Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Apakah Gastrik
Gastrik berlaku apabila mukosa atau lapisan perut mendapat keradangan, gatal-gatal atau terhakis. Banyak faktor yang mempengaruhi keadaan lapisan perut ini. Ia boleh berlaku secara akut (tiba-tiba) atau secara kronik (dari semasa ke semasa – jangka panjang) dan boleh membawa kepada ulser perut.
Bagaimana Gastrik Berlaku
Lapisan perut terdiri daripada sel-sel khusus yang menghasilkan asid dan enzim. Asid dan enzim sangat penting kerana ia membantu dalam proses pencernaan makanan. Lapisan perut ditutup dengan lendir yang berfungsi melindungi perut daripada kesan asid.
Apabila lapisan ini dimusnahkan, ia akan menyebabkan pengeluaran pelbagai enzim, asid serta lendir semakin berkurangan. Keadaan inilah yang menyebabkan berlakunya gastrik, iaitu kerengsaan perut.
Punca-punca Gastrik
Di antara punca-punca gastrik ialah:-
- Penggunaan jangka panjang ubat-ubatan bukan steroid seperti ubat anti-radang (NSAIDS)
- Pengambilan alkohol yang berlebihan
- Merokok
- Pengambilan kafein (teh dan kopi) secara berlebihan
- Jangkitan Helicobacter Pylori (jangkitan H. pylori) yang boleh membawa kepada ulser perut dan duodenum
- Trauma kecederaan perut
- Kebakaran Teruk/Parah
- Pembedahan untuk mengurangkan berat badan berlebihan atau pembinaan semula saluran pencernaan
- Refluks hempedu kronik
- Gangguan autoimun (mekanisma pertahanan badan menyerang sel badan sendiri)
- Pendedahan radiasi
- Pernicious Anemia (anemia yang parah), di mana badan kekurangan enzim yang menyerap vitamin B12
- Muntah kronik
- Stress (tekanan)
Gejala Gastrik
Walaupun terdapat kategori akut dan kronik, namun tidak semua pengidap gastrik mengalami gejala tersebut. Di antara gejala yang biasa berlaku ialah:-
- Sakit di bahagian perut atas terutama di sebelah kiri
- Sakit seperti rasa terbakar di dalam perut
- Kembung
- Rasa kenyang/sebu perut
- Hilang selera makan
- Hilang berat badan tanpa diketahui punca
- Tersedu (hiccup)
- Pedih ulu hati
- Najis berwarna sangat gelap atau bercampur darah – perlu segera berjumpa doktor untuk ujian
Apa Yang Perlu Dielakkan Pengidap Gastrik?
- Makanan pedas
- Alkohol
- Merokok
- Kafein (teh dan kopi)
- Makan secara berlebihan
- Makanan berlemak
- Makanan bergoreng
- Makanan berasid seperti cuka dan jeruk
- Makan lewat
- Makan banyak (large meal) sebelum tidur
Rawatan Semulajadi
Bagi pengidap gastrik, lebihkan pengambilan:-
- Buah-buahan seperti epal, saderi, ceri, tomato, avokado
- Sayur-sayuran seperti bawang merah, bawang putih, lada benggala (capsicum), brokoli, timun, bayam
- Daging tanpa lemak
- Ikan
- Tauhu
- Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Gastrik dan Shaklee
ESP
Sebagaimana yang kita maklum, gastrik berkait rapat dengan kandungan asid di dalam perut. ESP yang bersifat alkali mampu membantu meneutralkan asid tersebut.
Selain daripada itu, ESP berasal daripada kacang soya sebagaimana taufu yang dikatakan sangat bagus untuk pengidap gastrik.
Omega Guard
Omega Guard merupakan minyak ikan terbaik yang berfungsi sebagai anti-radang. Justeru itu, ia dapat mengurangkan kerengsaan yang berlaku di dalam perut akibat gastrik.
B-Complex
Sekiranya gastrik anda disebabkan oleh stress, B Complex adalah antara gabungan pilihan terbaik kerana mampu merangsang hormon serotonin atau lebih glamer dengan panggilan hormon gembira.
B Complex merupakan gabungan pelbagai vitamin B iaitu B1 sehingga B12.
Semoga gastrik anda berkurangan dan beransur sembuh.
Jom try produk yang semulajadi, berkesan, selamat dan mesra alam ini.
Terima kasih
Yes! This is exactly what iss was seeking.
Have been searching for a while now, and eventually I found this.
Thanks a whole lot for creaing this blog post. You really did an excellent
job here with your website. I’ll keep following this website.
get famous on instagram recently posted…get famous on instagram
TQ
Naimah Wahab recently posted…Tips Kenali Gastrik dan Cara Menanganinya
terima kasih info gastrik yang ramai mengidapnya ni. semoga dapat membantu pengidap sakit ni.
Denaihati recently posted…Semak keputusan SPM 2013 tak perlu pergi sekolah
Aminn, semoga ianya bermanfaat.