk V dan susunan gigi akan ikut tidak teratur sangat.
    So memang boleh periksa rahang gigi.
    Azeni Ahmad recently posted…Resipe Spagetti Goreng BasahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge